Tunas Warisan Artisukma Johan Keseluruhan Dikir Barat FESTKUM 2009

Sunday, December 13, 2009

Keputusan Penuh Dikir Barat FESTKUM 2009


credit to mdianais


Awok2 Tunas Warisan Tgh Bersedia, Dikala Joro Tgh mengalunkan lagu..


Keputusan Penuh 


EMAS - UKM

PERAK - UIA

GANGSA - UM



Juara Mengikut Kategori


JORO




Emas - UKM
Perak - UIA
Gangsa - UM

TUKANG KARUT

Emas - UIA
Perak - UKM
Gangsa - UM

MUZIK

Emas - UPSI
Perak - USM
Gangsa - UITM

BUSANA

Emas - UKM
Perak - UMT
Gangsa - UITM



 1. Tahniah

Tahniah kepada awok2 kita kerana berjaya mempertahankan kejuaraan ini buat kali kedua berturut-turut. segala komitmen anda sudah dibalas. walaupun pada kali ini kita memaparkan tenaga-tenaga baru dari tahun 1 dan 2, namun secara keseluruhan berjaya memaparkan persembahan yang mantap. kepada ahli dari tahun 2 ini merupakan pegalaman pertama kerana pada tahun yang lepas penganjuran tidak dibuat. ini turut tidak menjejaskan tumpuan dan mental bagi menghadapi pertandingan besar ini. 


tok joro kita pom yang baru kali pertama masuk dalam gelanggang telah berjaya mendapat emas..tahniah mat yon...haha...kita buat terbaik pada tahun depan..Tukang karut kita pom..mat min kito..kemas..demo  terbaik walaupun dapat perak. Mungkin ad sedikit kelemahan demo juri boleh detect.hehe..kita try lagi tahun depan untuk dapat tukang karut no 1.


2. Pengurusan


harapan saya selaku alumni tunas warisan ini, semoga program program maintenaince terus dilakukan disamping mencari ahli2 baru dalam usaha memastikan ahli2 tidak ketandusan kemudian hari. Sekarang Dikir Barat intervarsity sudah abis, maka pengurusan pula dipikirkan.konsert dikir barat ukm 2010 akan muncul..apa mau dibikin pada konsert kali ini ya..


3. Perhargaan.


ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak kebudayaan ukm kerana telah banyak meringankan beban ahli kumpulan dengan memberi kemudahan tempat tinggal, makan minum 3 kali sehari dan duit poket semasa menjalani kem dikir barat selama 10 hari.(mengikut sumber2 terdekat, salah xtahu). Selain itu, sokongan moral yang diberikan kepada kelab tunas warisan semasa pertandingan amatlah mengharukan. ini sedikit sebanyak dapat menaikan semangat untuk memberikan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaraan.









4. Pentas, SOund, Lighting


selain itu, disini ingin juga terima kasih dan tahniah di ucapkan kepada pihak kebudayaan ukm khususnya Drs Rafie kerana mengetuai dalam membuat satu pentas yang terbaik dalam penganjuran dikir barat IPTA. Siap lampu lip lap. SOund sgt bagus.Tidak Lupe juga kepada k. Ina kito ngan Abe Ayob kito tu..ini kerana sekurang - kurangnya membuka mata kepada pihak penganjur terdahulu yang begitu hambar. CIk raf ( name glemor) sekurang dapat lepaskan kegeraman pada universiti terbabit kerana tahap kerja xprofesional mereka pada penganjuran yang lepas kerana semua microfon hidup semua tanpa sebarang gangguan...HIDUP BOSS!! hehe.. Ukm memang terbaik..Konsert DIkir Barat 2010 bikin mau lagi CUn ya..haha.


5.UITM 





Pada tahun ini, sedikit kecewa kerana pasukan sri perindu tidak dapat menyertai pertandingan pada kali ini. UITM menghantar pasukan cawangannya dari machang bagi menyertai FESTKUM pada kali ini. dikhabarkan berita oleh tukang karut dan ahli nyer terdapat sedikit salah paham dikalangan pihak pengurusan uitm.Pada pandangan kami, seharusnya pusat kebudayaan mereka sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan kerana sri perindu mempunyai pengalaman yang luas dalam dikir barat IPTA disamping mempunyai legasi alumni yang kuat dan juga ada sejarahnya tersendiri.ia seakan2 telah menutup peluang UITM bagi memberi cabaran mereka.
Biasanya mereka memberi persembahan yang hebat dan mendebarkan juga.


6. Lucu


Erm..lucu nie pada nya terletak pada pakaian or baju dikir barat. kenapa mesti baju..ini kerana ada satu team itu..baju diorang hampir sama. kami si alumni tgk mat ai..budak ini xkenal orang aka senior ka.. last2 baru kita tahu,,baju diorang sebijik cuma vest luar stail labuh...jenis songket sama. colournya nk sama..haha..macam2..dulu diorang dah menang baju tercantik kerana bawa bendera malaysia. dan juga pegawai kutuk pegawai UKm (en zul) kerana baju UKM xley menang..coz bukan baju tradisional..macam2..per pom..tahniah kepada en zul kita tu kerana menolong design baju tu..hrga baju kita 10 k..hadiah dari TNC kita dulu..Datuk Wahid..terima kasih.


6. Music terbaik


erm..secara peribadi, elok rasenya emas bagi kategori ini diberikan kepada um kerana sesuai dgn keputusan no 3 keselurhan. ini kerana pasukan basa dewana     tidak menjuarai sebarang kategori. Mengikut kiraan sy, rasanya mungkin sebagai peransang kepada UPSi supaya memberi signal kepada pihak pengurusan universiti mereka walaupun pertama menyertai dikir barat pada kali ini..mereka dapat megharumkan nama u mereka. teringat kepada UMS pada tahun lepas..Mungkin sama..mungkin tidak.ini kita xtahu. haha.


7. Kesimpulan


Mitak maah kepada YDP dan ajk2 tunas warisan..kawe puah male nie..blam2 xdop kijoan nk nulis blog rasonya..ngan buie sedkit komen pasal kot2 ade oghe nk baca result nie..harap2 kalu ado gambar2 comey post2 la sini.
pasal preview maso latihan ko...haha..Alumni nk tgk..hehe..


Kepada visitor hak view dan tengok tu..jgn malu2 nk tggl komen dan soalan..warga tunas sedia menjawabnya..


www.tunaswarisan.com - satu inspirasi..satu cita2..satu malaysia.haha.


by,


Mohamed Norazam Bin Mohd Mokhtar @ aje
Mantan NYDP 2005










Read more...

Persahabatan Teras Kejayaan Kelab Dikir Barat UKM

Wednesday, October 28, 2009

~Eratkan persahabatan diantara kita~

salam di hulur kepada saie2 hak sedang berjuang mati-matian sempena exam yang bakal menjelang tiba...haha...sudah lama dos tidak naip di laman keramat pembuka gelanggang dikir barat tunas warisan...erm...raso2 mace nk nulis spatah dua tentang punca kekuatan kelab dikir barat supaya terus jadi ingatan kepada saie2 hak berjuang memartabatkan seni budaya dikir baraat di ukm nie......

kepada semua sahabat2 kito..persahabatan didalam kelab kito ini adalah mendahului segalanya termasuk wang ringgit...hak nie lah sepatutnya kita pegang sokmo2....supaya hala tujuan kelab kito sentiasa xlari dek zaman...walaupun kelab dikir ukm silih berganti ahli dan organisasi namun xmelangkaui hala tuju kelab bertahun lamanya..menjadi kuasa dikir barat diarena ipt and kebangsaan...

jika kita bertuankan wang ringgit dan benefit yang lain sperti hendak stay kolej ataupun mau ikut serta expedisi kemana-mana...benda ini adalah benda yang tidak kekal semuanya...ini adalah sementara shaja.ini adalah pengalaman sy yang pernah dialami sendiri semasa mengganggotai kelab ini. jgan la anda mengabaikan tanggungjawab anda yang telah diamanahkan oleh kelab ini kepada anda kerana tnaggungjawab anda diberikan oleh kawan-kawan anda sendiri kerana kawan2 anda melihat potensi anda..sumbanglah kemahiran dan idea anda kepada kemajuan kelab..

hal ini tidak merugikan anda...ini kerana benda ikhlas yang anda sumbangkan pasti ade balasan yang kita sendiri tidak tahu...kepada menjadi ahli juga disarankan sntiasa menyokong kemajuan berterusan dalam dikir barat ukm nie..kita sudah mempnyai sejarah kebangkitan mengejutkan dalam arena dikir barat..kepada ahli dikir barat ukm..ayuh lah...kita semarakkan legasi kejayaan kelab kita ke mercu paling tinggi.....

tp semuanya ini mesti dibantu oleh kekuatan persahabatan diantara ahli kita..kombinasi antara senior dan junior sentiasa ramuan terbaik...elakkan jurang diantara kita terlalu jauh...alumni tunas warisan di luar ukm sentiasa menyokong anda......kami diluar sini sntiasa menyokong perkembangan kelab tunas warisan.....

post ini sekadar peringatan dari alumni tunas warisan supaya jgn dilupa azimat kita selama ini yang telah memberi kejayaan luar biasanya kepada kelab kita..walau ape pon...saya mengucapkan semoga berjaya didalam pertandingan dikir barat intervarsity lembah klang nanty.....usaha lagi dan pastikan kita yang terbaik..

salam sahabat
mohd norazam mokhtar
mantan nydp tunas warisan 2005

Read more...

Selamat Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mewakili Kelab Dikir Barat Tunas Warisan UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UKM khususnya ahli kelab Dikir Barat Tunas Warisan. Semoga bulan Ramadhan yang dilalui menjadi madrasah tarbiyyah yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik dan menbentuk diri kita untuk menjadi seorang manusia yang bukan sahaja memberi manfaat kepada sesama manusia bahkan tunduk dan patuh kepada Maha Pencipta. Saya menyeru kepada semua agar mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturahim, membina tautan persahabatan serta bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Kepada yang pulang ke kampung, selamat sampai ke kampung masing-masing dengan selamat.Diharapkan bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini bermakna bagi anda...

Don't forget to enjoy your memorable moment by visiting your frieend's and enjoying all food....like satay,nasi briyani,nasi dagang,nasi minyak,kuih raya,rendang,lemang etc...

Sekian dari fahmi...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...

Read more...

AIESEC Malaysia di The Palace of the Golden Horses

Saturday, September 12, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...!

sedepa pembuka bicara, sebesar hikmahnya. Bertemu lagi kita dalam ruangan hebahan aktiviti - aktiviti terkini dan lontaran idea kelab dikir barat tunas warisan artisukma UKM. Buat pengetahuan ahli dan pengunjung laman interaktif ini, kumpulan Tunas Warisan dan Kelab Citra Kirana telah mewakili kolej Ungku Omar,UKM dan beberapa kelab utama kolej membuat persembahan sempena Malam Warna Warni Malaysia bertempat di The Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Majlis gilang gemilang ini dianjurkan oleh kerjasama kelab AIESEC Malaysia dan luar negara sempena persidangan delegasi antarabangsa pertukaran budaya dimana melibatkn 900 org ahli dari 107 negara berkampung di hotel ini dengan bertemakan empowering leaders across culture. '

Orang kuat' dalam menguruskan latihan dan membuat kerjasama dengan pihak kolej seperti menghadiri mesyuarat,berbincang dengan pihak Jaksa kolej dan sebagainya tidak lain dan tidak bukan adalah saudara Bukhary Muslim iaitu presiden kelab Citra Kirana,Kolej Ungku Omar dan dibantu oleh saudara fahmi dan rakan - rakan seangkatan. Seramai 25 orang ahli gabungan gabungan kedua - dua buah kelab telah menyertai persembahan ini. selain membuat pertunjukan, matlamat utama kelab adalah memberi pendedahan awal kepada ahli - ahli baru tahun satu dan sebagai persediaan awal kepada ahli - ahli senior kerana dikir barat MAKUM yang akan berlangsung pada bulan 12 nanti. Sebelum pihak kami mengundurkan diri bagi hebahan kali ini, pihak tunas warisan mengucapkan selamat berpuasa,carilah amal sebanyak yang mungkin..

sekian,wassalam...

hasil nukilan shukrimi


Antara gambar-gambar ketika berada di hotel:

latihan sebelum persembahan


bergambar dulu...


lame weh tggu...hahahaha


pewaris kelab dikir barat tunas warisan


serius nye la...snyum la sket...


bukak la mulut bile berdikir...hehehe


mat ming duk ngafal lagu ko??


bergambar dgn gong ukm


aksi di pentas


kenangan bersama


candid!!!


bersama felo kebudayaan uo


mizan,mu wat pe tu???

Read more...

Majlis Berbuka Puasa

Wednesday, September 2, 2009


Salam kepada semua...

Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM akan mengadakan majlis berbuka pusa bersama ahli2 kelab. Sebelum ini, fahmi telah memaklumkan kepada semua melalui mesej. Semua ahli kelab di jemput hadir memeriahkan lagi majlis ini...

Bayaran yang akan dikenakan adalah RM5
Sila jelaskan bayaran sebelum 7hb September 2009


Sekian terima kasih dan selamat berpuasa.

Read more...

MALAM DEKLAMASI PUISI MERDEKA

Friday, August 21, 2009

"Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-"

Salam Ramadhan dihulurkan buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia, hoho..berbalik pada topik post kita pada hari ini, MALAM DEKLAMASI PUISI MERDEKA..pada hari khamis yg lepas, 20 Ogos 2009, pasukan tunas warisan di beri penghormatan untuk mengadakan persembahan dikir barat di program yang berprestij ini bertempat di dataran kolej Ungku Omar, UKM. Pada mlm itu, pasukan tunas warisan menjemput khas penyanyi tersohor di abad ini, keyo ketapi bersama2 juara yg tidak asing lagi..mat yong mamak! hujan rahmat yg turun pada mlm itu tidak menjejaskan langsung kredibiliti pasukan tunas warisan kita membuat persembahan yang sentiasa terbaik!



jejaka2 tampan tunas warisan yg menjayakan dikir barat pada mlm tersebut



berkelana di sekitar foyer setelah menunggu selama 3 jam



tunjuk ajar dari saudara irawe..



eh?

Sekian sahaja dari saya untuk kali ini, walaupun kita memperjuangkan seni dikir barat, tp berpesan-pesanlah pada diri sendiri bahawa tuntutan agama perlu di jadikan perkara paling penting dalam hati kita..majulah seni dikir barat budaya kita! Selamat menjalani ibadah puasa~

Read more...

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN

Wednesday, August 19, 2009



SALAM SEJAHTERA

Saya mewakili Exco Tertinggi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ingin mengucapkan tahniah kepada mantan ahli Kelab Dikir Barat Tunas Warisan yang akan menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga dengan adanya segulung ijazah ini mencerahkan lagi masa depan anda dan menjadi graduan yang berjaya.Insyallah..

Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Read more...

PERTANDINGAN DIKIR BARAT RAKAN MUDA 2009

Sunday, August 9, 2009

Pada hari Sabtu, 08/08/09, satu lagi kenangan manis dicipta oleh pasukan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM. Alhamdulillah, dengan berkat Illahi, pasukan kita berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Dikir Barat Rakan Muda 2009 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, Cheras. Apa yang penting? kerjasama..Oh tidak! apa yang penting pertandingan ini hanyalah salah satu platform dalam menyiapkan diri untuk menghadapi ujian paling getir iaitu mempertahankan piala kejohanan MAKUM.


Pasukan Tunas Warisan berjaya menggegarkan pentas pada malam itu dengan kegagahan dan kepaduan suara yang diketuai oleh Tukang Karut tersohor kita, saudara Zarimi dan Tok Jogho comel kita, saudari Mat Yong. Ingin menyangkal pernyataan di atas? saksikan video ini dahulu:-





baju kelab



menunggu kelibat van sesat dalam perjalanan pulang




barisan tokoh dikir barat yang turut serta memantapkan pasukan

Sekian sahaja setakat ini,

Diharap kepada semua ahli kelab dapat meneruskan komitmen yang telah diberikan untuk memantapkan, mengharumkan, menyemarakkan lagi nama kelab kita di seluruh pelusuk negara malah seantero dunia.

majulah seni dikir barat kita. Takbir!

Read more...

Pameran dan Persembahan Tunas di Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar 2009

Friday, July 17, 2009

Salam dihulur kepada semua...tugas sy untuk mengupdatekan blog ni tbe lagi...mlm td baru je selesai latihan tunas yang kedua...tp x sempat nk amek gambar...hehehehe...mntak maaf ye...pagi ni sy nak cite psl booth kite...hampir 60peratus perjalanan kerja2 untuk pameran tersebut yang bermula pada ari ahd ni...pada tahun ni sy akan pastikan tunas dapat tempat yang strategik..hehehehe...insyallah...x cam tahun lepas...kat cerut mane pon xtau la...pelajar nak cari pon ssh...diharap pameran ini dapat menarik minat ramai pelajar dan saya harap semua ahli memberi kerjasama untuk pameran ini...segala butiran mengenai pameran ini ade di dalam flyer.

tu je sy leh ngepek..mutus idea.hahahaha


GLORY TUNAS WARISAN!!!

Read more...

Buka Panggung Tunas Warisan

Thursday, July 16, 2009

selamat berjumpa kembali setelah lame menyepi dek cuti sem..

Pada ari selasa,14hb kelab tunas warisan buka panggung di studio dikir barat.Dengan kehadiran ahli2 baru yang boleh dikatakan walaupun pertama kali join kelab tetapi semangat tok janggut yang ditunjukkan sungguh membanggakan.Kehilangan senior2 yang telah grad diubati oleh kehadiran2 ahli baru.Walau pun kelab belum membuat pameran dan pendaftaran ahli baru,tetapi sudah ramai yang berminat menyertai kelab dikir barat tunas warisan.

Berikut beberapa snapshot(sory gambar x berkualiti)...

Buka panggung berjalan seperti biasa walau pun ketiadaan tok johgo dan tukang karut kerana belum abeh praktikal di Melaka...(bakal ustaz lake tuh kalu nk tau gak...hehehehe...).Pada malam tu juga kehadiran super senior iaitu Mat Le,Mat Yih,Pije menghangatkan lagi suasana di dlm blik dikir...hehehehe


Penghormatan diberikan kepada saudara Romzi atau dikenali miji selaku jurulatih tetap kelab dikir barat.Beliau tetap setia dengan kelab tunas warisan.Dengan bimbingan jurulatih,diharap dapat memantapkan lagi kelab tunas dan terus aktif di dalam dan luar kampus.



Antara barisan2 pemain alat kelab dikir tunas...Pada tahun ini,ade pelapis baru yang boleh bermain gendang ibu dan anak.Miji dengan gaya tersendiri ketika menyampaikan lagu jogho...hahahaha..

Sekian dulu coretan dari saya untuk semua...

GLORY TUNAS WARISAN!!!!

Read more...

BBQ dan Dikir Barat Penutup di UKM

Monday, May 4, 2009

Perjuangan kelab dikir barat Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memartabatkan budaya bangsa tidak pernah bernoktah....
Kami Tunas Warisan Artisukma UKM tetap disini dalam menjayakan satu visi dan misi yang telah dipersetujui dan ditinggalkan oleh orang melayu dahulu kala dengan acuan dan olahan tersendiri..




ahli2 kelab bergambar kenangan selepas penat berdikir...sorry gamba tidak berkualiti..



Sekian sudah lama menyepi dalam mengupdate blog kelab tercinta ini...kali ini...kelab dikir barat ukm akan telah kembali setelah ahli2 sibuk dengan exam bagi baru dan bagi yang bakal pencen pula bertukus lumus ngan tesis masing-masing bagi meghabiskan pengajian dalam jangka masa yang telah ditetap..

tahniah kepada saudara ydp kita fahmi kerana berjaya menganjurkan satu majlis BBQ yang amat baik..teringat ko zaman2 dulu...dulu alik belake bilik dome jah..tp loni di kompleks bestari pulak..naik taraf..hehe..suko kawe..walau xley sehebat zaman mat mie..kredit to all MT terlibat...tahniah sekali lagi....

erm..dengan kehadiran ramai ahli dalam memeriahkan majlis ni...telah menambahkan sikit sebanyak dengan cerita dalam membaik pulih kembali kelab supaya sentiasa sedar masalah kelab yang mana ahli yang sentiasa keluar masuk dalam jangkaan 3 hingga 4 tahun sekali memang menyulitkan...dalam usaha menjaga reputasi kita dengan dasar terbukanya kelab dengan membuat blog..banyak jengahan2 tertentu yang kita tidak kenal identiti menyapa kelab dan mengatakan sesuatu yang tidak baik telah menambahkan cabaran yang sedia ada.

tetapi kelab dikir barat ukm tetap tunas warisan...kehebatan ahli2 dikir barat ukm berhatuk sesama sendiri menambahkan gamat di ruang komplek bestari memecahkan kesunyian malam..dengan mirofon dan speker yang telah dibeli sendiri oleh kelab hampir rm 800 membuatkan keadaan meriah dengan hadirnya tukang karut sam kito...ngan mat min kito...sedak sggh..kehadiran joro kito dengan lagu joro UKM baru buat sebagai senjata rahsia yang bakal digunakan pada persembahan nanty....hahaha...psiko cikit kelab2 luar lain di lembah kelang.....ise joro kito xley mai kerana ado buat persembahan di PWTC dengan sek dikir halim yazid katonya..salah mitak maah..

majlis bermula dari pukol 8 malam lagi...hingga berlarutan sehingga pukul 12.30 setelah siap berdikir barat...dikir barat male nie kito buat duo kumpulan..bakal pencen ngan bakal sarung jersi tunas kalu2 ado pertandingan nk join...haha...awok2 baru kito boleh ditambahkan lagi keserasian dalam dikir barat nie..soro oghe lamo meta jah derah..pahtu haus tambah kering kih lamo dok dikir...mitak maah la weh...p


disini...tahniah jugok kepada Mt baru kito....kerana bagi sedikit kenangan yang amat kreatif dan cantik tuk dilihat letak dale almari pom comey gok nie..kawe letak gaba sini dale 2 3 keping pahtu kawe akan update gambar dari mat lan misai jika dio update dale ning lah..banyak kawe amik ngan kamera dio..huhu...

gambar2 kurang berkualiti kerana just amik ngan kamera hanset sony ericson k770i shj.siye ko mat lan mugo kawe amik video sapa abih bateri dio...hehe..sorrry boh!!!





hadiah kenang kenangan dari MT 2008/2009..lawa hadiah nie..terima kasih.





selepas make berdikir semeta...

pahni kawe akan update post nie dari masa ke kemasa...kerana menunggu mat lan misai update gambar di network luh..pahtu kito paparkan disini utk tayangan perdana dan umum...mat lan cepat sikit weh..budok2 xsabar dos nk tgk gaba..haha..





Read more...

Sejarah Dirintis untuk di perjuangkan.

Monday, April 13, 2009

Oleh Mat Gie a.k.a MunkyG


Kesedaran tentang dikir barat ini telah wujud di Kolej Burhanuddin Helmi setelah satu perbincangan diantara pelajar tahun satu yang berasal dari kelantan dilaksanakan. Persepakatan telah terjalin hasil perkongsian minat yang sama dan mendalam telah berjaya melahirkan satu pasukan dikir barat di KBH yang dianggotai oleh pelajar lelaki dan juga perempuan. Kelab Dikir Barat Pusaka Naim ini telah mendapat endorsement yang mantap daripada pengetua kolej masa itu, Prof Dr Zaidi yang mana beliau amat meminati corak kontemporari dan variasi kelab dikir barat yang ditubuhkan ini. Kegiatan dikir barat Kelab Pusaka Naim ini amat meluas dan telah membuka mata banyak pihak di kampus.

Pada satu malam, Wan, Afiezul, En Burhanudin, Semi dan beberapa orang dari KUDRAT telah datang ke KBH untuk menyaksikan Pusaka Naim berlatih. Dengan serba kekurangan (jong bbano ore tino, nk palu pun tak berapa bbunyi mana, harap maklum lah kan.. ekkee)... masih didalam ingatan, kami yang masih lagi hijau dalam arena dikir barat ini telah dipandang serong oleh mereka seolah-olah kami ini tidak layak untuk memartabatkan seni warisan dikir barat. Semi yang bertindak sebagai pemain rebana ibu telah mengujit kami dengan ttabuh. Risau jugak lah, maklum lah, yang lelaki mungkin boleh bertabuh namun yang dirisaukan adalah pelajar perempuan, nk bertabuh pun kira! hehe... Semasa paluan ttabuh dari Semi dimainkan, Pusaka Naim komited untuk menunjukkan yang terbaik dan menyangkal dakwaan bahawa kami ini tiada bakat. Namun, apa yang kami impikan menjadi kenyataan, Ttabuh yang dimainkan itu langsung tidak menyucur (tepuk tidak lebih) malahan telah mendapat pujian dari Afiezul, Wan dan En Burhanudin! Kami terharu juga maklum lah, abang-abang kita dari kudrat datang buat spot check dikir barat, dan kami dapat menunjukkan standart yang tertinggi yang kami miliki. Kami akhiri malam itu dengan lagu wau bulan. Maka bermulalah permulaan sebuah kisah tentang kelab yang kita sayangi iaitu Tunas Warisan….bersambung….

P/S penulis:

Mat Gie merupakan salah seorang senior yang mempunyai semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni dikir barat di UKM seterusnya meninggalkan satu perjuangan budaya untuk diwarisi oleh pelajar-pelajar di sini.saya selaku generasi di bawah ini amat berharap mat gie sentiasa bercerita pahit jerih dalam detik2 menubuhkan perjuangan dikir barat nie..agar generasi baru sedar tidak semudah yang dijangka kita hendk menghasilkan seni dikir barat di UKM ini.

Tinggi Harapan kawe Disini agar kekuatan kelab dikir barat UKM kita ini sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan IPT2 lain..seterusnya memastikan legasi pendikir2 terulung ini tetap ada diperbukitan UKM dalam memartabatkan dikir barat kita walaupun ahli2 kita silih berganti tetapi aura dan semangt kita tetap sama darilah perintis hingga lah kepada generasi kita pada era 100 tahun akan datang sekalipun.

sekian.

Read more...

Pengertian dan Asal Usul Dikir Barat

Saturday, April 11, 2009

dari ise kota,mantan tok jogho UKM.
http://senipusaka.blogspot.com/

Dikir barat merupakan salah satu persembahan kesenian tradisional yang paling diminati ramai khususnya di negeri Kelantan. Ia boleh dianggap sebagai persembahan tradisional yang baru jika dibandingkan dengan persembahan tradisional yang lain. Perkataan dikir mempunyai persamaannya dengan perkataan zikir iaitu satu sebutan yang memuji Allah s.w.t. Manakala perkataan barat pula merujuk kepada “Selatan Thailand”. Orang-orang dahulu di Kelantan menganggap bahawa daerah di utara mereka adalah sebelah barat. Dari sini timbul satu pendapat bahawa dikir barat ini berasal dari Thailand.

Penggunaan perkataan dikir juga banyak digunakan selain dikir barat seperti dikir Pahang, dikir maulud, dikir rebana dan dikir berarak. Namun begitu dikir barat juga mempunyai nama-nama lain seperti dikir karut, dikir pantun dan dikir syair. Dikit barat lebih dikenali di Kelantan manakala dikir karut lebih dikenali di Selatan Thailand. Manakala dua nama lagi penulis tidak pasti.

Pada suatu ketika dahulu dikir barat dimainkan selepas musim menuai padi. Namun pada masa kini dikir barat tidak lagi dimainkan mengikut musim tetapi dimainkan sama ada dalam bentuk persembahan untuk majlis-majlis rasmi, persembahan hiburan bertiket dan persembahan dalam bentuk pertandingan.

Pensejarahan mengenai asal usul dikir barat adalah amat kabur kerana masih tiada lagi sumber-sumber utama dalam bentuk catatan untuk mengesahkan asal usulnya secara mutlak. Asal usul mengenainya hanya diambil daripada perbualan orang-orang sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Dari sini telah timbul pelbagai polemik atau tentang asal usul dikir barat. Dibawah ini disenaraikan beberapa pendapat tentang asal usul dikir barat.

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam. Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.

d) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Kerengga

Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (PakNik Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalamjajahan Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasaldari Pulau Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telahditangkap oleh Pak Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam.Pak Sa telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang. Pak Sa telahditangkap dan dipenjarakan tetapi setahun kemudian beliau telahmemperkenalkan dikir barat kepada orang-orang Kelantan. Oleh kerana beliauberasal dari Pulau Kerengga maka timbullah pendapat yang mengatakan dikirberasal dari sana.

e) Dikir Barat Berasal Dari Ilham Budak Penjaga Lembu

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal daripermainan budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput.Pada tahun 1930-an terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padangrumput. Oleh kerana ketakutan budak-budak penjaga lembu ini dudukberkelompok dan berdikir beramai-ramai. Mereka akan menyanyi danberpantun sambil sindir-menyindir sesama mereka untuk menghibur hati danmelupakan perasaan takut terhadap perompak tadi. Dari peristiwa inilahtimbulnya permainan dikir barat.

Daripada pendapat-pendapat yang diutarakan diatas adalah sukar untuk kita mengetahui yang mana pendapat tersebut yang benar-benar mutlak untuk kita mengetahui asal usul dikir barat. Kita berharap satu hari nanti akan muncul satu pendapat mutlak tentang asal usul dikir barat ini.

Read more...

PENGALAMAN DIKIR BARAT ISE JORO

Friday, April 3, 2009


Hasil cetusan dari jiwa tok joro ukm sesi 2005-2008 yang mana telah membawa pelbagai kejyaan kepada kelab pada eranya. Dia juga merupakan mantan YDP kelab Tunas Warisan Artisukma UKM.

PART 1

Sebenar aku mula2 skali terlibat dlm dikir ni semasa umur aku 16thn (ms form 4). Aku msh ingat lg ms first show aku pada hari guru. Lagu yang paling top dimasa awal aku dlm dkir nie ialah lagu 'Tok Berani Nok Tegor".Lagu nie sentiasa je org tggu. Aku pun xtau nape bdk2 skool aku minat bnr lg nie. Aku nyanyi kebetulan aku ada kaset Cikgu Sulizi umah aku masa tu. Tp kegiatan aku dalam dkir brt nie terhenti buat seketika apabila aku naik form 5. Pengetua skool aku larang bdk form 5 dr terlibat dgn kegiatan ko-kurikulum. Pada ms tue jiwa aku terseksa. Tgk junior aku berdikir kacip gigi aku. Nk lepas gian, aku dgn geng2(slh seorg Mohd Amri Abdul Rahman-beliau sudah meninggal dunia,al-fatihah utk beliau) aku berdkir plak dlm doom(aku nie dok hostel sebnrnya).

Lepas tmt spm, aku teruskan minatku di form 6 plak. Hari mula2 aku daftar cikgu dh terus rekemen aku utk jd kepala(ketua) kt sekolah tue. Pada ms tue jgk aku ada g join berdikir dgn kumpulan kampung. Tp x lama sgt n aku hanya aktif disekolah sampai aku habis sekolah. Pada masa aku form 6, lagu yang bebudak skool aku paling suka dgr ialah lagu yg ku ubah sndiri iaitu lagu Rosalinda. Melodi dia aku gna melodi lagu hindustan(lagu sahiba). Tiap kali aku buat show ada je yang mintak lagu tue...k laa, aku smbung balik cerita aku pada bahagian kedua....k,cau...

PART 2

Owh...lupa lak nk gtau,pada zmn skool dlu dikir brt dlm bntuk pertandingan jgk penah aku join. Tp semuanya hampa2..wadus.. Pada mula2 msk bertanding aku jd tkg karut n ms aku form 6aku jd tok jogho. Tok jogho nie posisi yang aku paling suka tau klau bnding posisi lain..huhuhu...Cma satu je kejayaan yg aku pd zmn skool iaitu aku menang no. 3 dlm pertandingan nyanyian..huhuhu(daa lari tajuk laa). Selepas abs skool dlm hujung thn 2004,kegiatan aku dlm arena dkir terhenti seketika.(Br abs Stpm,trus keje smbilan kt gov depart)

Penglibatan aku bersambung apabila aku dpt smbung blaja kt ukm. Disini laa,bley kta aku terlibat terlalu aktif,smpai tiap2 mlm misti ada show sama ada dlm kampus n luar kampus (tp pelajaran maintain jerk..hehehe). Dr sni jgk laa aku berguru btol2 dengan seorang guru dkir brt iaitu Allahyarham Zainudin Dollah(Zemi Bkt Marak). Dr berguru inilah br laa aku tau apa itu dikir brt yg sebenar. Kenangan yg paling manis aku ms zmn kampus nie dlm arena dkir brt ialah apabila aku dpt membantu ukm menjadi naib johan pertandingan antara ipta(MAKUM) 2006 dan pada thn seterusnya dpt Johan(final year br dpt..xpe la aku daa puah hti,dpt nikmati kejuaraan sblm aku cau dr ukm)

Selain itu juga, aku telah mendpt pengiktirafan apabila aku diberi kepercayaan oleh pusat kebudayaan ukm utk jd jurulatih untuk program ko-kurikulum (2 penggal aku pegang,pastu aku pas kt org lain sbb aku de komitmen lain). Dan last skali yg paling aku ingat ialah apabila aku dpt berdikir bersama tok jogho n pendikir yang paling aku minati iaitu megat nordin...Buat ms ini aku sdh slow daa dlm arena ini disebabkan byk keje2 yg menyelubungi aku saat ini....itu aje yg kucoretkan ttg pengalaman hidupku dlm arena dikir brt..sekian

http://senipusaka.blogspot.com/

Read more...

Dikir Barat Asli

Friday, March 27, 2009




oleh : ise joro aka ise koto


Assalamualaikum....apa kaba semua..hrpnya sihat…dlm ruangan nie kwe post la ckit artikel2 berdasarkan apa hk kwe tau. Sekurang-kurang kita boley laa cambah kita punya knowledges selain kita ni dok dngar n dkir. Kalu mat saleh tnya bley laa kita jawab dok..ko guano puok kita... :)(maaf kalu kwe kalu ayat kwe ni byk rojak)

Pandangan berkaitan dgn dikir barat asli sebnrnya sgt subjektif sifatnya. Kwe xsir nk takwil pndapat sapo2 dlm hal nie sbbnya me’ne dkir nie bnda baru. Dlm hal asal usul kita dh byk berpolemik ni pulok kita nk tentu hok mn so dkir hok asli n hok mano buke. Cumanya kwe nk cerita ckit laa gpo hok kwe dok bual dgn seorang tokoh dkir yg jgk guru kwe(sudah meninggal dunia thn lepas) dalam 2,3 thn lepas. Dia ada gtau kwe dikir zmn loni dkir nie lebih sudu dr kuah. Org zmn nie byk tgk ko kreativiti dr keasliaan dkir tu sendiri. Dkir barat asli nie gni, hok apo hok kwe dgr dr dia laa,satu permainan hok asasnya kalu nk sebut gk seni vokal laa. Permainan ni lebih menekankan vokal sama ada dr tok jogho,tukang karut n awak2. Dr segi tepuk tu hok asasnya ikut displin irama hok ada dlm persembahan dkir tu sndiri. Tepuk ni cuba kita tgk laa sama ada ia dalam bntuk bulatan atau baris,semuanya sama ke.Dari segi tari pulok dia ni sekadar sebagai penambah rasa dlm persembahan. Kalu ado tari cmey2 koho cmey persembahan tp kalu xdop tari cmey pun xpo asal dua hok asas tue tok ditinggal.

Dari segi alat nie,bley laa kita terima bahawasanya 5 alat hok ada loni nie merupakan alatan tradisional dlm persembahan dkir ni sendiri. Walaupun dalam 5 alat tu ada hok baru ditambah tp kita bley laa 5 alat tersebut tue merupakan alatan asli dalam persembahan dikir barat. Lain dr 5 alat nie kwe kira out dr nk kata dkir brt asli. Kalu dia tmboh selain 5 alat nie bg kwe dia bley dikelaskan sbg dkir moden. Tp kalu xdop langsung alat2 tradidional ni kita xleh anggap dia dkir doh walupun dia nyanyi dlm bhsa kelate(hok ni kwe kelaskan sebagai lagu2 daerah)

Dr segi displin irama pulok, irama jogho,jenis2 irama karut n lagu penutup(xkira laa lagu penutup manapun) merupakan irama yg bg kawe menggambarkan keaslian dikir barat tue sndiri. Lain dr irama2 nie kwe kira lari dr asli doh. Dkir asli nie ikut pandangan kwe merupakan persembahan vokal hok melibatkan semua karakter hok ado dlm dkir barat tue(tolok musician).

Hbs doh hok pasal teknikal nie kwe nk ulas detail lg. Pendetailan kwe nie lebih ko irama-irama hok ada dalam dkir brt n ckit2 berkaitan dgn alat muzik. Bg kwe irama-irama hok x rajin org ubah atau ceduk dr lagu2 lain nie ialah irama karut. Sebabnya pembawakan irama tue serupo jah sejak dulu hingga loni walaupun perkataan dia telah diubah. Sebagai cthnya karut tani..zmn dlu ayat permula nyo lebih bunyi "muse oh muse jatuh bloom dlm telago(maaf kalu silap dey) tp loni org sebut awe oh awe. walaupun perkataan telah diubah tp pembawakan n rima ttp sama. Sama jugak dgn karut kelate lama(beza ckit dr karut kelantan,tp pembawakan sama) bunyi dia lebih kure gni "A'ah bikas bangun cace,ambik tokat panje seto(maaf skali lg kalu salah) tp loni org doh uboh tp rima belake dio org x kosek n cro bwk pun serupo. Dari segi irama jogho pulok hok aslinya jogho akan alun palo pantun ph awak2 akan ulang pantun tue sapa abih. Tok jogho pulok akan bawak pantun lain doh lepas pado tuh. Bley kato kebiasaan pantun lagu jogho ada 4 rangkap. Lagu2 jogho nie bley katokan xdop hok wt sendiri buat saat nie(xtau laa kalu ada) banyaknya ceduk alik selatan siam. Xpo la ceduk ko wt sndiri ko asalkan xlari dr hok asas irama nie.

Dari segi alat pulok, tempo muzik nie kna bwk ikut kesesuaian irama yang didendangkan. Kalu irama joro kna bwk cro joro(tp ikut kesesuaian lagu tu lgmana alunan dia),kalu irama karut cro karut laa n kalu lagu penutup ikut cro dia laa. Pasal isu dikir barat singapore nie kwe rs secara objektifnya dia mmg dkir brt. Cma bg kwe roh keaslian dlm dkir brt yg asal dr kelate sudoh hilang disana. Tp so karo hok kwe puji dmo tue punya awok2 soro mantap n ikut volume hok tok joro or tukang karut letak lagu. Ph pulok kato tok guru kwe dmo tue gna teknologi dalam nk ukur soro.Ph pulok isu pasal dikir barat cmpur dgn alat muzik moden ni kwe anggap sebagai dkir lagi tp ia bukan dkir asli doh. Bg kwe x saloh cuma dia x asli doh laa.Kalu nk tnjuk ko pelancong kita misti nk tnjuk hok btol2 asli ke..Tp so jah kwe bangkang bila xdop langsung alat2 tradisional dlm persembahan yg kononya dianggap dkir.Yg bukan sekadar x asli malah sudah keluar dr lingkungan dikir tue sendiri.

Last skali kwe nk ulas dr segi adat nk main pulok. Kot mana2 pun start dkir dengan tabuh.Xdop tabuh maka xdok doh hok aslinya..Phtu pulok,adat tok joro kalu joro mesti duduk n tukang karut pulok kna berdiri. Awak-awak pulok kot mana2 mmg kijoe dia duduk selo n ngadap audien(kalu baris laa).

Kwe rs setakat tue jah pandangan kwe hok kwe leh oyak. Kalu ado saloh silap dlm artikel nie,tlg2 bg pandangan yg membina. Mana tau ada pandangan kwe hok xbetol ko. Gpo hok kwe oyk nie berdasarkan pengalaman kwe dgn Allayarham tok guru kwe...ok tima ksh n assalamualaikum..

Read more...

DIKIR BARAT KOLEJ TUN SYED NASIR

Monday, March 9, 2009

BERDIKIR DI TASIK TITIWANGSA




lokasi tasik titiwangsa terletak dibelakang istana budaya...atap warna biru itu adalah istana budaya...tersohor dengan aktiviti kebudayaannya yang bertaraf antarabangsa.


peringatan yang perlu dipatuhi semasa berada di tasik ini...taman ini adalah milik anda..bukan tuk nenek punya deh..

pada minggu yang lepas,kumpulan dikir barat tunas warisan telah dijemput dalam megadakan persembahan dikir barat di tasik titiwangsa sempena karnival kesihatan,kebudayaan dan kesenian.mitak la awok2 kito..xdan kawe nk update hari tuh..busy dooh weh.....pada dikir barat tersebut yang sebenarnya xder maso limit tuk menghabiskan persembahan,kami telah diberikan tuk dua persembahan..pembukaan jap dan seterusnya penutup..apo lagi gomo la puok kawe hari tue..dengan berlatarkan air tasik titiwangsa yang amat menenangkan..alhmadullillah kami berjaya menghabiskan persembahan pada pagi itu.walaupun sebelum bertolak..sedikit kecoh kerana ahli yang datang lambat ke panggung seni dengan pelbagai jenis sebab..haha..diharap lain kali kita dapat menyelesaikan masalah kelambathadiran ke event.lambat ke kuliah xpo..jgn lambat mai dikir..haha..betul dok gapo hak kawe ajar nie..

sepanjang perjalanan ke tasik titiwangsa ini..pelbagai reaksi dapat di lihat dan di tonton ekoran kebangun awalan daripada kebiasaanyaa...mato pom banyok hak bengkok..jom kita lihat dulu dalam gaba..muko2 lawa dan kiut sedang zzzzz.....yang tido dalam iman po ado..tersenyum jerk..mimpi gapo tu eh..


selepas menempuh satu perjalanan yang memenatkan iaitu beberapa minit....akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju...terkejut jugok ak tgk...besar penganjurannya..rase2 paling berbanding yang lepah2...tahniah sek doktor gigi,doktor orang dan juga doktor haiwan..mata budak2 nie pom melilau mencari budak2 ajk KTSN yang lawa2...hehe..jeling2 jer..nk tgur kontrol malu..walaupun ape pom..sume dah kena diarahkan memakai pakaian persiapan perang....kita tgk aksi2 dia...
bersiap pakai baju dan tengkolok.


dan lagi aksi2....semasa memakai baju dikir...


miji...tgh test gende nya....

dapat dilihat gaya pro nya semasa mengambil gambar..anips berasal dari perak dan juga mantan setiausaha kelab dikir tunas warisan...

3 sahabat mengikut saiz.....gambar terbaik dale sejarah nie...haha...

selepas itu...kita tgk pulak aksi2 semasa berdikir barat....joro by mat yoon dan tukang karut by sam.....jom usha2 snapshot semasa persembahan...


barisan sek2 alat pada hari persembahan...we kusyuk te...tgk tino ko??


ydp menjawab soklan yang dikemukakan oleh pengacara program ini...jadi jugok soklan2 dio tue mie des?? haha...
aloh2...we kito..ciut molek tata tue...hahaha...


alo my friends..your hand must be straigt..ungkapan keramat dari ak...


soro sem cerek molek lamo kih dok dikir...hehe..



bertabuh dengan mad saleh...gedik jugok kaki dio...


selepas selesai berdikir...sek2 kito memang suka berjalan sambil amik gambar bersama...dalam kenangan..jadikan kenangan terindah dalam hidup ya...antara gambar2 yang diambil sekitar persembahan di tasik titiwangsa adalah seperti dibawah...

bergaya...haha...kemas2...


abih rem lako2 wat kontrol smart...haha...

model bas ukm..hehe

selepas itu...kami pun pulang setelah puas bergambar...erm..ngatuk penat pom ado...kalu boleh..nk tido puas2...ape pun yang berlaku pada hari ini..perjuangan seni dikir barat tetap diutamakan...perjuangan yang belum selesai.....nanty ade masa...kawe akan upload gambar sek2 dikir barat masuk dale paper harian metro baru2 ini...ok..adiosssaa....salam budaya...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP