Pengertian dan Asal Usul Dikir Barat

Saturday, April 11, 2009

dari ise kota,mantan tok jogho UKM.
http://senipusaka.blogspot.com/

Dikir barat merupakan salah satu persembahan kesenian tradisional yang paling diminati ramai khususnya di negeri Kelantan. Ia boleh dianggap sebagai persembahan tradisional yang baru jika dibandingkan dengan persembahan tradisional yang lain. Perkataan dikir mempunyai persamaannya dengan perkataan zikir iaitu satu sebutan yang memuji Allah s.w.t. Manakala perkataan barat pula merujuk kepada “Selatan Thailand”. Orang-orang dahulu di Kelantan menganggap bahawa daerah di utara mereka adalah sebelah barat. Dari sini timbul satu pendapat bahawa dikir barat ini berasal dari Thailand.

Penggunaan perkataan dikir juga banyak digunakan selain dikir barat seperti dikir Pahang, dikir maulud, dikir rebana dan dikir berarak. Namun begitu dikir barat juga mempunyai nama-nama lain seperti dikir karut, dikir pantun dan dikir syair. Dikit barat lebih dikenali di Kelantan manakala dikir karut lebih dikenali di Selatan Thailand. Manakala dua nama lagi penulis tidak pasti.

Pada suatu ketika dahulu dikir barat dimainkan selepas musim menuai padi. Namun pada masa kini dikir barat tidak lagi dimainkan mengikut musim tetapi dimainkan sama ada dalam bentuk persembahan untuk majlis-majlis rasmi, persembahan hiburan bertiket dan persembahan dalam bentuk pertandingan.

Pensejarahan mengenai asal usul dikir barat adalah amat kabur kerana masih tiada lagi sumber-sumber utama dalam bentuk catatan untuk mengesahkan asal usulnya secara mutlak. Asal usul mengenainya hanya diambil daripada perbualan orang-orang sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Dari sini telah timbul pelbagai polemik atau tentang asal usul dikir barat. Dibawah ini disenaraikan beberapa pendapat tentang asal usul dikir barat.

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam. Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.

d) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Kerengga

Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (PakNik Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalamjajahan Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasaldari Pulau Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telahditangkap oleh Pak Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam.Pak Sa telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang. Pak Sa telahditangkap dan dipenjarakan tetapi setahun kemudian beliau telahmemperkenalkan dikir barat kepada orang-orang Kelantan. Oleh kerana beliauberasal dari Pulau Kerengga maka timbullah pendapat yang mengatakan dikirberasal dari sana.

e) Dikir Barat Berasal Dari Ilham Budak Penjaga Lembu

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal daripermainan budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput.Pada tahun 1930-an terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padangrumput. Oleh kerana ketakutan budak-budak penjaga lembu ini dudukberkelompok dan berdikir beramai-ramai. Mereka akan menyanyi danberpantun sambil sindir-menyindir sesama mereka untuk menghibur hati danmelupakan perasaan takut terhadap perompak tadi. Dari peristiwa inilahtimbulnya permainan dikir barat.

Daripada pendapat-pendapat yang diutarakan diatas adalah sukar untuk kita mengetahui yang mana pendapat tersebut yang benar-benar mutlak untuk kita mengetahui asal usul dikir barat. Kita berharap satu hari nanti akan muncul satu pendapat mutlak tentang asal usul dikir barat ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP