Selamat Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mewakili Kelab Dikir Barat Tunas Warisan UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UKM khususnya ahli kelab Dikir Barat Tunas Warisan. Semoga bulan Ramadhan yang dilalui menjadi madrasah tarbiyyah yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik dan menbentuk diri kita untuk menjadi seorang manusia yang bukan sahaja memberi manfaat kepada sesama manusia bahkan tunduk dan patuh kepada Maha Pencipta. Saya menyeru kepada semua agar mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturahim, membina tautan persahabatan serta bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Kepada yang pulang ke kampung, selamat sampai ke kampung masing-masing dengan selamat.Diharapkan bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini bermakna bagi anda...

Don't forget to enjoy your memorable moment by visiting your frieend's and enjoying all food....like satay,nasi briyani,nasi dagang,nasi minyak,kuih raya,rendang,lemang etc...

Sekian dari fahmi...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...

Read more...

AIESEC Malaysia di The Palace of the Golden Horses

Saturday, September 12, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...!

sedepa pembuka bicara, sebesar hikmahnya. Bertemu lagi kita dalam ruangan hebahan aktiviti - aktiviti terkini dan lontaran idea kelab dikir barat tunas warisan artisukma UKM. Buat pengetahuan ahli dan pengunjung laman interaktif ini, kumpulan Tunas Warisan dan Kelab Citra Kirana telah mewakili kolej Ungku Omar,UKM dan beberapa kelab utama kolej membuat persembahan sempena Malam Warna Warni Malaysia bertempat di The Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Majlis gilang gemilang ini dianjurkan oleh kerjasama kelab AIESEC Malaysia dan luar negara sempena persidangan delegasi antarabangsa pertukaran budaya dimana melibatkn 900 org ahli dari 107 negara berkampung di hotel ini dengan bertemakan empowering leaders across culture. '

Orang kuat' dalam menguruskan latihan dan membuat kerjasama dengan pihak kolej seperti menghadiri mesyuarat,berbincang dengan pihak Jaksa kolej dan sebagainya tidak lain dan tidak bukan adalah saudara Bukhary Muslim iaitu presiden kelab Citra Kirana,Kolej Ungku Omar dan dibantu oleh saudara fahmi dan rakan - rakan seangkatan. Seramai 25 orang ahli gabungan gabungan kedua - dua buah kelab telah menyertai persembahan ini. selain membuat pertunjukan, matlamat utama kelab adalah memberi pendedahan awal kepada ahli - ahli baru tahun satu dan sebagai persediaan awal kepada ahli - ahli senior kerana dikir barat MAKUM yang akan berlangsung pada bulan 12 nanti. Sebelum pihak kami mengundurkan diri bagi hebahan kali ini, pihak tunas warisan mengucapkan selamat berpuasa,carilah amal sebanyak yang mungkin..

sekian,wassalam...

hasil nukilan shukrimi


Antara gambar-gambar ketika berada di hotel:

latihan sebelum persembahan


bergambar dulu...


lame weh tggu...hahahaha


pewaris kelab dikir barat tunas warisan


serius nye la...snyum la sket...


bukak la mulut bile berdikir...hehehe


mat ming duk ngafal lagu ko??


bergambar dgn gong ukm


aksi di pentas


kenangan bersama


candid!!!


bersama felo kebudayaan uo


mizan,mu wat pe tu???

Read more...

Majlis Berbuka Puasa

Wednesday, September 2, 2009


Salam kepada semua...

Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM akan mengadakan majlis berbuka pusa bersama ahli2 kelab. Sebelum ini, fahmi telah memaklumkan kepada semua melalui mesej. Semua ahli kelab di jemput hadir memeriahkan lagi majlis ini...

Bayaran yang akan dikenakan adalah RM5
Sila jelaskan bayaran sebelum 7hb September 2009


Sekian terima kasih dan selamat berpuasa.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP