TUNAS WARISAN TELAH BERADA DI ARENA FACEBOOK

Wednesday, April 28, 2010

assalamulaikum semua...
sudah lama nampaknya tidak mengepostkan post-post yg terbaru di blog ini.
maklumlah sibuk dgn peperangan sekarang( perekso final sem) hehehehe...
dgn tidak membuang masa lagi sy dengan ini merasmikan pembukaan tunas warisan di arena yang amat di minati oleh manusia di dunia ini iaitu arena FACEBOOK...

berdasarkan perbincangan yang telah di jalankan oleh ahli-ahli kelab TUNAS WARISAN ARTISUKMA UKM, kami telah sebulat suara dan idea mencadangkan agar kelab kita disiarkan di arena FB. ini kerana menurut menilaian sy sendiri didapati 99% ahli-ahli kelab kita artis disitu..

dengan penubuhan group TUNAS WARISAN di situ mungkin akan lebih membuatkan ahli-ahli kelab lebih peka  terhadap apa-apa pengumuman yang disiarkan disitu.. dan mungkin juga akan menarik minat pelajar-pelajar di UKM untuk meyertai kelab tunas warisan.. insyaallah..

sekian terima kasih,

yang benar
mohd taufik shamshudin
YDP kelab tunas warisan ARTISUKMA UKM

Read more...

MAJLIS PENGHARGAAN FESTKUM 2009

Saturday, April 17, 2010

assalamulaikum dan salam one malaysia.......

sini ambo nk crito sikit sebanyok psl majlis penghargaan FEStKUM 2009 ...
dengan itu terimalah coretan ambo ini...adoiiii sayang...

Pusat kebudayaan, JPPel telah mengadakan Majlis Penghargaan FEStKUM 2009 pada 20 Mac 2009, jam 3 petang bertempat di Grand Ballromm, Hotel Equatorial Bangi.

Tujuan diadakan majlis berkenaan adalah untuk meraikan kejayaan ARTISUKMA UKM sebagai johan keseluruhan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan kementerian pengajian tinggi dengan kerjasama kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan malaysia dan RTM telah berlangsung dengan jayanya 9-13 Disember 2009 bertempat di empat buah universiti iaitu, UKM, UM, UPM dan UITM.

Terdapat 8 acara yang dipertandingkan dalam FEStKUM 2009 iaitu zapin, boria, dikir barat ( sek kito....hahaha), tarian klasik india( diwakili oleh yon dan fahmiey.. wahahahahaha/jgn mrh boh, guraw ja..hihihihk), tarian tradisional cina, nyanyian irama malaysia, muzik akustik dan pantun.

Bagi kategori utama UKM memenangi 3 pingat emas iaitu tarian klasik india (individu~tahniah yon), pantun dan dikir barat....yahoooo..... sek kito tuh.. haha., 1 pingat perak bagi tarian tradisional cina dan satu pingat gangsa bagi tarian klasik india(kumpulan~yon dan fahmiey.....hehehehehe:-)...). bagi kategori sampingan UKM memenangi 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa..

hahahahahahaha..panjang lebar ambo duk crito pasal kito menang nih...huhuhuuh..yo lar kito 2 tahun berturut-turut menang tu. sapa ambo sendiri pun nk tiok.. pertama kali masuk tanding peringkat universiti nie terus dpt johan.. insyaallah kito berdoa pada Allah SWT supaya tahun ini kito akan mengekalkan lagi kejuaraan kito..insyaallah.. ambo rse syukur sgt2x diatas kemenangan kito.. ambo nk ucap ribuan terima kasih pada tok joro mak yun kito dan tukang karut miey kito..tidak lupo jgn kepada pemain muzik.. cikgu ambo.. abg gie kito..hahaha, suki, makjeh, wan comel @ boboy, dan jgk keyol... dan juga jutaan terima ksh kepada awok2x barisan hadapan iaitu yon, mijie MV, wan KKM, mizam, abg pek kito, mantan ydp kito... fahmiey, tihie (bdk baru tuuu..duk gua muse..hahahaha) dan juga kepada man N9... bagi barisan belake pulok timo ksh kepada wan fpend, ustaz @ hakim, bro, abg zaini kito, abg mat chak, palie, saidi, nazer, shukrimiey, dan jgk pd ahli-ahli laen yg turut memberikan sokongan kepada puok2x hok naik male tu.. harun, akma, man, akma mutor skroh, jedi dan jugak pada puok-puok senior yg turut datang pd mlm pertandingan tu..abg len, abg ise tok joro kito mula, dan jgk pada abe2x senior kito hok lain yg turut memberi sokongan padu pd kami...jutaan terima kasih ambo ucapkan....

berbalik kepada majlis penghargaan tu di sini ambo ada skit jah gambarnya hok ambo ambk dr puok2x kito yg g hari tu.. tp x sikit jgk,, banyok..hahaha...kiro sedang lar deh..huhuhuhu...



nie gambar semua peserta FEStKUM bersama..... gapo dio x taw yg duk pegang tu..fikir diri deh..huhuhuhu....




nie mse keno sarung pingat tekok..pingat emas tuu...huhuhuhu..tp mse nie kena gilir2x pingat sebab x cukup... ada 11 jah hok laen bdk2x wak kelik kmpg belako..tp xpo kena sarung jgk gano2x pun..hehehhee



muko-muko lapar perut belako..hahahhah..tambah dgn boring duk dgr org ceramoh.. semo nmpk bergaya... kemah2x.. doh guano suki negung??? eh, x igt bru putus gwe..hahahaha




hadoiii.... masuk akbar puok2x kito..hahahahaha..tgk lah gaya seorg juruletih( miegi bersama adik we kito) kahkahkah...



smart dok gambar nie??? wahahahahaha..pitih x nmpok lar boh.... tapi apa yg penting gigie miey tukang karut kito tu tetap puteh..wahahahahahaha



lupo nk upload td..nie gambar mulo2x sapa hotel equatorial bangi tu.. jejok jah kaki, gambar selaluh... hahahaha..xpo demi kenangan kito bersama..ceeewahhh... kwe muko bgn tido tu..hahahahah

gaya bebas ala-ala bru lepas dr tahanan komunis..hahahaha... ternyata jelas di situ kegembira puok2x kito dgn hamper yg dikendong oleh mak jef... hamper ambo sebenar tu, bleh cabutan bertuah.. sekalo x tuah pun tp hari tu ambo tuah..syukur2x...



malas nk kato gapo..kahkahkahkah.... besar molek lube idung cikgu koke ambo...hahahahahahah..guraw jah cikgu jgn marah deh... hehe... puok belake x puas hati doh tu..


hah..nie bru smart jetat puok2x kito... peghhh..mizam katang body..huahuahuahuauha

sapa sini jah gambar hok ambo ada.. 6t kalo ada lagi ambo upload lagi.. hehehehe..dun worry i still will give comitmen in this blog..huhuhuhu..jolo dok ambo speking mak toleh nie... hahahaha

dgn itu selamat melihat gambar2x kenangan semasa majlis penghargaan itu.. semoga kelab tunas warisan akan kekal bt selama-lamanya... biar sapa ke anok cucu.. hehe..
assalamulaikum..

from: ydp kelab tunas warisan artisukma UKM
mohd taufik shamshudin
toofik_88@yahoo.com

Read more...

AKTIVITI KELAB TUNAS WARISAN 2010( bulan 1 -4)

Wednesday, April 14, 2010


assalamualaikum dan salam one malaysia...


kepada peminat-peminat dan abg-abg senior kelab tunas warisan artisukma UKM di sini ambo ada senaraikan aktiviti-aktiviti @ show kelab pd tahun 2010..

1) 10/1/2010 persembahan untuk karnival kolej rahim kajai iaitu MEFEK bertempat di dataran PANGGUNG SENI.

2) 10/2/2010 persembahan di FSSK utk program jabatan ambo sendiri iaitu Hari Apresiasi Seni utk PPBKKM.

3) 20/2/2010 persembahan utk kelab PROSTAR di shah alam.

4) 25/2/2010 persembahan utk karnival kesenian islam anjuran FPI bertempat di padang pavalion UKM.

5) 27/2/2010 persembahan utk karnival kolej aminuddin baki iaitu ABC bertempat di dataran K4 kolej berkenaan.

6) 5/3/2010 persembahan utk hari keluarga kolej burhannuddin helmi bertempat di kolej berkenaan.

7) 6/3/2010 persembahan utk dinner kolej aminnuddin baki di DECTAR.

8) 11/3/2010 persembahan utk dinner FPI bagi pelajar tahun akhir bertempat di dewan gemilang( DG).

9)12/3/2010 persembahan utk kembara seni di dataran FEP.

10)19/3/2010 persembahan utk dinner jabatan sej, politik dan hub antarabangsa di dataran canselori dan juga persembahan utk kolej karnival UO di kolej berkenaan. pada malam itu ada 2 show sekaligus. namun begitu alhamdulilah, persembahan berjalan dgn lancar walaupun terdapat kekalutan di situ..wahahaha...

11) 29/3/2010persembahan utk dinner FPI jabatan usuluddin bagi pelajar tahun akhir bertempat di puri pujangga.

12)4/4/2010 persembahan utk majlis perkhawinan di putrajaya. persembahan di putrajaya ini juga lah yg menjadi persembahan terakhir pada bulan januari hingga bulan april. kami tidak lagi menerima jemputan atau undangan untuk show lagi sebab budak-budak tgh exam pada bulan april nie.. insyallah ambo akan senaraikan lagi aktiviti-aktiviti kelab pada sem baru 6t..

sudah tentu peminat-peminat serta abg-abg senior kita nk tgk gambar dan video pd hari peristiwa tu kan.. tp di sini ambo tidak dpt nk upload lagi. jd mtk mak ngah banyak2x deh.. insyallah ambo akan upload gambar serta video-video persembahan apabila ambo sudah mempunyainya. huhuhuhuh..mtk mak ngah deh, ambo akan upload secepat mungkin.

diharapkan abg-abg senior jgn mrh deh.. ambo nie BBB... hehehehe...

sekian dulu laporan yg x mcm laporan oleh YDP....
mohd taufik shamshudin.
email: toofik_88@yahoo.com.
no tel: 0139579259




Read more...

MINTAK MAK NGAH (maaf) BANYAK-BANYAK from YDP baru


assalamulaikum kpd geng2x tunas warisan, kpd senior2x, dan kepada ahli-ahli tunas warisan sekalian.....


ambo nk mtk mak ngah banyak-banyak sebb x dpt nk upload blog nie... tp insyallah mulai hari ini ambo akan bagi komitmen skit sebanyok pada blog nie...
al maklumlah ambo nie BBB ( budak baru belajar) haha.. bukannya BBB tempat puok-puok kitor duk lepak sokmo tu....
sebenarnya ambo baru dpt kesempatan nk msk dlm blog nie.. nie pun ambo terpaksa guna id yon dulu ( yon black @ ragbi).. haha.. sebab ambo x ambk lagi id ngn mantan ydp kito dulu (saudara fahmi)...

berikutan drp apa yg senior-senior kita duk bualkan itu, iaitu mengenai peristiwa-pertiwa yakni persembahan yg di lakukan oleh tunas warisan tu ambo sekali lagi ingin memohom beribu-ribu kemaafan lah sebab bt maso ini xleh nk msk ag gambar-gambar or video kerana ambo xdok rakaman semasa persembahan berjalan tu tp insyallah ambo akan masukan tidak lama lagi....

itu sajalah yg ambo dpt coretkan disini... insyallah abg-abg senior kito buleh tgk gambar-gambar semasa show di jalankan pd hari berkenaan tidak lama lagi..
sebelum mengundur diri ambo nk bt pantun 4 kerat so... kalo nk jwp tu alhamdulilah ambo akan jawap pulok..ohohohohoh

buah cempedak di luar pagar,
ambk galoh tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalo saloh tolong tunjukan...

sekian drp mohd taufik @ YDP baru kelab TUNAS WARISAN ARTISUKMA UKM..

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP