TERIMA KASIH PEJUANG SENI

Monday, May 17, 2010

assalamulaikum....
bertemu kita kembali di blog ini sesudah lama menyepi akibat berlakukannya malapetaka yang menimpa UKM baru-baru ini( exam dan cuti sem)...

sempena berakhirnya sesi 2009/2010 ini, sy sebagai YDP kelab Tunas Warisan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan juga tahniah kepada abe-abe senior yang bakal grad tidak lama lagi. terima kasih di atas penglibatan dan juga sokongan yg telah diberikan kepada kelab sepanjang berada di UKM ini. di bawah disenaraikan ahli-ahli kelab yg bakal menjadi graduan tidak lama lagi...




ni dia tukang karut termasyhur di arena dikir barat peringkat universiti malaysia iaitu muhd zarimi (abe miey) . bakat beliau diserlahkan lagi apabila memasuki Kelab Tunas Warisan dan akhirnya dapat menjuarai FEStKUM 2009. selaku tukang karut yang mendapat pingat perak.. walaumanapun, di mata ahli-ahli kelab beliau merupakan tukang karut yg tiada tolak bandingannya..taubat, sungguh!!!!! beliau banyak berjasa kepada kelab. beliau juga merupakan mantan YDP 2006/2008.



gambar di atas menunjukkan seseorang manusia bukannya patung... beliau bernama irawan (pok we) beliau merupakan org kuat kelab. tahniah kepada beliau kerana sudah bergelar suami org..



gambarrajah di atas menunjukkan seorang melayu. beliau merupakan tok joro UKM yang mempunyai suara ala-ala Megat Nordin. sungguh merdu bisikan beliau, membuat anak dara mengiau-giau tapi xleh tgk muka takut kejut terus pitam. nama di beri nasrun ahmad @ mat yong mample amir ali syeksen 15. kehebatan beliau selaku tok juara terserlah apabila telah menjuarai pertandingan dikir barat peringkat universiti2x malaysia ( FEStKUM)...
tahniah diucapkan....



Justify Fullnama digelar cikgu zaini, muka smart supo gambar nie.. jangut dialin ala-ala osama ladin, itulah org kuat dikir tinggal di kolej burhannudin.. beliau merupakan di antara tulang belakang di kelab tunas warisan. beliau merupakan spesies pendiam di luar tetapi spesies killer di dalam arena dikir barat...


nie dia pakar dlm permainan dam cap kuda.. sapa sakit duk mikir.. beliau bernama sukrimi atau min ganu... beliau merupakan antara tiang awok-awok dikir tunas warisan. aweks beliau sgt lawa..ooiiitttt.... ambo pun cair tgk... xdok aroh hok gu kalo dok lama dh bedal kwe.. hehhe..hanya gurawan semata-mata jgn terasa hati...



beliau digelar dgn gelaran chan.. entah mengapa digelar demikian kami pun xtaw( dlm lograt kedah)... dia bukan hitam tp manis, aweks beliau menyatakan demikian.. seorang yg agresif ketika berada di atas dan juga di bawah pentas... beliau juga banyak berjasa dlm menaikan nama kelab di dalam arena dikir barat di malaysia.






kecik-kecik cili padi, makin di sound makin menjadi... beliau dinamakan muzaidi, muka yg sentiasa tersenyum walau dlm apa jua keadaan.. banyak memberi sokongan padu kepada kelab.. tanpa beliau tiadalah yg paling pendek seangkatan dgn boboy @ pok we...



aku bukan seorang romeo tetapi seorang ustaz.. inilah yg dikenali sebagai burn ( membakar) atau nama penuhnya bukharimuslim. dtg dari kedah nk habaq mai.. merupakan mantan bendahari 2008/2009. seorang perternak ikan laga dan juga pendikir kelab tunas warisan..



ana tumpang tnya jalan daa... ana shuda sasak lar.. ini bukan pak arab ye, ini jowo mari.. asal sabak bernam, selangor...org sini upenyo.. seorang kaki gitar, kaki konga, kaki bonggo, dan banyak lagi kaki lar tetapi yg paling penting beliau merupakan kaki dikir yg setia...



muka di atas diberi nama akmar motor scrambler.. merupakan seorang pengiat seni yg sejatooo.... seorang pendikir yg hiperaktif, sampai nk roboh pentas dibuatnya..

terima kasih diucapkan kepada beliau-beliau yg berkenaan diatas sokongan dan jasa yg tidak ternilai kepada kelab tunas warisan sepanjang berada di UKM ini. akhir sekali terima serangkap pantun:

kalo ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalo ada umur yg panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

wabilahhi taufiq walhidayah wasalammulaikum warahmatullahhiwabaratuh....
sekian terima kasih....


Read more...

TUNAS WARISAN TELAH BERADA DI ARENA FACEBOOK

Wednesday, April 28, 2010

assalamulaikum semua...
sudah lama nampaknya tidak mengepostkan post-post yg terbaru di blog ini.
maklumlah sibuk dgn peperangan sekarang( perekso final sem) hehehehe...
dgn tidak membuang masa lagi sy dengan ini merasmikan pembukaan tunas warisan di arena yang amat di minati oleh manusia di dunia ini iaitu arena FACEBOOK...

berdasarkan perbincangan yang telah di jalankan oleh ahli-ahli kelab TUNAS WARISAN ARTISUKMA UKM, kami telah sebulat suara dan idea mencadangkan agar kelab kita disiarkan di arena FB. ini kerana menurut menilaian sy sendiri didapati 99% ahli-ahli kelab kita artis disitu..

dengan penubuhan group TUNAS WARISAN di situ mungkin akan lebih membuatkan ahli-ahli kelab lebih peka  terhadap apa-apa pengumuman yang disiarkan disitu.. dan mungkin juga akan menarik minat pelajar-pelajar di UKM untuk meyertai kelab tunas warisan.. insyaallah..

sekian terima kasih,

yang benar
mohd taufik shamshudin
YDP kelab tunas warisan ARTISUKMA UKM

Read more...

MAJLIS PENGHARGAAN FESTKUM 2009

Saturday, April 17, 2010

assalamulaikum dan salam one malaysia.......

sini ambo nk crito sikit sebanyok psl majlis penghargaan FEStKUM 2009 ...
dengan itu terimalah coretan ambo ini...adoiiii sayang...

Pusat kebudayaan, JPPel telah mengadakan Majlis Penghargaan FEStKUM 2009 pada 20 Mac 2009, jam 3 petang bertempat di Grand Ballromm, Hotel Equatorial Bangi.

Tujuan diadakan majlis berkenaan adalah untuk meraikan kejayaan ARTISUKMA UKM sebagai johan keseluruhan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan kementerian pengajian tinggi dengan kerjasama kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan malaysia dan RTM telah berlangsung dengan jayanya 9-13 Disember 2009 bertempat di empat buah universiti iaitu, UKM, UM, UPM dan UITM.

Terdapat 8 acara yang dipertandingkan dalam FEStKUM 2009 iaitu zapin, boria, dikir barat ( sek kito....hahaha), tarian klasik india( diwakili oleh yon dan fahmiey.. wahahahahaha/jgn mrh boh, guraw ja..hihihihk), tarian tradisional cina, nyanyian irama malaysia, muzik akustik dan pantun.

Bagi kategori utama UKM memenangi 3 pingat emas iaitu tarian klasik india (individu~tahniah yon), pantun dan dikir barat....yahoooo..... sek kito tuh.. haha., 1 pingat perak bagi tarian tradisional cina dan satu pingat gangsa bagi tarian klasik india(kumpulan~yon dan fahmiey.....hehehehehe:-)...). bagi kategori sampingan UKM memenangi 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa..

hahahahahahaha..panjang lebar ambo duk crito pasal kito menang nih...huhuhuuh..yo lar kito 2 tahun berturut-turut menang tu. sapa ambo sendiri pun nk tiok.. pertama kali masuk tanding peringkat universiti nie terus dpt johan.. insyaallah kito berdoa pada Allah SWT supaya tahun ini kito akan mengekalkan lagi kejuaraan kito..insyaallah.. ambo rse syukur sgt2x diatas kemenangan kito.. ambo nk ucap ribuan terima kasih pada tok joro mak yun kito dan tukang karut miey kito..tidak lupo jgn kepada pemain muzik.. cikgu ambo.. abg gie kito..hahaha, suki, makjeh, wan comel @ boboy, dan jgk keyol... dan juga jutaan terima ksh kepada awok2x barisan hadapan iaitu yon, mijie MV, wan KKM, mizam, abg pek kito, mantan ydp kito... fahmiey, tihie (bdk baru tuuu..duk gua muse..hahahaha) dan juga kepada man N9... bagi barisan belake pulok timo ksh kepada wan fpend, ustaz @ hakim, bro, abg zaini kito, abg mat chak, palie, saidi, nazer, shukrimiey, dan jgk pd ahli-ahli laen yg turut memberikan sokongan kepada puok2x hok naik male tu.. harun, akma, man, akma mutor skroh, jedi dan jugak pada puok-puok senior yg turut datang pd mlm pertandingan tu..abg len, abg ise tok joro kito mula, dan jgk pada abe2x senior kito hok lain yg turut memberi sokongan padu pd kami...jutaan terima kasih ambo ucapkan....

berbalik kepada majlis penghargaan tu di sini ambo ada skit jah gambarnya hok ambo ambk dr puok2x kito yg g hari tu.. tp x sikit jgk,, banyok..hahaha...kiro sedang lar deh..huhuhuhu...



nie gambar semua peserta FEStKUM bersama..... gapo dio x taw yg duk pegang tu..fikir diri deh..huhuhuhu....




nie mse keno sarung pingat tekok..pingat emas tuu...huhuhuhu..tp mse nie kena gilir2x pingat sebab x cukup... ada 11 jah hok laen bdk2x wak kelik kmpg belako..tp xpo kena sarung jgk gano2x pun..hehehhee



muko-muko lapar perut belako..hahahhah..tambah dgn boring duk dgr org ceramoh.. semo nmpk bergaya... kemah2x.. doh guano suki negung??? eh, x igt bru putus gwe..hahahaha




hadoiii.... masuk akbar puok2x kito..hahahahaha..tgk lah gaya seorg juruletih( miegi bersama adik we kito) kahkahkah...



smart dok gambar nie??? wahahahahaha..pitih x nmpok lar boh.... tapi apa yg penting gigie miey tukang karut kito tu tetap puteh..wahahahahahaha



lupo nk upload td..nie gambar mulo2x sapa hotel equatorial bangi tu.. jejok jah kaki, gambar selaluh... hahahaha..xpo demi kenangan kito bersama..ceeewahhh... kwe muko bgn tido tu..hahahahah

gaya bebas ala-ala bru lepas dr tahanan komunis..hahahaha... ternyata jelas di situ kegembira puok2x kito dgn hamper yg dikendong oleh mak jef... hamper ambo sebenar tu, bleh cabutan bertuah.. sekalo x tuah pun tp hari tu ambo tuah..syukur2x...



malas nk kato gapo..kahkahkahkah.... besar molek lube idung cikgu koke ambo...hahahahahahah..guraw jah cikgu jgn marah deh... hehe... puok belake x puas hati doh tu..


hah..nie bru smart jetat puok2x kito... peghhh..mizam katang body..huahuahuahuauha

sapa sini jah gambar hok ambo ada.. 6t kalo ada lagi ambo upload lagi.. hehehehe..dun worry i still will give comitmen in this blog..huhuhuhu..jolo dok ambo speking mak toleh nie... hahahaha

dgn itu selamat melihat gambar2x kenangan semasa majlis penghargaan itu.. semoga kelab tunas warisan akan kekal bt selama-lamanya... biar sapa ke anok cucu.. hehe..
assalamulaikum..

from: ydp kelab tunas warisan artisukma UKM
mohd taufik shamshudin
toofik_88@yahoo.com

Read more...

AKTIVITI KELAB TUNAS WARISAN 2010( bulan 1 -4)

Wednesday, April 14, 2010


assalamualaikum dan salam one malaysia...


kepada peminat-peminat dan abg-abg senior kelab tunas warisan artisukma UKM di sini ambo ada senaraikan aktiviti-aktiviti @ show kelab pd tahun 2010..

1) 10/1/2010 persembahan untuk karnival kolej rahim kajai iaitu MEFEK bertempat di dataran PANGGUNG SENI.

2) 10/2/2010 persembahan di FSSK utk program jabatan ambo sendiri iaitu Hari Apresiasi Seni utk PPBKKM.

3) 20/2/2010 persembahan utk kelab PROSTAR di shah alam.

4) 25/2/2010 persembahan utk karnival kesenian islam anjuran FPI bertempat di padang pavalion UKM.

5) 27/2/2010 persembahan utk karnival kolej aminuddin baki iaitu ABC bertempat di dataran K4 kolej berkenaan.

6) 5/3/2010 persembahan utk hari keluarga kolej burhannuddin helmi bertempat di kolej berkenaan.

7) 6/3/2010 persembahan utk dinner kolej aminnuddin baki di DECTAR.

8) 11/3/2010 persembahan utk dinner FPI bagi pelajar tahun akhir bertempat di dewan gemilang( DG).

9)12/3/2010 persembahan utk kembara seni di dataran FEP.

10)19/3/2010 persembahan utk dinner jabatan sej, politik dan hub antarabangsa di dataran canselori dan juga persembahan utk kolej karnival UO di kolej berkenaan. pada malam itu ada 2 show sekaligus. namun begitu alhamdulilah, persembahan berjalan dgn lancar walaupun terdapat kekalutan di situ..wahahaha...

11) 29/3/2010persembahan utk dinner FPI jabatan usuluddin bagi pelajar tahun akhir bertempat di puri pujangga.

12)4/4/2010 persembahan utk majlis perkhawinan di putrajaya. persembahan di putrajaya ini juga lah yg menjadi persembahan terakhir pada bulan januari hingga bulan april. kami tidak lagi menerima jemputan atau undangan untuk show lagi sebab budak-budak tgh exam pada bulan april nie.. insyallah ambo akan senaraikan lagi aktiviti-aktiviti kelab pada sem baru 6t..

sudah tentu peminat-peminat serta abg-abg senior kita nk tgk gambar dan video pd hari peristiwa tu kan.. tp di sini ambo tidak dpt nk upload lagi. jd mtk mak ngah banyak2x deh.. insyallah ambo akan upload gambar serta video-video persembahan apabila ambo sudah mempunyainya. huhuhuhuh..mtk mak ngah deh, ambo akan upload secepat mungkin.

diharapkan abg-abg senior jgn mrh deh.. ambo nie BBB... hehehehe...

sekian dulu laporan yg x mcm laporan oleh YDP....
mohd taufik shamshudin.
email: toofik_88@yahoo.com.
no tel: 0139579259




Read more...

MINTAK MAK NGAH (maaf) BANYAK-BANYAK from YDP baru


assalamulaikum kpd geng2x tunas warisan, kpd senior2x, dan kepada ahli-ahli tunas warisan sekalian.....


ambo nk mtk mak ngah banyak-banyak sebb x dpt nk upload blog nie... tp insyallah mulai hari ini ambo akan bagi komitmen skit sebanyok pada blog nie...
al maklumlah ambo nie BBB ( budak baru belajar) haha.. bukannya BBB tempat puok-puok kitor duk lepak sokmo tu....
sebenarnya ambo baru dpt kesempatan nk msk dlm blog nie.. nie pun ambo terpaksa guna id yon dulu ( yon black @ ragbi).. haha.. sebab ambo x ambk lagi id ngn mantan ydp kito dulu (saudara fahmi)...

berikutan drp apa yg senior-senior kita duk bualkan itu, iaitu mengenai peristiwa-pertiwa yakni persembahan yg di lakukan oleh tunas warisan tu ambo sekali lagi ingin memohom beribu-ribu kemaafan lah sebab bt maso ini xleh nk msk ag gambar-gambar or video kerana ambo xdok rakaman semasa persembahan berjalan tu tp insyallah ambo akan masukan tidak lama lagi....

itu sajalah yg ambo dpt coretkan disini... insyallah abg-abg senior kito buleh tgk gambar-gambar semasa show di jalankan pd hari berkenaan tidak lama lagi..
sebelum mengundur diri ambo nk bt pantun 4 kerat so... kalo nk jwp tu alhamdulilah ambo akan jawap pulok..ohohohohoh

buah cempedak di luar pagar,
ambk galoh tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalo saloh tolong tunjukan...

sekian drp mohd taufik @ YDP baru kelab TUNAS WARISAN ARTISUKMA UKM..

Read more...

Majlis kesyukuran Mr some ( Tukang karut UKM 2004-2008 )

Sunday, February 21, 2010

 Kepada rakan seperjuangan di kelab tunas warisan UKM ini, kelab mengumumkan bahawa Tukang Karut UKM iaitu Sam akan menamatkan zaman bujenya dengan pilihan hati pada tarikh seperti tertera di banting yang di tunjukkan di bawah.


~ Mr Some berbaju Hitam ~

 

 Empunya diri dalam jersi dikir barat Ukm



Semua pakat GI lakow ke rumah Sam kita...


Kad Jemputan.


 
~ Alamat Rumah ~
Klik pada gambar kalau tidak nampak

Kepada Sam dan bakal isteri, kelab mengucapkan ucapan tahniah dan apa yang dirancangkan berjaya dengan lancarnya dengan tanpa sebarang gangguan.

Sekali lagi..kelab mendoakan semoga anda berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat.

'Pakat GI lakow awok2 kito... '



Read more...

Latihan Mingguan

Tuesday, February 9, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penggiat seni dikir barat seantero dunia serta pengunjung blog Tunas Warisan Artisukma UKM yang dikasihi. Latihan mingguan telah diadakan setiap hari khamis di bawah kelolaan jurulatih tersohor dari Pantai Seri Tujuh Tumpat iaitu saudara romzi. Latihan terbaru telah diadakan pada hari khamis lepas bersamaan 4/2/2010 sebagai persediaan untuk menghadiri jemputan dikir oleh FSSK dan Karnival Prostar.


Latihan telah dibantu oleh tok joro dan awok-awok legenda kelab iaitu saudara Hise Kota dan Topik Lee


'Masa itu emas'. Kelihatan YDP kelab menunjukkan aksi Muai Thai sementara menunggu ketibaan awok-awok yg agak lewat tiba hadiri latihan. Situasi seperti ini sudah sekian lama membelenggu setiap ahli kelab. Namun begitu, komitmen masih diberikan.


Barisan awok-awok bersama Super senior kelab (Abe Le misai)


Duet karut antara We dan Hise


Sep2 alat tunas-->>lead by Coach kelab, miji


tukang gendang terbaru kelab..InsyaAllah

Majulah dikir utk negara! Gong Xi Fat Choy

Read more...

Sesi perlantikan MT baru

Wednesday, February 3, 2010

Salam One Malaysia..pertama sekali jutaan kemaafan dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana sudah lama membiarkan blog ni terbengkalai, fuh..pada hari rabu, 03/02/2010, bertempat di studio dikir barat, DECTAR, maka berakhirlah era mantan ydp kita, saudara fahmi a.k.a hite dan exco2 yang bergerak di bwh beliau, banyak kenangan manis dan pahit serta kejayaan yang telah dikecapi sepanjang kami memegang kelab ini. Kejayaan plg manis ialah berjaya mempertahankan JOHAN FESTKUM 09...bravo fahmi n da geng!


Berikutan dengan usia yg telah pun uzur, maka satu mensyuarat telah dijalankan oleh barisan MT lama bersama2 super senior telah bersetuju utk melantik barisan MT baru yang akan meneruskan lagi keunggulan nama Tunas Warisan. Amanat dan kepercayaan diberikan kpd mereka ini dgn harapan dpt menjulang seni budaya dikir barat di UKM. Tahniah kpd MT baru yang telah dilantik dan diharap kepada semua ahli kelab terus memberikan sokongan padu! glory Tunas Warisan!

YANG DIPERTUA

Mohd Taufik bin Shamshudin/FSSK/Tahun 2


NAIB YANG DIPERTUA


Mohammad Hamizan Bin Hamzah/FSSK?Tahun 2


SETIAUSAHA

Mohd Fadhlul Hakim/FPI/Tahun 2

BENDAHARI

Mohd Fatihi Ibrahim/FSSK/Tahun 1

AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Muhammad Tarmizi Che Yaccob/FKAB/2

AJK PENERBITAN

Mohd Fadhlizil Ikhram/FSSK/2

AJK PERALATAN&LOGISTIK

Ahmad Dusuki Sansamusidin/FSSK/2

AJK PUBLISITI

Saidi Adha Suhaimi/FST/1

AJK HUBUNGAN LUAR

Raja Mohd Hazwan Bin Raja Mamat/FPEND/2

AJK KEBAJIKAN

Mohd Hafizuddin Wahidin/FPI/2

AJK LATIHAN & DISIPLIN

Muhammaad Jafri Jusoh/FKAb/2




Read more...

Liputan Akhbar Kemenangan UKM di Festkum 2009

Monday, January 4, 2010


 Metro


UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah apabila dinobatkan johan keseluruhan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009, baru-baru ini.

Dengan memperoleh pungutan tertinggi sebanyak 142 mata, UKM meninggalkan saingan terdekatnya iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua (122 mata) dan membawa pulang wang tunai, RM10,000.

UiTM menerima wang tunai RM7,500 manakala tempat ketiga, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat RM5,000.

Bertemakan ‘Satu Budaya’ FEStKUM adalah festival julung kali dianjurkan menggabungkan pelbagai bidang kesenian pelbagai kaum dalam satu pertandingan berkonsepkan ala sukan.

Berlangsung selama empat hari, FEStKUM 09 disertai 2,000 peserta daripada 20 IPTA yang mempertandingkan sembilan acara kebudayaan antaranya Dikir Barat, Boria, Temasya Permainan Warisan 1Malaysia, Tarian Zapin, Tarian Klasik India, Tarian Tradisional Cina, Pantun, Nyanyian Irama Malaysia dan Muzik Akustik.

Ia diadakan empat universiti iaitu UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan UiTM.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata festival itu wajar diteruskan pada masa akan datang demi memperkasakan seni dan budaya.

Beliau berkata, ia memberi peluang mahasiswa IPTA menonjolkan bakat dan idea melahirkan insan kreatif dan berwawasan.

“Penganjuran FEStKUM ini bukan sahaja dapat menerapkan nilai kesenian di kalangan mahasiswa IPTA tetapi memberi kesan yang positif untuk mewujudkan perpaduan melalui seni.

“Saya juga berharap festival ini akan menjadi program tahunan kebudayaan di IPT,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Profesor Madya Datuk Dr Azarae Alias.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP