Perutusan Mantan YDP Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma 2007-2008

Monday, November 17, 2008





Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan dalam peperiksaan buat semua ahli Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma tidak kira usia mahupun bidang apa sekalipun semoga kalian mendapat rahmat dari yang maha Esa.

Di kesempatan ini saya Muhd Zarimi b. Mohamad @ Abdullah selaku mantan Yang Dipertua Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir dan semoga kalian semua akan berjaya dalam peperiksaan kali ini. Peperiksaan merupakan kayu pengukur buat semua ahli pendikir yang berkecimpung dalam arena seni dikir barat. Inilah medan untuk kita menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

Selain dari aktiviti kesenian dikir barat kita juga mampu cemerlang dalam bidang akademik dan inilah yang kita mahukan iaitu mendokong Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memartabatkan ilmu pengetahuan dipersada dunia mahupun amal diakhirat. Maka di sini saya berpesan kepada diri saya dan juga para sahabat sekalian tonjolkanlah kemampuan kita yang sebenar dalam mengharungi kehidupan di puncak menara gading yang kita impikan selama ini.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Tertinggi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma yang baru dilantik. Semoga kalian dapat memikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kelab dikir barat. Jatuh bangun kelab dikir barat sekarang berada di bahu kalian maka kalian corakkanlah semoga ianya mencapai tahap yang membanggakan dalam pencapaian dalam dan luar kampus.

Apa yang penting di sini ialah kebajikan ahli perlu diutamakan dalam menjaga sebuah kelab yang mempunyai ahli yang begitu ramai dan karenah yang bermacam-macam dan ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi dalam menjana sebuah kelab yang gah di mata persada seni tanah air. Maka saya ingin memberi kata-kata semangat kepada MT yang baru dilantik supaya bekerjasama dalam mengemudi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sekian….

Assalamualaikum w.b.t



Bagi admin disini,satu perutusan yang ringkas tapi penuh dengan mesej,peringatan dan harapan kepada barisan MT baru..diharap YDP yang baru amik perhatian tentang amanat yang diberikan kepadanya serta war-warkan kepada barisan MT dalam usaha meningkatkan kumpulan Dikir Barat UKM.

ok~ salam perjuangan.

5 comments:

kay-yoe November 17, 2008 at 11:44 PM  

assalamualaikum.....
btol tuuu..
kwe skong sgt2 ape yg mantan kita smpaikan 2...
kpd MT bru,jaga KEBAJIKAN ahli2 kelab yg smkin brtmbh pd thun ni....
jgn biar smkin hilang d telan masa.......
hidup TUNAS WARISAN!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous November 18, 2008 at 5:02 AM  

kemas yoe kito..samo ngan kawe jugok raso gitu gok nie..koho ramai koho banyak peel perangai..skit palo la..harap tunas warisan boleh jadi kelab dikir hak paling profesional dan contoh kepada universiti lain.

hidup TUNAS WARISAN!!!!

anak seni November 18, 2008 at 12:29 PM  

APA YANG ANDA DAPAT APABILA MENYERTAI KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN?
(sila bg jwpan berdsrkan pengalaman anda smsa terlibat dgn segala aktiviti KELAB ini.
Jawapan anda menentukan keadaan sebenar apa yg ada dLM kelab dkir brt tunas warisan).......
-ANAKSENI-

Anonymous November 18, 2008 at 10:33 PM  

anak seni rujuk http://oreoboy.wordpress.com/2008/11/19/sebagai-jawapan-kepada-anakseni/

kay-yoe November 19, 2008 at 12:38 AM  

kpd anakseni-
brdsrkn kpd pglman,byk impak yg sy dpt mlalui pnyrtaan dlm kelab tunas wrsan.
PENGETAHUAN mgnai seni dkir brt smkin brtmbah mlalui sgla aktiviti yg d ikuti spnjg myrtai kelab ini.
Kelab ini juga mnjd stu tmpat prtmuan dlm mgnali prbadi seseorg yg brglar KAWAN.
Penglibatan dlm kelab ini jg mgjar kita sdikit sbyk mgnai istilah sebuah ORGANISASI yg dketuai oleh seorg pmimpin.Pendkatan corak kepimpinan yg diambil oleh seseorg individu mlmbgkan ciri2 yg ada dlm dri seseorg pmimpin trsbut.
Kelab ini jga mnjd tmpt kita brkogsi PENGALAMAN dlm seni dkir brt wlaupun kdg kala tdk d trma pkai oleh ahli organisasi.
Wlaupun pmbljran adlh aktiviti utama kita dsini,MASA terluang dpt diisi dgn aktiviti yg lbh brfaedah.
-setakat ini shj dr kawe,ado byk lg sbnrnye-

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP