Sejarah Dirintis untuk di perjuangkan.

Monday, April 13, 2009

Oleh Mat Gie a.k.a MunkyG


Kesedaran tentang dikir barat ini telah wujud di Kolej Burhanuddin Helmi setelah satu perbincangan diantara pelajar tahun satu yang berasal dari kelantan dilaksanakan. Persepakatan telah terjalin hasil perkongsian minat yang sama dan mendalam telah berjaya melahirkan satu pasukan dikir barat di KBH yang dianggotai oleh pelajar lelaki dan juga perempuan. Kelab Dikir Barat Pusaka Naim ini telah mendapat endorsement yang mantap daripada pengetua kolej masa itu, Prof Dr Zaidi yang mana beliau amat meminati corak kontemporari dan variasi kelab dikir barat yang ditubuhkan ini. Kegiatan dikir barat Kelab Pusaka Naim ini amat meluas dan telah membuka mata banyak pihak di kampus.

Pada satu malam, Wan, Afiezul, En Burhanudin, Semi dan beberapa orang dari KUDRAT telah datang ke KBH untuk menyaksikan Pusaka Naim berlatih. Dengan serba kekurangan (jong bbano ore tino, nk palu pun tak berapa bbunyi mana, harap maklum lah kan.. ekkee)... masih didalam ingatan, kami yang masih lagi hijau dalam arena dikir barat ini telah dipandang serong oleh mereka seolah-olah kami ini tidak layak untuk memartabatkan seni warisan dikir barat. Semi yang bertindak sebagai pemain rebana ibu telah mengujit kami dengan ttabuh. Risau jugak lah, maklum lah, yang lelaki mungkin boleh bertabuh namun yang dirisaukan adalah pelajar perempuan, nk bertabuh pun kira! hehe... Semasa paluan ttabuh dari Semi dimainkan, Pusaka Naim komited untuk menunjukkan yang terbaik dan menyangkal dakwaan bahawa kami ini tiada bakat. Namun, apa yang kami impikan menjadi kenyataan, Ttabuh yang dimainkan itu langsung tidak menyucur (tepuk tidak lebih) malahan telah mendapat pujian dari Afiezul, Wan dan En Burhanudin! Kami terharu juga maklum lah, abang-abang kita dari kudrat datang buat spot check dikir barat, dan kami dapat menunjukkan standart yang tertinggi yang kami miliki. Kami akhiri malam itu dengan lagu wau bulan. Maka bermulalah permulaan sebuah kisah tentang kelab yang kita sayangi iaitu Tunas Warisan….bersambung….

P/S penulis:

Mat Gie merupakan salah seorang senior yang mempunyai semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni dikir barat di UKM seterusnya meninggalkan satu perjuangan budaya untuk diwarisi oleh pelajar-pelajar di sini.saya selaku generasi di bawah ini amat berharap mat gie sentiasa bercerita pahit jerih dalam detik2 menubuhkan perjuangan dikir barat nie..agar generasi baru sedar tidak semudah yang dijangka kita hendk menghasilkan seni dikir barat di UKM ini.

Tinggi Harapan kawe Disini agar kekuatan kelab dikir barat UKM kita ini sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan IPT2 lain..seterusnya memastikan legasi pendikir2 terulung ini tetap ada diperbukitan UKM dalam memartabatkan dikir barat kita walaupun ahli2 kita silih berganti tetapi aura dan semangt kita tetap sama darilah perintis hingga lah kepada generasi kita pada era 100 tahun akan datang sekalipun.

sekian.

1 comments:

Anonymous April 15, 2009 at 8:01 PM  

mudah jah kalu nk kekal hebat,kna kuat training(ronaldo star pun berlatih lagih),pndai cari lubang nk buat show(hatuk ko..)ph gpo hok org lebih tau kena amik perati walaupun ada setengah pendapat kita x setuju...so lg niat ikhlas nk dkir(hok nieh pyh nk cari lonie)..jgn masa nk buat apa2 show atau nk tnding baru kalut nk training...latihan kalu buleh gak seminggu skali pun xpo doh..bereh,pendapat yg ikhlas dari veteran

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP