TERIMA KASIH PEJUANG SENI

Monday, May 17, 2010

assalamulaikum....
bertemu kita kembali di blog ini sesudah lama menyepi akibat berlakukannya malapetaka yang menimpa UKM baru-baru ini( exam dan cuti sem)...

sempena berakhirnya sesi 2009/2010 ini, sy sebagai YDP kelab Tunas Warisan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan juga tahniah kepada abe-abe senior yang bakal grad tidak lama lagi. terima kasih di atas penglibatan dan juga sokongan yg telah diberikan kepada kelab sepanjang berada di UKM ini. di bawah disenaraikan ahli-ahli kelab yg bakal menjadi graduan tidak lama lagi...




ni dia tukang karut termasyhur di arena dikir barat peringkat universiti malaysia iaitu muhd zarimi (abe miey) . bakat beliau diserlahkan lagi apabila memasuki Kelab Tunas Warisan dan akhirnya dapat menjuarai FEStKUM 2009. selaku tukang karut yang mendapat pingat perak.. walaumanapun, di mata ahli-ahli kelab beliau merupakan tukang karut yg tiada tolak bandingannya..taubat, sungguh!!!!! beliau banyak berjasa kepada kelab. beliau juga merupakan mantan YDP 2006/2008.



gambar di atas menunjukkan seseorang manusia bukannya patung... beliau bernama irawan (pok we) beliau merupakan org kuat kelab. tahniah kepada beliau kerana sudah bergelar suami org..



gambarrajah di atas menunjukkan seorang melayu. beliau merupakan tok joro UKM yang mempunyai suara ala-ala Megat Nordin. sungguh merdu bisikan beliau, membuat anak dara mengiau-giau tapi xleh tgk muka takut kejut terus pitam. nama di beri nasrun ahmad @ mat yong mample amir ali syeksen 15. kehebatan beliau selaku tok juara terserlah apabila telah menjuarai pertandingan dikir barat peringkat universiti2x malaysia ( FEStKUM)...
tahniah diucapkan....



Justify Fullnama digelar cikgu zaini, muka smart supo gambar nie.. jangut dialin ala-ala osama ladin, itulah org kuat dikir tinggal di kolej burhannudin.. beliau merupakan di antara tulang belakang di kelab tunas warisan. beliau merupakan spesies pendiam di luar tetapi spesies killer di dalam arena dikir barat...


nie dia pakar dlm permainan dam cap kuda.. sapa sakit duk mikir.. beliau bernama sukrimi atau min ganu... beliau merupakan antara tiang awok-awok dikir tunas warisan. aweks beliau sgt lawa..ooiiitttt.... ambo pun cair tgk... xdok aroh hok gu kalo dok lama dh bedal kwe.. hehhe..hanya gurawan semata-mata jgn terasa hati...



beliau digelar dgn gelaran chan.. entah mengapa digelar demikian kami pun xtaw( dlm lograt kedah)... dia bukan hitam tp manis, aweks beliau menyatakan demikian.. seorang yg agresif ketika berada di atas dan juga di bawah pentas... beliau juga banyak berjasa dlm menaikan nama kelab di dalam arena dikir barat di malaysia.






kecik-kecik cili padi, makin di sound makin menjadi... beliau dinamakan muzaidi, muka yg sentiasa tersenyum walau dlm apa jua keadaan.. banyak memberi sokongan padu kepada kelab.. tanpa beliau tiadalah yg paling pendek seangkatan dgn boboy @ pok we...



aku bukan seorang romeo tetapi seorang ustaz.. inilah yg dikenali sebagai burn ( membakar) atau nama penuhnya bukharimuslim. dtg dari kedah nk habaq mai.. merupakan mantan bendahari 2008/2009. seorang perternak ikan laga dan juga pendikir kelab tunas warisan..



ana tumpang tnya jalan daa... ana shuda sasak lar.. ini bukan pak arab ye, ini jowo mari.. asal sabak bernam, selangor...org sini upenyo.. seorang kaki gitar, kaki konga, kaki bonggo, dan banyak lagi kaki lar tetapi yg paling penting beliau merupakan kaki dikir yg setia...



muka di atas diberi nama akmar motor scrambler.. merupakan seorang pengiat seni yg sejatooo.... seorang pendikir yg hiperaktif, sampai nk roboh pentas dibuatnya..

terima kasih diucapkan kepada beliau-beliau yg berkenaan diatas sokongan dan jasa yg tidak ternilai kepada kelab tunas warisan sepanjang berada di UKM ini. akhir sekali terima serangkap pantun:

kalo ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalo ada umur yg panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

wabilahhi taufiq walhidayah wasalammulaikum warahmatullahhiwabaratuh....
sekian terima kasih....


Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP