DIANTARA DUA GENERASI

Wednesday, November 26, 2008

PENCETUS PERJUANGAN DAN PENYAMBUNG KEGEMILANGAN.

Karya : Topek LEE.
penulis : aje

Perjuangan kelab Tunas Warisan dalam meniti masa dan zaman yang tidak pernah berubah sejak ditubuhkan tetapi semakin berkembang dan terus berkembang.bersemangatlah generasi baru memartabatkan budaya kita demi meneruskan saki baki perjuangan terdahulu yang belum selesai.



Zaman penubuhan kelab tunas warisan artisukma UKM.zaman ini juga banyak berlaku perselisihan paham didalam dunia dikir barat kampus UKm iaitu diantara KUDrat dan Tunas warisan tapi kini semuanya telah tamat.sekadar menyebut beberapa nama iaitu abe din penasihat kelab, cikgu we, joy tuke gende, mat yie long, bedol, mat jie, matlan misai, jaki, ijoe dan adi antara yang amat menyokong generasi baru supaya memimpin kelab kearah yang lebih berjaya.




Wajah baru,harapan baru serta perjuangan baru.wajah - wajah baru yang bakal mencorak wadah perjuangan kelab kearah yang lebih hebat lagi.tinggi harapan ahli kelab terdahulu kepada barisan MT baru supaya dapat memastikan kejayaan yang dimiliki kelab tunas warisan tidak jatuh dek masa tetapi terus mengapai kejayaan - kejayaan baru didalam dunia dikir barat tanah air.kejayaan kelab tidak semestinya diukur melalui trofi semata - mata tetapi juga apa yang kelab bawa perubahan kepada ahlinya,program anjurannya yang tidak pernah dilakukan oleh barisan MT terdahulu.


Semoga Kelab Tunas Warisan dibawah pimpinan saudara Fahmi kita dapat membuat sesuatu yang terbaik supaya dapat dikenang oleh ahli kelab yang baru.Saya juga disini berharap semoga Kelab Tunas Warisan ini sentiasa berjaya dan terus berjaya mendapat tempat di bumi UKM dan di Pusat Kebudayaan Sendiri.

Read more...

TEKS UCAPAN YDP KELAB TUNAS WARISAN 2008/2009

Monday, November 24, 2008


Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini saya Mohd Fahmi Bin Abd Rashid selaku YDP kelab ingin mengucapkan
selamat bercuti dan pulang ke kampung dengan selamat..Di harap cuti kali ini bermakna disebabkan tiada latihan
intensif maku..hehehehehe..pd kalu ade kem latihan lagi besh sebenarnye...bnyak pengalaman..mcm2...
cntohnye...kalu time makan...kene g KTHO...kene jalan kaki...mule2 trun bukit pastu jln kaki sket...naik bukit balik
baru la sapai KTHO..makan...siap2 makan...nak balik...trun bukit,jalan sket pastu naik bukit...tenaga abeh situ jah..
letih bukan main...tp smangat tu penting...hidup kene teruskan...hahahaha

Terima kasih article dari saudara mi...mantan ydp kelab ni...mmg bnyak jasa mi kat kelab...
sbgai contoh jd johan makum pd thun lpas...tp syg thun ni xde...mintak2 thun dpan ade...besh g jln2 ni...ke guane???
hehehehehe...

erm.... sebelum menutup kalam ini.saya nak kongsi sedikit sedikit gambar buat tatapan ahli kelab dan peminat yang diambil sempena kem dan perjalanan ke MAKUM di Terengganu





trio yang mahu pulang ke kampung...ingin menikmati kemeriahan hari raya di kampung halaman setelah penat berlatih sempena MAKUM 2007...hehe..





manalah bas rapid kl nie..ngak sampai lagik..kan ketinggalan bas kita nie...haha..perjalanan balik kampung yang terbest skali...haha..ramai skali dong pulang...



haha...ni baru naik bas di dataran stadium kelantan..penuh ngan misi didada...ingin menaikkan nama UKM dipersada MAKUM setelah gagal pada 2006..




gambar ni masa mula2 sapa di DEwan SUltan Mizan UMT.try2 pentas la cikit..ingat hak mano bungan lupo maso rayo ritu~..guana mat lan kita tu..cacuk dia sore..haha..




hermm....ni hasilnya yang dibawa pulang dari UMT..hehe..no 1 beb..xdisangka akhirnya dapat juga bawa balik piala ini kat UKM..tp malangnya tahun ini tiada MAKUM..sedikit kecewa lah..xbulih jumpa sahabat dari Universiti seluruh Malaysia.

Read more...

Perutusan Mantan YDP Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma 2007-2008

Monday, November 17, 2008





Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan dalam peperiksaan buat semua ahli Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma tidak kira usia mahupun bidang apa sekalipun semoga kalian mendapat rahmat dari yang maha Esa.

Di kesempatan ini saya Muhd Zarimi b. Mohamad @ Abdullah selaku mantan Yang Dipertua Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir dan semoga kalian semua akan berjaya dalam peperiksaan kali ini. Peperiksaan merupakan kayu pengukur buat semua ahli pendikir yang berkecimpung dalam arena seni dikir barat. Inilah medan untuk kita menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

Selain dari aktiviti kesenian dikir barat kita juga mampu cemerlang dalam bidang akademik dan inilah yang kita mahukan iaitu mendokong Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memartabatkan ilmu pengetahuan dipersada dunia mahupun amal diakhirat. Maka di sini saya berpesan kepada diri saya dan juga para sahabat sekalian tonjolkanlah kemampuan kita yang sebenar dalam mengharungi kehidupan di puncak menara gading yang kita impikan selama ini.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Tertinggi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma yang baru dilantik. Semoga kalian dapat memikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kelab dikir barat. Jatuh bangun kelab dikir barat sekarang berada di bahu kalian maka kalian corakkanlah semoga ianya mencapai tahap yang membanggakan dalam pencapaian dalam dan luar kampus.

Apa yang penting di sini ialah kebajikan ahli perlu diutamakan dalam menjaga sebuah kelab yang mempunyai ahli yang begitu ramai dan karenah yang bermacam-macam dan ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi dalam menjana sebuah kelab yang gah di mata persada seni tanah air. Maka saya ingin memberi kata-kata semangat kepada MT yang baru dilantik supaya bekerjasama dalam mengemudi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sekian….

Assalamualaikum w.b.t



Bagi admin disini,satu perutusan yang ringkas tapi penuh dengan mesej,peringatan dan harapan kepada barisan MT baru..diharap YDP yang baru amik perhatian tentang amanat yang diberikan kepadanya serta war-warkan kepada barisan MT dalam usaha meningkatkan kumpulan Dikir Barat UKM.

ok~ salam perjuangan.

Read more...

Himpunan Wajah - Wajah Ahli Kelab Tunas Warisan.

Dulu , Kini dan Selamanya.....

Hasil karya Topek Lee

Topek Lee merupakan seorang ahli kumpulan Dikir Tunas Warisan yang dicungkil bakat dari Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia.Seorang yang suka mengambil gambar - gambar ahli kelab setiap kali aktiviti yang diadakan.Dia juga merupakan bekas MT iaitu memegang portfolio utama, Bendahari Kelab Tunas Warisan.Dengan mempertingkatkan sistem kewangan terdahulu dari Sob serta dibantu dengan kecekapan mengawal aliran wang kelab maka aset yang bernilai telah berjaya dimiliki kini.Aset yang dimaksudkan adalah sistem audio yang baru lengkap dengan speaker garam dan amplifier.Ntah betul ke salah ejaan ak tulis nie..huhu..

ok2...jom kita tgk siapa yang ada hasil kerja Topek nie...

Pembudayaan dikir barat di Bumi UKM




Raut wajah ahli kelab yang berjaya membawa Tunas Warisan ke mercu kejayaan.Gabungan alumni senior dan junior yang terbaik dapat dibentuk pada tahun 2006 yang telah mendokong satu cita cita yang jelas yang mana sebelum ini sentiasa kabur diselubungi kabus yang tebal..Kini jalan yang dilalui semakin hari semakin terang di dalam satu perjalanan bagi membawa misi dan visi kelab ke arah yang lebih gemilang.Kenangan yang dihimpun didalam kelab ini diharap menjadi menjadi satu kenangan yang paling manis didalam hidup ahli..Semoga ahli kelab yang baru dapat meneruskan saki baki perjuangan Kelab Tunas Warisan di bumi UKM sentiasa mekar dan subur serta penuh dengan wangian kenangan..

haha..sory lah..jika ayat bunyi tidak berapo kemas mano..abih rem dos nie...adios~~~

Batch 2005/2006





Lagenda Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma.Pada zaman ini boleh dikatakan zaman kebangkitan kembali Tunas Warisan selepas mengalami keadaan malap seketika.Diawal batch ini banyak halangan yang ditempuhi dan juga juga merupakan satu keadaan paling jerih sebagai langkah mendapat kepercayaan dari pihak kebudayaan UKM.Satu perbincangan telah dilakukan bagi mengatasi kesilapan terdahulu dalam mencapai kejayaan.Dizaman ini juga satu pendekatan yang saintifik telah diwujudkan bagi membentuk satu rangka dasar Kelab dalam menghadapi cabaran masa depan.Budaya berstrategi didalam pencapaian matlamat dan perancangan secara bersistem pada jangka masa pendek dan panjang juga telah dibentuk secara perlahan - lahan.Disamping itu, krisis di dalam kumpulan telah banyak dapat diselesaikan pada era ini.Seterusnya membentuk satu kumpulan yang berorganisasi yang mantap dalam usaha mengembeling kearah pasukan dikir barat universiti yang profesional.Secara ringkasnya,sumbangan utama dalam bacth ini adalah mendapatkan pakaian dikir barat Tunas Warisan UKM, pembentukan dasar - dasar penting dalam pengurusan dan aktiviti kelab dan pembentukan sistem pengurusan kewangan.

-Johan Pertandingan Universiti Lembah Klang 2005
-Naib Johan MAKUM 2006


Batch 2007/2008





Generasi emas kumpulan dikir barat UKM.Istilah ini paling layak diungkapkan kepada era batch ini kerana pada zaman ini terdapat kesemua elemen yang penting sebagai Kumpulan dikir Barat yang mantap.Perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi kerana didalam kelompok ini mempunyai 4 orang penyanyi yang fleksible.kerana setiap seorang daripada mereka mampu membawa lagu yang berbeza iramanya.Tidak la perlu dihuraikan disini secara panjang lebar.Ahli muzik yang lengkap juga terdapat disini yang diketuai sendiri oleh NYP kelab iaitu Miji serta dibantu oleh ise stewong,we boboy.Selain itu batch nie juga mempuyai awak yang berkebolehan serta berbakat diketuai oleh Taufik dibantu oleh juki,mat yie,mat yeh,kudin,peja batas,seman N9 dan lain -lain.Mitak maaf tidak dapat menyebut kesemua nama..Secara ringkasnya, sumbangan batch ini kepada kelab adalah meningkatkan kualiti persembahan dikir barat dengan penerapan teknik tertentu, memperbaiki sistem terdahulu kearah yang lebih mantap,penerapan budaya kerja yang kemas dan efisien,barisan MT yang berkebolehan yang mana mampu berfungsi dengan cemerlang,memantapkan kebajikan ahli serta memperkenalkan istilah kelab berkebajikan dan membaik pulih alat dikir terdahulu.aset yang diperolehi zaman ini adalah satu set alat dikir barat dan kelengkapan audio untuk berdikir barat.Sebelum terlupa,kali pertama dalam sejarah dikir barat UKM,penganjuran pertandingan antara kolej diadakan.penglibatan menyeluruh dari semua pelajar dan Pihak konvo..Tahniah diucapkan kerana kini dikir barat sudah menjadi budaya di universiti ini yang sebelumnya bertungjangkan kepada tarian dan teater.hmm....Sesuatu yang tidak terpikir pada zaman penubuhan kelab dahulu.

Johan MAKUM 2007

erm.....Berikut merupakan sumbangan yang telah diberikan ahli kelab yang telah dipecahkan kepada batch.Seandai ada kesilapan saya didalam penulisan tinta yang tidak berdakwat ini saya memohon mitak maaflah banyak2 kerana sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..hehe...sekiranya tidak tersebut dan dinyatakan sumbangan yang dilakukan..

Read more...

Kenangan Tunas Warisan Di Kolej Ibu Zain

Saturday, November 15, 2008

Episod : Tunas Warisan di kolej - kolej UKm

Salam dihulur lagi~.sekarang kita menjengah plak ke kolej IBu zain yang mana persembahan di buat di dataran panggung seni ukm.lebih kurang kat belakang DECTAR jer.bunyi jer jauh kan.biasa lah ibu zain jauh kat atas sane.susah ckit nk program bagi melibatkan keseluruhan pelajar - pelajar ukm nie.ape pon..tahniah kepada pengurusan jaksa ibu zain kerana dapat membuat satu program yang besar ini.

jom kita flash back balik kenangan kelab kita di era tokoh perempuan yang bersemangat kental ini.hehe..




ni la rupa kolej Ibu Zain UKm.hem...Antara kolej terlawa la design didalam Universiti ini.Jenis penempatan adalah dua orang sebilik sahaja.Berminat? Aktifkan diri anda dengan aktiviti.contoh nya masuk jer Kelab DIkir Barat UKM.xder wakil lagi nie dari kolej Ibu Zain.hehe..



Oleh kerana tempoh masa diberikan adalah singkat,hanya lagu juara dan sedikit nyanyian sahaja dilakukan.Yang nie ise koto duk duduk nie mestilah lagu joro..hem...tok joro kita nie memang sangat suka bawak lagu berirama tinggi.Katanya dia beridolakan Megat NOrdin..hehe..




ha....kalu saya tak lupa..Ise bawak lagu mere mehbo...haha..mitak maaf jika tersalah ejaan kerana lupa.lagu nie ramai pelajar pompuan duk sorak2 kat Ise kita..Tapi xsure lah sorak kerana best ke lirik yang sedikit poyo sedikit..keke...lama da xberdikir barat..sory la kepada ahli - ahli kerana gambar yang xbanyak ni.Kerana saya tidak mempunyai koleksi gambar yang banyak didalam laptop nie..diharapkan ahli lain dapat menyumbangkan gambar terdahulu kepada saya bagi diupload kedalam blog kita nie..ok~cukup la pada hari ini...esok saya post tunas warisan di Pesta Angpau UKM pada tahun 2006

Read more...

Kenangan Tunas Warisan Di Pendeta Zaaba

Friday, November 14, 2008

Episod : Tunas Warisan di kolej - kolej UKm


Sebenar nye saya pom dah lupe kami wat show pasal ape kat kolej zaaba nie..humm...tapi apa yang pasti satu program budaya boleh dikatakan besar gak laa...coz antara tetamu yang hadir adalah Datuk Jins Samsudin dan juga ketua pusat kebudayaan ukm disamping pegawai - pegawai diorang.Selain itu juga pada malam tersebut kami merupakan satu - satunya kelab artisukma yang mengadakan persembahan kerana persembahan tariannya adalah di lakukan sendiri oleh artis budaya.Sebabnya mudah sahaja kerana artis budaya tiada yang boleh berdikir barat.haha...

ok.Jom kita snapshot kembali pada zaman penulis tersohor tanah air..pendeta zaaba...semacam jer ak karang nie..haha..

SEBELUM SHOW~

Tiga tip penting dikir barat sebelum naik kepentas.

pengajar/ demonstator - mamat nepal,dome

pelajar - Sepul,We smart,Mat yie, Ha do






Bebelum melakukan persembahan.pertamanya kita seharusnya memakai baju dikir dahulu.haha..biasalah bagi nampak sejoin cikit..



Keduanya pulak,kita perlu melakukan exersice sebelum naik kepentas.Perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan tidak terjadi kesakitan urat semasa berdikir barat pada tempoh masa yang lama.



Ketiga...hehe..bergambar dan berposing puas - puas.perkara ini juga penting bagi memastikan terdapat kenangan yang mencuit hati serta dapat mengembalikan kenangan tertentu kepada ahli-ahli nya.kini,boleh dikatakan hampir semua ahli mempunyai kamera..satu wadah bagi mempertingkatkan koleksi gambar..wakaka..

ha ha...sekadar bagi info kepada peminat..


SELEPAS SHOW~



Aksi selepas berdikir barat...kita menyanyi pulak bersama sambil berbual sesama ahli.pe bende mamat nepal ngan kay - yoe komuter nie..(ejaan nama ditulis mengikut kemahuan tuan nya..kato suh bunyi sedak.hehe..)..kuat jah suka...was - was gua..haha..ko duk makoh dua nie...kalu anda dapat perhatikan..sume penaja selipar adalah dari negara matahari terbit.haha...



Bermain sorok - sorok adalah satu hobi utama ahli kelab kita...rase2 diorang nie beraksi masa orang lain ngah show..bising bangat..nyaris2 xkena sound malam tue..haha...woit kay - yoe dan anip..kang gatal plak tue duk main daun keladi...yang sob pulak tue...duk dakap pokok..ai..rindu kat awek kesayangan ke..keke



cool.steady dan serioussss face plak muka diorang nie..hehe...rasa2 dalam hati diorang nie..pasal makan.pe la yang dapat nie..lama duk tggu2 ni..hehe...


MAKAN SHOW~


Meja 1



haha..berbaloi dengan penantian yang lama..kami mendapat makanan layanan kelas pertama seperti hotel pada malam nie..mewah..tiga meja full disediakan kepada kumpulan tunas warisan.licin diorang sapu malam nie..ha..me ngan anip muka da mengatuk kekenyangan nie.

Meja 2




Aje dikelilingi oleh barisan junior yang hebat bangat...haha..diorang merupakan satu ahli pelapis kumpulan dikir barat yang terbaik pernah muncul di ukm ini.kerana diorang yang memacu kecemerlangan Tunas Warisan sehingga mendapat naib johan dan johan dalam kejohanan makum..haha..memuji lebih plak ak kat korang ek..actually satu perhargaan dari penulis..

Meja 3



hem...sini meja orang star nie..hehe..star dalam tunas la..malam nie diorang biasa jer..hmm...dua orang bekas NYD berborak panjang..ntah per la diorang discuss..masa depan kelab kot..xpon pasal pompuan lawa yang show dikir barat...terserlah gaya YDP Mie kita tue...tengok tangan tahu doh..hehe..miji plak tue angkat gelas semata- mata hanya untuk gambar ini sahaja..haha..apa2 pun...terima kasih diucapkan pada barisan jaksa dan pentadbiran zaaba pada sesi 2007 nie kerana menjemput kumpulan kami dan menyediakan makanan2 yang best..haha..

jumpa lagi~~~

Read more...

Kenangan Tunas Warisan Di KOlej Burhanuddin Helmi

Thursday, November 13, 2008

Episod : Tunas Warisan di kolej - kolej UKm


karya dari Peja Batas

Satu karya oleh Ahli Dikir Kelab Tunas Warisan yang dihasilkan oleh kelab dikir kolej iaitu Pusaka Naim Universiti Kebangsaan Malaysia.Peja Batas suatu nama yang tidak asing lagi di dalam arena dikir barat ukm.diharap ahli - ahli kelab yang lain sedia menyumbangkan hasil karya masing - masing untuk dipaparkan disini.






Jom pakat make, selepas persembahan pasti ada saje makanan yang disediakan.sekurang - kurangnya berbaloi gak gi dikir nih...dapat save ler ckit2..haha..Ise Joro nie ngah posim ke ngah candid nie..cam da2 tahu jer orang nak amik gaba...aje nie brapa bungkus makan..banyak nampak?







Kenangan semasa membuat persembahan di Majlis penutup Temasya Tautan Mesra (TTM) Kolej Burhanuddin Helmi, salah satu kolej diUKM yang menjadi kilang pengeluar pendikir-pendikir Kelab Tunas Warisan UKM. Persembahan bersama kelab kolej, Pusaka Naim. Tengok sahaja bilangan pendikirnya boleh katakan lebih lebih daripada 30 orang, kemeriahan dan kepuasan berdikir pasti ada.






Baris-baris.hak mano duk depe hak mana duk blake..kira2..tggi duk tgh..pendek duk tepi..ayat kebiasaan didengari bila time nak naik pentas..kalu xperasan bila berdikir pasti ade suara yang kuarkan ayt ini..check balance katakan....hehehe. sebelum membuat persembahan di Kolej Burhanuddin Helmi. Kenangan bersama alumni Mat Nepal...





Gelagat-gelagat pemuzik sebelum naik membuat persembahan, Mat Nepal dengan marakasnya, dan miji dengan dengan rebana kesayanganya, disamping mantan kelab, Aje.





Awek-awek dikir barat kolej Burhanuddin Helmi. kenangan dirakam semasa majlis BBQ kelab kolej Burhanuddin helmi. nak no fon.. sila hubungi saya hahaha...




Bergambar selepas membuat persembahan di DECTAR, dalam majlis Diner Kolej Burhanuddin Helmi pada tahun 2007.best betul kalu duk bergambar sokmo2...haha..




Macam-macam gaya ada la. huhuhuhu kenangan bersama ahli kelab selepas membuat persembahan. Terpancar kepuasan pada setiap ahli selepas membuat persembahan.






Kenangan bersama ahli kelab dikir Pusaka Naim Kolej Burhanuddin Helmi, persembahan bersama kelab Tunas Warisan di kolej Burhanuddin Helmi, di majlis makan malam bersama mantan nc.

p/s : Ahli kelab lain bila lagi nak sumbang idea bagi nk ceritakan pengalaman anda bersama kelab dikir barat ini..Xrugikan pengalaman indah anda dikongsi dengan peminat- peminat kita di ukm kan..haha..jom!!!

berminat sila email karya anda ke email azam_mache@yahoo.com ataupun terus ke bilik saya..

Read more...

Tunas Warisan UKM di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan

Monday, November 10, 2008

Kenangan di Kem kelab tahun 2006 kini diabadikan di blog kelab.Semoga ahli kelab hak baru dan ahli lama dapat melihat aktiviti kelab yang tidak diwar-warkan kepada pengetahuan umum.Dengan gambar - gambar aktiviti Kelab diharap menarik minat pelajar - pelajar baru menyertai kelab dikir barat Universiti Kebangsaan Malaysia ini bagi mencari pengalaman yang berharga di dalam kelab ini.

Jom pakat tengok...


TRAVEL TUNAS KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.



Rombongan Ahli kelab Ke Sri Tujuh Resort.Gambar ini dirakam di Stesen Keretapi Kajang.Penasihat Kelab abe Din telah hadir menghantar rombongan ini.




Antara snapshot yang menarik semasa dalam perjalanan ke Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga,kelantan.Gambar ini diambil oleh Saudara Saiful semasa berhenti di Gua Musang.Boleh wat wallpaper nie..hehe..


KEM GEMILANG(1) TUNAS DI PANTAI SRI TUJUH



Ini juga hasil gambar yang berjaya dirakam oleh ahli kelab juga dari Saudara Saiful semasa mula - mula menjejak kaki di Pantai Sri Tujuh..smart sungguh pemandangan di Pantai Sri Tujuh.Kepada pelancong yang berminat silalah datang ke pantai ini kerana dapat memberi satu memori yang menarik untuk anda.Promote Pantai Sri Tujuh sikit.





Baru sampai di Chalet seri Tujuh resort.Selepas sampai makan2 angin di kawasan sekitar pantai..sepoi2 bahasa jer angin..




Kawe upload gambar coz napok lawa jah posim pok2 kito.Mace2 gayo ado.maso nie air pantai surut maka pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan.





Antara aksi terbaik berjaya dirakam semasa kem kelab.ini merupakan karya dari Saudara Mazlan Haron.Kalau salah tolong betulkan ek..gambar ini juga telah dihantar ke Majlis Anugerah Seni 2007 dalam kategori gambar terbaik.Namun masih lagi tidak cukup hebat memenangi anugerah tersebut.





Salah satu aksi sesi latihan dikir barat semasa di kem.peluh ritik kakloh maso nie..naik angin bekalih..ise joro kito bawok lagu tinggi belako2 male nie..kato nok wat naik soro.Awok2 layan jer..kena ikut tok guru baru berkat..kui2.




Tunas FC.hehe..aktiviti kesukaan ahli kelab semasa tiada aktiviti sebagai wadah pererat hubungan sesama ahli kelab..sesaje jer nie main bola masa petang selepas petang berlatih dikir.







Pelbagai gaya dan variasi.hehe...berlainan anak negeri sebenarnya diorang nie..alumni Saudara Arman asal Kelantan,berkaca mata saudara Hisyam dari negeri Sabah.Berada dibelakang Saudara Hisyam pulak adalah Bekas s/u Kelab iaitu Saudara Anip berasal dari negeri Perak dan yang last itu adalah Seman merupakan bekas MT Hubungan Luar dan Perantarabangsaan dari Negeri 9.Tidak salah berlainan negeri tapi syarat masuk ke kelab adalah memartabatkan seni dikir barat di tempat tertinggi.Disitulah dapat membentuk persefahaman yang mantap.chewah.




Pada malam terakhir penat - penat berdikir..jom bbq ikan jap..haha..malam ni xsilap ikan sebanyak 15 kg diabiskan dalam 30 ahli..parok make pok2 nie..hahaha...







Sedak weiii maso nie...kenangan banyok....maso pete2 duk bual2 sambil amik angin dipantai seri tujuh tumpat.best kakloh la duk cini kerana view nya yang lawa..sambil boleh make seafood ngan air kelapa..




Petang2 kita main buaian pulak.Pada malam nie juga lah kita naik pentas di Kota Bharu..berjumpa dengan gu lawan mana lah..



SEDIKIT PAPARAN SEMASA FESTIVAL DIKIR BARAT PERDANA 2006








Selepas penat berlatih, kelab naik 'stage' bertanding dengan Kelab Sri Gedombak Pasir Puteh pada Festival Dikir Barat Perdana 2006 di dataran Stadium Muhammad ke 4.Banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari pertandingan ini ekoran teguran dari juri profesional.

Read more...

selamat bercuti.

Thursday, November 6, 2008




selamat bercuti kawan2....luangkan masa bersama family tersayang..hehe..

Read more...

Gambar - Gambar Sekitar MAKUM 2007.

Wednesday, November 5, 2008




Sedak wei jalan bandaraya persisiran pantai nie...hehe..boleh kenal negeri oghe...






cuba perati betul2....mano hak cacat xley duk samo ngan oghe..haha...seriusnya pok kito nie...semangat!!!!







Hak nie adalah gambar dua oghe bekas YDP kelab nie..sebelah lagi tue adalah supersenior.buke superman..haha...turut ado di blake tue..pije ngan mamat..hehe.






Kenangan di bumi Terengganu sebelum naik stage kita jalan2 dulu makan angin..release tension...hehe...lepah tu baru kito dikir rama2...






wassup bro!!!! ni make angin pantai teluk chempedak di pahang darul makmur maso nak kelik ke ukm..buang angin2 hak sekot sebot dale dado...haha..








Bergambar kenang kenangan di depan Dewan Sultan MIzan UMT..sebenar nya panas maso nie...tp ingtkan jarang2 datang ke UMT nie...layan jer laaa...






woit......pandang 200 meter kehadapan...cam kawat lak kita nie...mat lan misai pakai luar soyak bende tue...hehe..soyak pom mahal kam..xdop 2 3 ratus xley nk rasa itu..keke.










Berlatih sedak pok kito...buat yang terbaik pasti hasil yang terbaik..kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang benar - benar kuat ke arah itu.hehe...kok se kok dang ayt ak..harap2 saie pehe blako maksud nie..








nie bergambar sementara otw nak gi panas enjin kih lamo xdikir...hak nie panas gok nie..tp kih tuan kamera angkt kamera...terpaksalah kami berposing..rase2 tuan kamera ini saieng ak kedu..hehe..yo ko?









hai....fahmi..bodek pegawai doh ke? haha..mace2 tahu demo jadi ydp kelab kito hak baru..semoga gud luck kepada fahmi kerana dipilih menjadi ydp kelab yang baru..diharap generasi baru dibawah kepimpinan dia dapat membawa kelab ke dimensi baru dalam dunia dikir barat di tanah air..kita mempunyai visi dan misi ke arah itu..berbeza pucuk kepimpinan tidak kisah asalkan kepimpinan yang silih berganti tidak lupa apa yang direncanakan oleh kepimpinan terdahulu selagi relevan dengan keadaan tertentu.hehe..ntah pe ntah nie...







ha...ni pulak..rase2 nya..antara gambar terawal diambil masa sampai di umt..hum...sebelum nk daftar penginapan....posing baju baru katakan...hehe..










mase nie adalah dataran stadium mohd ke 4...duk menunggu ketibaan saie2 kita utk ke umt..terima kasih kepada pengangkutan ukm dan pusat kebudayaan ukm melalui pegawai kita abg ayob dan abg zul kerana susah payah balik ke kelantan dahulu ambil peserta sebelum pergi umt.masa ini dome mai tp kate nye xdapat ikut pergi ke umt..ada hal urgent yang xdapat dielakkan.huhu...humm..sebelum terlupa..gambar2 semasa menang piala nk letak x? kalu nak...inform kat borak2 tunas..hehe..

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP