PROMOSI KONSERT DIKIR BARAT

Sunday, January 11, 2009



Disediakan oleh : fahmi rashid


Dikir Barat merupakan salah satu daripada kebudayaan dan kesenian yang amat popular terdapat di negeri pantai timur terutamanya di Kelantan.Kebudayaan seseorang pelajar itu akan terhakis dan terus ditinggalkan sekiranya seseorang pelajar tidak mampu mengharungi arus kehidupan di kampus dengan cara hidup seseorang mahasiswa berwibawa. Justeru itu,Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM dan Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang akan diadakan untuk kali ke enam berturut-turut di Dewan Tun Abd Razak(DECTAR),UKM,Bangi pada 24 Januari 2009.

Tujuan penganjuran Konsert Dikir Barat UKM 2009 ini diadakan adalah untuk meningkatkan martabat kesenian dikir barat dan rasa saying dan menghargai khazanah seni budaya bangsa yang seterusnya dapat menyuburkan lagi kebudayaan kebangsaan.Selain itu, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar memahami nilai kebudayaan Melayu dan mempunyai sikap sayang kepada warisan budaya Melayu seperti kesenian dikir barat.

Tema yang dipilih pada konsert ini adalah 'MERAKYATKAN SENI BUDAYA BANGSA'.Tema ini bersesuaian dengan langkah kementerian dalam kempen merakyatkan seni di mana suatu usaha bersekutu jabatan-jabatan di bawah KEKKWA mengenengahkan produk seni budaya dan warisan kepada khalayak di bandar dan luar bandar.

Konsert Dikir Barat UKM 2009 membabitkan wakil badan kesenian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.Ia juga gabungan kumpulan Dikir Barat IPTA seramai 200 orang yang terdiri daripada Tunas Warisan Artisukma UKM,Sri Perindu UiTM,pelajar kokurikulum Dikir Barat,dan kumpulan dikir barat dari kolej-kolej di UKM.Pada malam tersebut,Dewan Tun Abd Razak(DECTAR) bakal digegarkan dengan kehadiran artis dikir barat jemputan khas dari Kelantan antaranya Jen Endoro, Meli Mahligai, Azmi Intan Berlian, Ismail Baju Jarang dan penyanyi lelaki Shabini.

Turut serta ialah kumpulan Kertuk dan Rebana Ubi Artisukma dan kumpulan tarian Artisukma.Semua peminat dikir barat tidak kira dari dalam atau luar kampus dijemput hadir untuk menjayakan konsert ini.Masuk adalah percuma.


p/s perhatian kepada semua warga ukm dan semua peminat dikir barat tanah air..bermula pada malam ini flyer akan diedarkan kepada ke seluruh kawasan sekitar ukm.selain itu,jika anda mewakili organisasi tertentu yang berminat untuk menghadiri konsert kali ini.sila hubungi seperti nama di bawah bagi proses penyediaan tempat duduk untuk keselesaan pihak anda.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP