Liputan Akhbar Kemenangan UKM di Festkum 2009

Monday, January 4, 2010


 Metro


UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah apabila dinobatkan johan keseluruhan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009, baru-baru ini.

Dengan memperoleh pungutan tertinggi sebanyak 142 mata, UKM meninggalkan saingan terdekatnya iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua (122 mata) dan membawa pulang wang tunai, RM10,000.

UiTM menerima wang tunai RM7,500 manakala tempat ketiga, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat RM5,000.

Bertemakan ‘Satu Budaya’ FEStKUM adalah festival julung kali dianjurkan menggabungkan pelbagai bidang kesenian pelbagai kaum dalam satu pertandingan berkonsepkan ala sukan.

Berlangsung selama empat hari, FEStKUM 09 disertai 2,000 peserta daripada 20 IPTA yang mempertandingkan sembilan acara kebudayaan antaranya Dikir Barat, Boria, Temasya Permainan Warisan 1Malaysia, Tarian Zapin, Tarian Klasik India, Tarian Tradisional Cina, Pantun, Nyanyian Irama Malaysia dan Muzik Akustik.

Ia diadakan empat universiti iaitu UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan UiTM.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata festival itu wajar diteruskan pada masa akan datang demi memperkasakan seni dan budaya.

Beliau berkata, ia memberi peluang mahasiswa IPTA menonjolkan bakat dan idea melahirkan insan kreatif dan berwawasan.

“Penganjuran FEStKUM ini bukan sahaja dapat menerapkan nilai kesenian di kalangan mahasiswa IPTA tetapi memberi kesan yang positif untuk mewujudkan perpaduan melalui seni.

“Saya juga berharap festival ini akan menjadi program tahunan kebudayaan di IPT,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Profesor Madya Datuk Dr Azarae Alias.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP