Himpunan Wajah - Wajah Ahli Kelab Tunas Warisan.

Monday, November 17, 2008

Dulu , Kini dan Selamanya.....

Hasil karya Topek Lee

Topek Lee merupakan seorang ahli kumpulan Dikir Tunas Warisan yang dicungkil bakat dari Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia.Seorang yang suka mengambil gambar - gambar ahli kelab setiap kali aktiviti yang diadakan.Dia juga merupakan bekas MT iaitu memegang portfolio utama, Bendahari Kelab Tunas Warisan.Dengan mempertingkatkan sistem kewangan terdahulu dari Sob serta dibantu dengan kecekapan mengawal aliran wang kelab maka aset yang bernilai telah berjaya dimiliki kini.Aset yang dimaksudkan adalah sistem audio yang baru lengkap dengan speaker garam dan amplifier.Ntah betul ke salah ejaan ak tulis nie..huhu..

ok2...jom kita tgk siapa yang ada hasil kerja Topek nie...

Pembudayaan dikir barat di Bumi UKM




Raut wajah ahli kelab yang berjaya membawa Tunas Warisan ke mercu kejayaan.Gabungan alumni senior dan junior yang terbaik dapat dibentuk pada tahun 2006 yang telah mendokong satu cita cita yang jelas yang mana sebelum ini sentiasa kabur diselubungi kabus yang tebal..Kini jalan yang dilalui semakin hari semakin terang di dalam satu perjalanan bagi membawa misi dan visi kelab ke arah yang lebih gemilang.Kenangan yang dihimpun didalam kelab ini diharap menjadi menjadi satu kenangan yang paling manis didalam hidup ahli..Semoga ahli kelab yang baru dapat meneruskan saki baki perjuangan Kelab Tunas Warisan di bumi UKM sentiasa mekar dan subur serta penuh dengan wangian kenangan..

haha..sory lah..jika ayat bunyi tidak berapo kemas mano..abih rem dos nie...adios~~~

Batch 2005/2006





Lagenda Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma.Pada zaman ini boleh dikatakan zaman kebangkitan kembali Tunas Warisan selepas mengalami keadaan malap seketika.Diawal batch ini banyak halangan yang ditempuhi dan juga juga merupakan satu keadaan paling jerih sebagai langkah mendapat kepercayaan dari pihak kebudayaan UKM.Satu perbincangan telah dilakukan bagi mengatasi kesilapan terdahulu dalam mencapai kejayaan.Dizaman ini juga satu pendekatan yang saintifik telah diwujudkan bagi membentuk satu rangka dasar Kelab dalam menghadapi cabaran masa depan.Budaya berstrategi didalam pencapaian matlamat dan perancangan secara bersistem pada jangka masa pendek dan panjang juga telah dibentuk secara perlahan - lahan.Disamping itu, krisis di dalam kumpulan telah banyak dapat diselesaikan pada era ini.Seterusnya membentuk satu kumpulan yang berorganisasi yang mantap dalam usaha mengembeling kearah pasukan dikir barat universiti yang profesional.Secara ringkasnya,sumbangan utama dalam bacth ini adalah mendapatkan pakaian dikir barat Tunas Warisan UKM, pembentukan dasar - dasar penting dalam pengurusan dan aktiviti kelab dan pembentukan sistem pengurusan kewangan.

-Johan Pertandingan Universiti Lembah Klang 2005
-Naib Johan MAKUM 2006


Batch 2007/2008





Generasi emas kumpulan dikir barat UKM.Istilah ini paling layak diungkapkan kepada era batch ini kerana pada zaman ini terdapat kesemua elemen yang penting sebagai Kumpulan dikir Barat yang mantap.Perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi kerana didalam kelompok ini mempunyai 4 orang penyanyi yang fleksible.kerana setiap seorang daripada mereka mampu membawa lagu yang berbeza iramanya.Tidak la perlu dihuraikan disini secara panjang lebar.Ahli muzik yang lengkap juga terdapat disini yang diketuai sendiri oleh NYP kelab iaitu Miji serta dibantu oleh ise stewong,we boboy.Selain itu batch nie juga mempuyai awak yang berkebolehan serta berbakat diketuai oleh Taufik dibantu oleh juki,mat yie,mat yeh,kudin,peja batas,seman N9 dan lain -lain.Mitak maaf tidak dapat menyebut kesemua nama..Secara ringkasnya, sumbangan batch ini kepada kelab adalah meningkatkan kualiti persembahan dikir barat dengan penerapan teknik tertentu, memperbaiki sistem terdahulu kearah yang lebih mantap,penerapan budaya kerja yang kemas dan efisien,barisan MT yang berkebolehan yang mana mampu berfungsi dengan cemerlang,memantapkan kebajikan ahli serta memperkenalkan istilah kelab berkebajikan dan membaik pulih alat dikir terdahulu.aset yang diperolehi zaman ini adalah satu set alat dikir barat dan kelengkapan audio untuk berdikir barat.Sebelum terlupa,kali pertama dalam sejarah dikir barat UKM,penganjuran pertandingan antara kolej diadakan.penglibatan menyeluruh dari semua pelajar dan Pihak konvo..Tahniah diucapkan kerana kini dikir barat sudah menjadi budaya di universiti ini yang sebelumnya bertungjangkan kepada tarian dan teater.hmm....Sesuatu yang tidak terpikir pada zaman penubuhan kelab dahulu.

Johan MAKUM 2007

erm.....Berikut merupakan sumbangan yang telah diberikan ahli kelab yang telah dipecahkan kepada batch.Seandai ada kesilapan saya didalam penulisan tinta yang tidak berdakwat ini saya memohon mitak maaflah banyak2 kerana sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..hehe...sekiranya tidak tersebut dan dinyatakan sumbangan yang dilakukan..

Read more...

Gambar - Gambar Sekitar MAKUM 2007.

Wednesday, November 5, 2008




Sedak wei jalan bandaraya persisiran pantai nie...hehe..boleh kenal negeri oghe...






cuba perati betul2....mano hak cacat xley duk samo ngan oghe..haha...seriusnya pok kito nie...semangat!!!!







Hak nie adalah gambar dua oghe bekas YDP kelab nie..sebelah lagi tue adalah supersenior.buke superman..haha...turut ado di blake tue..pije ngan mamat..hehe.






Kenangan di bumi Terengganu sebelum naik stage kita jalan2 dulu makan angin..release tension...hehe...lepah tu baru kito dikir rama2...






wassup bro!!!! ni make angin pantai teluk chempedak di pahang darul makmur maso nak kelik ke ukm..buang angin2 hak sekot sebot dale dado...haha..








Bergambar kenang kenangan di depan Dewan Sultan MIzan UMT..sebenar nya panas maso nie...tp ingtkan jarang2 datang ke UMT nie...layan jer laaa...






woit......pandang 200 meter kehadapan...cam kawat lak kita nie...mat lan misai pakai luar soyak bende tue...hehe..soyak pom mahal kam..xdop 2 3 ratus xley nk rasa itu..keke.










Berlatih sedak pok kito...buat yang terbaik pasti hasil yang terbaik..kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang benar - benar kuat ke arah itu.hehe...kok se kok dang ayt ak..harap2 saie pehe blako maksud nie..








nie bergambar sementara otw nak gi panas enjin kih lamo xdikir...hak nie panas gok nie..tp kih tuan kamera angkt kamera...terpaksalah kami berposing..rase2 tuan kamera ini saieng ak kedu..hehe..yo ko?









hai....fahmi..bodek pegawai doh ke? haha..mace2 tahu demo jadi ydp kelab kito hak baru..semoga gud luck kepada fahmi kerana dipilih menjadi ydp kelab yang baru..diharap generasi baru dibawah kepimpinan dia dapat membawa kelab ke dimensi baru dalam dunia dikir barat di tanah air..kita mempunyai visi dan misi ke arah itu..berbeza pucuk kepimpinan tidak kisah asalkan kepimpinan yang silih berganti tidak lupa apa yang direncanakan oleh kepimpinan terdahulu selagi relevan dengan keadaan tertentu.hehe..ntah pe ntah nie...







ha...ni pulak..rase2 nya..antara gambar terawal diambil masa sampai di umt..hum...sebelum nk daftar penginapan....posing baju baru katakan...hehe..










mase nie adalah dataran stadium mohd ke 4...duk menunggu ketibaan saie2 kita utk ke umt..terima kasih kepada pengangkutan ukm dan pusat kebudayaan ukm melalui pegawai kita abg ayob dan abg zul kerana susah payah balik ke kelantan dahulu ambil peserta sebelum pergi umt.masa ini dome mai tp kate nye xdapat ikut pergi ke umt..ada hal urgent yang xdapat dielakkan.huhu...humm..sebelum terlupa..gambar2 semasa menang piala nk letak x? kalu nak...inform kat borak2 tunas..hehe..

Read more...

Juara MAKUM 2007 Di Kustem

Sunday, October 26, 2008




Kumpulan Tunas Warisan UKM bergambar kenangan bersama TNC ukm,ketua pusat kebudayaan ukm dan staff kebudayaan ukm selepas berjaya mendapat johan dalam petandingan dikir barat inter varsiti pada tahun 2007.Tambah manis tukang karut ukm juga telah di nobatkan sebagai tukang karut terbaik pada pertandingan ini.
Semoga dikir barat ukm bertambah subur di ukm di bawah payung pusat kebudayaan dan juga Datuk TNC sendiri.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP