Himpunan Wajah - Wajah Ahli Kelab Tunas Warisan.

Monday, November 17, 2008

Dulu , Kini dan Selamanya.....

Hasil karya Topek Lee

Topek Lee merupakan seorang ahli kumpulan Dikir Tunas Warisan yang dicungkil bakat dari Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia.Seorang yang suka mengambil gambar - gambar ahli kelab setiap kali aktiviti yang diadakan.Dia juga merupakan bekas MT iaitu memegang portfolio utama, Bendahari Kelab Tunas Warisan.Dengan mempertingkatkan sistem kewangan terdahulu dari Sob serta dibantu dengan kecekapan mengawal aliran wang kelab maka aset yang bernilai telah berjaya dimiliki kini.Aset yang dimaksudkan adalah sistem audio yang baru lengkap dengan speaker garam dan amplifier.Ntah betul ke salah ejaan ak tulis nie..huhu..

ok2...jom kita tgk siapa yang ada hasil kerja Topek nie...

Pembudayaan dikir barat di Bumi UKM




Raut wajah ahli kelab yang berjaya membawa Tunas Warisan ke mercu kejayaan.Gabungan alumni senior dan junior yang terbaik dapat dibentuk pada tahun 2006 yang telah mendokong satu cita cita yang jelas yang mana sebelum ini sentiasa kabur diselubungi kabus yang tebal..Kini jalan yang dilalui semakin hari semakin terang di dalam satu perjalanan bagi membawa misi dan visi kelab ke arah yang lebih gemilang.Kenangan yang dihimpun didalam kelab ini diharap menjadi menjadi satu kenangan yang paling manis didalam hidup ahli..Semoga ahli kelab yang baru dapat meneruskan saki baki perjuangan Kelab Tunas Warisan di bumi UKM sentiasa mekar dan subur serta penuh dengan wangian kenangan..

haha..sory lah..jika ayat bunyi tidak berapo kemas mano..abih rem dos nie...adios~~~

Batch 2005/2006





Lagenda Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma.Pada zaman ini boleh dikatakan zaman kebangkitan kembali Tunas Warisan selepas mengalami keadaan malap seketika.Diawal batch ini banyak halangan yang ditempuhi dan juga juga merupakan satu keadaan paling jerih sebagai langkah mendapat kepercayaan dari pihak kebudayaan UKM.Satu perbincangan telah dilakukan bagi mengatasi kesilapan terdahulu dalam mencapai kejayaan.Dizaman ini juga satu pendekatan yang saintifik telah diwujudkan bagi membentuk satu rangka dasar Kelab dalam menghadapi cabaran masa depan.Budaya berstrategi didalam pencapaian matlamat dan perancangan secara bersistem pada jangka masa pendek dan panjang juga telah dibentuk secara perlahan - lahan.Disamping itu, krisis di dalam kumpulan telah banyak dapat diselesaikan pada era ini.Seterusnya membentuk satu kumpulan yang berorganisasi yang mantap dalam usaha mengembeling kearah pasukan dikir barat universiti yang profesional.Secara ringkasnya,sumbangan utama dalam bacth ini adalah mendapatkan pakaian dikir barat Tunas Warisan UKM, pembentukan dasar - dasar penting dalam pengurusan dan aktiviti kelab dan pembentukan sistem pengurusan kewangan.

-Johan Pertandingan Universiti Lembah Klang 2005
-Naib Johan MAKUM 2006


Batch 2007/2008





Generasi emas kumpulan dikir barat UKM.Istilah ini paling layak diungkapkan kepada era batch ini kerana pada zaman ini terdapat kesemua elemen yang penting sebagai Kumpulan dikir Barat yang mantap.Perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi kerana didalam kelompok ini mempunyai 4 orang penyanyi yang fleksible.kerana setiap seorang daripada mereka mampu membawa lagu yang berbeza iramanya.Tidak la perlu dihuraikan disini secara panjang lebar.Ahli muzik yang lengkap juga terdapat disini yang diketuai sendiri oleh NYP kelab iaitu Miji serta dibantu oleh ise stewong,we boboy.Selain itu batch nie juga mempuyai awak yang berkebolehan serta berbakat diketuai oleh Taufik dibantu oleh juki,mat yie,mat yeh,kudin,peja batas,seman N9 dan lain -lain.Mitak maaf tidak dapat menyebut kesemua nama..Secara ringkasnya, sumbangan batch ini kepada kelab adalah meningkatkan kualiti persembahan dikir barat dengan penerapan teknik tertentu, memperbaiki sistem terdahulu kearah yang lebih mantap,penerapan budaya kerja yang kemas dan efisien,barisan MT yang berkebolehan yang mana mampu berfungsi dengan cemerlang,memantapkan kebajikan ahli serta memperkenalkan istilah kelab berkebajikan dan membaik pulih alat dikir terdahulu.aset yang diperolehi zaman ini adalah satu set alat dikir barat dan kelengkapan audio untuk berdikir barat.Sebelum terlupa,kali pertama dalam sejarah dikir barat UKM,penganjuran pertandingan antara kolej diadakan.penglibatan menyeluruh dari semua pelajar dan Pihak konvo..Tahniah diucapkan kerana kini dikir barat sudah menjadi budaya di universiti ini yang sebelumnya bertungjangkan kepada tarian dan teater.hmm....Sesuatu yang tidak terpikir pada zaman penubuhan kelab dahulu.

Johan MAKUM 2007

erm.....Berikut merupakan sumbangan yang telah diberikan ahli kelab yang telah dipecahkan kepada batch.Seandai ada kesilapan saya didalam penulisan tinta yang tidak berdakwat ini saya memohon mitak maaflah banyak2 kerana sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..hehe...sekiranya tidak tersebut dan dinyatakan sumbangan yang dilakukan..

Read more...

KONSERT DIKIR BARAT UKM 2009 AKAN MENYUSUL

Sunday, October 26, 2008



SYUKUR KERANA SETELAH BEBERAPA LAMA ZARIMI IAITU YANG DIPERTUA KUMPULAN DIKIR BARAT TUNAS WARISAN SERTA BARISAN EXCO YANG TELAH MEMIMPIN DAN MEMBAWA KUMPULAN INI SEHINGGA KEPADA SATU TAHAP LAGI LAGI IAITU PROFESIONAL.DENGAN PENERAPAN BUDAYA KERJA YANG MANTAP DARINYA SERTA DIBANTU OLEH MT,KUMPULAN INI BERJAYA MEMACU KEHEBATAN DENGAN MERAMPAS KEJUARAAN DIKIR BARAT ANTARA VARSTI YANG DISANDANG OLEH PASUKAN BASA DEWANA DARI UM.PADA TARIKH KERAMAT,MALAM 22/10/2008 DENGAN DISAKSIKAN SENDIRI OLEH KETUA PUSKEB SENDIRI,DRS RAFIE PERALIHAN KUASA TELAH BERJAYA DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA SEMPENA MESYUARAT PERTAMA KONSERT DIKIR BARAT UKM 2009 NANTI.



HASIL PERBINCANGAN DIKALANGAN MT,KEJUTAN TELAH BERLAKU DIDALAM PERALIHAN KUASA INI,EKORAN BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH DIKIR BARAT UKM.HAMPIR MAJORITI DIDALAM MT KALI INI MERUPAKAN BUKAN ORANG KELANTAN.INI KERANA PENGLIBATAN BUKAN KELANTAN DIDALAM TUNAS WARISAN AMAT TERHAD DIBANTU OLEH SEMANGAT JUANG PELAJAR DARI PERLIS,PERAK,KEDAH,SELANGOR DAN JOHOR DALAM MEMARTABATKAN KUMPULAN DIKIR BARAT INI AMAT LUAR BIASA.DISAMPING MEMPUNYAI KREABILITI YANG CEKAP DALAM PENGURUSAN KUMPULAN.PENGURUSAN YANG CEKAP AMAT PENTING DIDALAM MEMCAPAI VISI DAN MISI YANG DIRENCANAKAN SELAIN AWK2,TUKANG JUARA DAN TUKANG KARUT YANG MANTAP.JIKA DI GABUNGKAN SECARA SERENTAK KUMPULAN INI MAMPU PERGI LEBIH JAUH LAGI.BUKAN HANYA SEKADAR MAKUM SAHAJA TAPI PERINGKAT ANTARABANGSA.SEMALAM JUGA,PEMEBENTANGAN KERTAS KERJA KE LUAR NEGARA TURUT DIBENTANG OLEH MT TERDAHULU.DIHARAP PELAKSANAAN OLEH BARISAN MT BARU YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA FAHMI DAPAT MEMBANTU MEREALISASIKANNYA.SETRUSNYA MELAMBANGKAN KEKUATANNYA SEBAGAI YDP KELAB YANG BARU.



SEBELUM MENUTUP KALAM.KONSERT DIKIR BARAT UKM 2009 AKAN DIADAKAN DI DECTAR PADA 24/1/2009.KUMPULAN DIKIR BARAT IPTA YANG BERTUAH AKAN DIJEMPUT KE KONSERT INI BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PENGANJURAN KONSERT INI AKAN DIUMUMKAN SECEPAT MUNGKIN DAN BERSAMA-SAMA PENYANYI DAN TUKANG KARUT DARI KELANTAN.

KEPADA SEMUA YANG MEMBACA ARTICLE INI.SILA MAKLUMKAN KEPADA SEMUA PEMINAT DIKIR BARAT DI BUMI MALAYSIA.HAHA..

Read more...

Malam Kesenian Pantai Timur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2008


Berita Harian , 02 Februari 2008

Malam Kesenian Pantai Timur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2008 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, baru-baru ini mengangkat fungsi dikir barat sebagai wadah hiburan tradisional yang masih dihargai generasi muda.

Walaupun pendikir UKM dan jemputan dari Kelantan berdikir dalam loghat Kelantan, khalayak tetap memberi sokongan dengan turut sama bertepuk tangan mengikut rentak dikir barat yang menjadi kebanggaan penduduk Cik Siti Wan Kembang itu.

Tirai Malam Kesenian Pantai Timur UKM dan Kumpulan Tunas Warisan Artisukma UKM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) itu menampilkan 200 penuntut pelbagai jurusan mengiringi persembahan Kumpulan Tunas Warisan Artisukma UKM.

Penuntut Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan (FSSK) UKM, Azlisham Mohamad selaku Tok Juara pada persembahan Hidup Usia Remaja Harus Waspada mengingatkan lebih 300 khalayak agar berhati-hati dengan kerenah kehidupan.

Emapt tukang karut professional yang diundang khas Mohamad Zain Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Jen Enduro, Mamat Kereta Api (Mat Ngah), Tuan Kob Raja Saring (Tuan Yacob Tuan Ismail) dan Pok Ku Kamal (Syed Kamal Syed Alwi) masing-masing mengenakan baju Melayu lengkap bertengkolok turut menghangatkan malam kesenian terbabit.



Pok Ku Kamal dan Azlisham mengingatkan remaja agar tidak menghabiskan usia muda dengan membelakangkan pelajaran dan mengejar keseronokan sebaliknya perlu diisi perkara berfaedah yang mendatangkan manfaat untuk diri serta masyarakat sekeliling melalui dikir barat.

Jen Enduro pula menyampaikan Sukanya Duduk di Universiti bertema percintaan dalam rentak Karut Yankee hingga mencuit hati khalayak dengan lirik spontan yang mengisahkan perkenalan jejaka dan dara yang bermula dengan pandang memandang.



Kehebatan ubat-ubatan berasaskan jenis ikan diangkat Mamat Kereta Api dalam dikir barat Ikan Haruan dan beliau menyentuh mengenai keistimewaan keli, haruan dan puyu yang masing-masing mempunyai khasiat tersendiri kepada manusia.

Malam yang dipengerusikan Pegawai Pusat Kebudayaan UKM, Amar Baharuddin itu turut dimeriahkan dengan dikir Kasih Sejati oleh Tuan Kob, acara tarian daripada Artis Budaya UKM, persembahan rebana ubi dan kertuk serta dikir barat oleh kumpulan Sutera Pawana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP