POSTER KONSERT DIKIR BARAT 2009

Wednesday, January 14, 2009

Kepada semua peminat dikir barat,poster dan flyer konsert telah siap dihasilkan..kepada semua ahli kelab tunas, anda boleh copy link pada poster dan hebahkan kepada semua site anda yang terlibatsecara langsung seperti friendster, facebook, myspace,blog, website dan sebagainya.Begitu juga kepada sesiapa yang rajin juga disyorkan bagi mewar-warkan konsert dikir barat terhebat di IPT seantero Malaysia.


POSTER





FLYERS




Flyers seperti diatas mungkin sudah sampai di bilik anda di UKM ketika post ini sedang diuploadkan...so tggu apa lagi..jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan konsert dikir barat di UKM..satu2 nya konsert seumpama ini di anjurkan oleh universiti tempatan.Kepada pelajar UKM, kenapa anda mesti lepaskan peluang keemasan ini..juga kepada warga malaysia..pasti anda tidak menyesal menyaksikan persembahan terhebat ini...

Read more...

LATIHAN KONSERT DIKIR BARAT

Tuesday, January 13, 2009

ape la yang terjadi kepada sesi latihan semalam ya!! apa lagi.. jom..kita mai usha2 antara gambar yang diambil pada malam semalam..




  • nganga kuat2 pok2 kito...hehe...sapo muko paling comey maso ngango..




  • rehat seketika sambil bertanya kaba.




  • gabungan ahli baru dan lama...sedak pok2 nie main alat.



  • barisan pelajar pelajar perempuan yang membantu memeriahkan dan menjayakan program nanty.



  • yark mie kito tue...tutup mulut dio..haha...
antara gambar-gambar yang di ambil oleh saudara faizal batas semasa latihan diadakan di panggung seni UKM.kepada ahli2 sila tengok gambar di network kelab.
semoga ahli2 kita mengekalkan semangat masing2 seperti semalam sehingga ke konset sebenar.

Read more...

PROMOSI KONSERT DIKIR BARAT

Sunday, January 11, 2009



Disediakan oleh : fahmi rashid


Dikir Barat merupakan salah satu daripada kebudayaan dan kesenian yang amat popular terdapat di negeri pantai timur terutamanya di Kelantan.Kebudayaan seseorang pelajar itu akan terhakis dan terus ditinggalkan sekiranya seseorang pelajar tidak mampu mengharungi arus kehidupan di kampus dengan cara hidup seseorang mahasiswa berwibawa. Justeru itu,Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM dan Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang akan diadakan untuk kali ke enam berturut-turut di Dewan Tun Abd Razak(DECTAR),UKM,Bangi pada 24 Januari 2009.

Tujuan penganjuran Konsert Dikir Barat UKM 2009 ini diadakan adalah untuk meningkatkan martabat kesenian dikir barat dan rasa saying dan menghargai khazanah seni budaya bangsa yang seterusnya dapat menyuburkan lagi kebudayaan kebangsaan.Selain itu, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar memahami nilai kebudayaan Melayu dan mempunyai sikap sayang kepada warisan budaya Melayu seperti kesenian dikir barat.

Tema yang dipilih pada konsert ini adalah 'MERAKYATKAN SENI BUDAYA BANGSA'.Tema ini bersesuaian dengan langkah kementerian dalam kempen merakyatkan seni di mana suatu usaha bersekutu jabatan-jabatan di bawah KEKKWA mengenengahkan produk seni budaya dan warisan kepada khalayak di bandar dan luar bandar.

Konsert Dikir Barat UKM 2009 membabitkan wakil badan kesenian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.Ia juga gabungan kumpulan Dikir Barat IPTA seramai 200 orang yang terdiri daripada Tunas Warisan Artisukma UKM,Sri Perindu UiTM,pelajar kokurikulum Dikir Barat,dan kumpulan dikir barat dari kolej-kolej di UKM.Pada malam tersebut,Dewan Tun Abd Razak(DECTAR) bakal digegarkan dengan kehadiran artis dikir barat jemputan khas dari Kelantan antaranya Jen Endoro, Meli Mahligai, Azmi Intan Berlian, Ismail Baju Jarang dan penyanyi lelaki Shabini.

Turut serta ialah kumpulan Kertuk dan Rebana Ubi Artisukma dan kumpulan tarian Artisukma.Semua peminat dikir barat tidak kira dari dalam atau luar kampus dijemput hadir untuk menjayakan konsert ini.Masuk adalah percuma.


p/s perhatian kepada semua warga ukm dan semua peminat dikir barat tanah air..bermula pada malam ini flyer akan diedarkan kepada ke seluruh kawasan sekitar ukm.selain itu,jika anda mewakili organisasi tertentu yang berminat untuk menghadiri konsert kali ini.sila hubungi seperti nama di bawah bagi proses penyediaan tempat duduk untuk keselesaan pihak anda.

Read more...

BUKA PANGGUNG TUNAS WARISAN

Wednesday, January 7, 2009


MEETING DAN BUKA PANGGUNG KELAB



assalamualaikum..

erm...sakit tekak suggh malam nie kerana lama doh xberdikir barat..haha..tp angin dikir xbrapo nk lepah mano..haha...ado la sebab2 ckit..herm...mula2 kawe nk ulas pasal meeting konsert dikir barat ngan bos..ok..berdasarkan pemerhatian kawe,banyak lagi yang perlu diperbaiki semasa berada dalam majlis seumpama itu..kawe tengok barisan MT baru kurang yakin semasa membentangkan hasil kerja dan penerangan yang kabur tentang apa yang mereka buat..sedangkan kerja dah dilakukan dan diuruskan dengan baik.anda selaku MT perlu cepat belajar dan tahu bagaimana proses pembentangan kerja dilakukan dengan lancar dan tidak gopoh gapah..walaupu demikian,kawe tetap berharap MT mampu melakukan kerja sempurna semasa melakukan konsert ini walaupun disebalik tarikh yang amat tidak menyenangkan.kawe pom berdebar2 dalam menanti apakah langkah yang diambil oleh MT sebagai kaedah paling mujarab dalam menangani situasi getir ini.kawe sendiri pom telah mendapat feedback yang kurang menyenangkan dari peminat2 dikir barat yang menyatakan mereka tidak hadir kerana bercuti..ini mungkin memberi sedikit klue bagi hari konsert yang sebenar.kawe tetap berharap konsert kita berjaya dengan keadaan yang berbeza melalui formula yang berbeza.insyaallah..



gambar ketika meeting dijalankan.turut kelihatan ketua puskeb sendiri mengendalikan meeting.

selepas meeting konsert,malam nie..kita telah membuka panggung dengan sedikit hambar ekoran kekurangan ahli2 daripada tahun 3 untuk hadir ke memeriahkan keadaan.ini sedikit mengecewakan bagi pihak kawe.saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perubahan sikap yang dialami oleh setengan ahli.mungkin mereka berasa sedikit kestaran dalam dirinya.huhu...harap2 ahli2 dari tahun 3 mempunyai kesedaran bagi memperkasakan barisan generasi baru.ini kerana diawal semester ini mungkin tidak sesibuk pada pertengahan semester ini.oleh itu,kawe berharap ahli tahun 3 mengambil kesempatan ini sebelum anda mampu memberi alasan kepada YDP sebagai busy membuat tesis.sila ambil perhatian tentang kenyataan ini.

walaupun demikian dengan kehadiran ramai ahli kelab dari tahun 1 membantu memeriahkan keadaan.bersemangat awok2 baru kita.tahniah diucapkan.kawe juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan2 seperjuangan yang tidak putus2 memberi sokongan kepada kelab iaitu topek,sob dan sepu kerana hadir bagi melihat keadaan sebenar ahli2 baru kita..hehe..kawe juga merakam ribuan perhargaan kepada topek lee,miji gendang,wan joro kolej usin,keyo kemuter,peja,we kemudi,ha dan peja batas kerana membantu dalam buka panggung malam nie..mat jeh juga tidak dilupakan kerana male nie baru boleh dengar soro dio..mace dalam cd calar jah..haha..kawe bergurau sahaja kerana mikeropon xberapa xjadi mano..sebelum menutup kalam.kawe harap lah..fahmie ko mr yoon ko..cuba ngejah pasal mangga bilik kito.aii..penat kawe tgk tiap2 kali dikir nk angkat barang2 kelab..cuba ya!!!

hurmm...disini kawe sertakan sedikit gambar yang di snapshot semasa berdkir tadi.didahulukan terima kasih kerana kualiti gambar tidak cantik sangat kerana cameraman xbrapa nk pandai amik gaba..




p/s: diharap barisan MT konsert tidak berasa hati dengan teguran saya selepas meetingdengan cik raf tadi.saya hanya mahu melihat barisan baru ini menjadi barisan MT yang terbaik dalam 3 tahun terakhir ini.kenapa saya berkata demikian,kerana anda telah mempunyai para barisan mantan untuk 2 tahun.gud luck kepada u all..

sekian terima kasih..



Read more...

BUKA PANGGUNG DI KOLEJ BURHANUDDIN

Tuesday, January 6, 2009

salam ukhwah dari saya.semalam sy pergi tengok2 ahli kolej burhanuddin helmi wat buka panggung di cafe kolej.boleh dikatakan sy sedikit tergamam bilangan awok2 sedang berdikir..ramai sungguh.haha...kekuatan suara pom boleh tahan...dari kaki bukit burhan pom dah dgr suara dan muzik gendang ibu..hehe..apa saya nk tulis dalam blog bagi nk kasi panjang nie..erm.dapat idea...ok...disini saya semalam dapat menilai kesungguhan semangat generasi baru yang bakal mewarnai seni dikir barat ukm...dengan dibantu oleh barisan MT yang baru yang mempunyai komitmen yang tinggi bagi mendokong pelapis dikir barat yang mantap dan berkualiti.selain itu,bilangan serikandi yang terlibat juga amat ramai juga semalam..hehe...lawa2 pom ader..

saya rasa tahun ini kelab tunas warisan boleh dikatakan bertuah sedikit kerana mempunyai pelajar pelajar baru yang mempunyai sedikit kebolehan tentang dikir barat.apa yang perlu ialah senior perlu memainkan peranan dalam mengilap tenaga baru bagi memastikan kemandirian kelab ini.disini barisan MT perlu mencari ahli yang setia dan bersemangat bagi menjamin kekuatan kelab.bimbang juga takut2 ade ahli yang sekadar menumpang kesungguhan ahli dari segi reward..hem...sekali lagi sy ingin tegaskan disini,jadi lah kelab kita sebagai sebuah kelab berkebajikan seperti mana peringatan saudara zarimi dulu.supaya ahli kita berada gembira bersama kelab kita sehingga tamat pengajian di UKM nie...satu lagi..banyakkan aktiviti berkaitan rehlah...jalan2 makan angin bersama ahli tidak kira ahli lama dan baru..mempereratkan hubungan sesama kita adalah penting..itu lah nadi kejayaan kelab kita...

Read more...

MEETING KONSERT DIKIR BARAT

Saturday, January 3, 2009


Justify Full
Antara snapshot semasa meeting dijalankan.

tempat : dectar

pukul : 9 malam.


Salam kawan2...semalam sy sbagai mantan NYDP kelab Tunas Warisan telah dijemput oleh saudara YDP fahmie supaya pergi tgk meeting sempena konsert.sy datang lewat dalam 9.25.hehe..tanya diorang nie, kata start kul 9 malam..permulaan yang bagus la kepada saudara fahmie kita kerana tegas dalam masa.tahniah kepada semua MT yang hadir.tgk kepada jumlah yang hadir semalm mengambarkan barisan MT yang mantap dan bersemangat dalam menerajui konsert...


nampak nye semua kerja kebanyakannya dah progess..walaupun semalam lebih kepada check point bagi persediaan utk berjumpa dengan cik raf,barisan MT kita nampaknya masing2 peka apa yang perlu dilakukan.walaupun setengah daripada mereka merupakan pelajar tahun 1.




setakat ini sahaja dulu berdasarkan permerhatian saya tentang meeting konsert dikir barat 2009. semoga kelab sentiasa maju dan membawa perubahan..ok
salam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP