Tunas Warisan UKM di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan

Monday, November 10, 2008

Kenangan di Kem kelab tahun 2006 kini diabadikan di blog kelab.Semoga ahli kelab hak baru dan ahli lama dapat melihat aktiviti kelab yang tidak diwar-warkan kepada pengetahuan umum.Dengan gambar - gambar aktiviti Kelab diharap menarik minat pelajar - pelajar baru menyertai kelab dikir barat Universiti Kebangsaan Malaysia ini bagi mencari pengalaman yang berharga di dalam kelab ini.

Jom pakat tengok...


TRAVEL TUNAS KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.



Rombongan Ahli kelab Ke Sri Tujuh Resort.Gambar ini dirakam di Stesen Keretapi Kajang.Penasihat Kelab abe Din telah hadir menghantar rombongan ini.




Antara snapshot yang menarik semasa dalam perjalanan ke Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga,kelantan.Gambar ini diambil oleh Saudara Saiful semasa berhenti di Gua Musang.Boleh wat wallpaper nie..hehe..


KEM GEMILANG(1) TUNAS DI PANTAI SRI TUJUH



Ini juga hasil gambar yang berjaya dirakam oleh ahli kelab juga dari Saudara Saiful semasa mula - mula menjejak kaki di Pantai Sri Tujuh..smart sungguh pemandangan di Pantai Sri Tujuh.Kepada pelancong yang berminat silalah datang ke pantai ini kerana dapat memberi satu memori yang menarik untuk anda.Promote Pantai Sri Tujuh sikit.





Baru sampai di Chalet seri Tujuh resort.Selepas sampai makan2 angin di kawasan sekitar pantai..sepoi2 bahasa jer angin..




Kawe upload gambar coz napok lawa jah posim pok2 kito.Mace2 gayo ado.maso nie air pantai surut maka pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan.





Antara aksi terbaik berjaya dirakam semasa kem kelab.ini merupakan karya dari Saudara Mazlan Haron.Kalau salah tolong betulkan ek..gambar ini juga telah dihantar ke Majlis Anugerah Seni 2007 dalam kategori gambar terbaik.Namun masih lagi tidak cukup hebat memenangi anugerah tersebut.





Salah satu aksi sesi latihan dikir barat semasa di kem.peluh ritik kakloh maso nie..naik angin bekalih..ise joro kito bawok lagu tinggi belako2 male nie..kato nok wat naik soro.Awok2 layan jer..kena ikut tok guru baru berkat..kui2.




Tunas FC.hehe..aktiviti kesukaan ahli kelab semasa tiada aktiviti sebagai wadah pererat hubungan sesama ahli kelab..sesaje jer nie main bola masa petang selepas petang berlatih dikir.







Pelbagai gaya dan variasi.hehe...berlainan anak negeri sebenarnya diorang nie..alumni Saudara Arman asal Kelantan,berkaca mata saudara Hisyam dari negeri Sabah.Berada dibelakang Saudara Hisyam pulak adalah Bekas s/u Kelab iaitu Saudara Anip berasal dari negeri Perak dan yang last itu adalah Seman merupakan bekas MT Hubungan Luar dan Perantarabangsaan dari Negeri 9.Tidak salah berlainan negeri tapi syarat masuk ke kelab adalah memartabatkan seni dikir barat di tempat tertinggi.Disitulah dapat membentuk persefahaman yang mantap.chewah.




Pada malam terakhir penat - penat berdikir..jom bbq ikan jap..haha..malam ni xsilap ikan sebanyak 15 kg diabiskan dalam 30 ahli..parok make pok2 nie..hahaha...







Sedak weiii maso nie...kenangan banyok....maso pete2 duk bual2 sambil amik angin dipantai seri tujuh tumpat.best kakloh la duk cini kerana view nya yang lawa..sambil boleh make seafood ngan air kelapa..




Petang2 kita main buaian pulak.Pada malam nie juga lah kita naik pentas di Kota Bharu..berjumpa dengan gu lawan mana lah..



SEDIKIT PAPARAN SEMASA FESTIVAL DIKIR BARAT PERDANA 2006








Selepas penat berlatih, kelab naik 'stage' bertanding dengan Kelab Sri Gedombak Pasir Puteh pada Festival Dikir Barat Perdana 2006 di dataran Stadium Muhammad ke 4.Banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari pertandingan ini ekoran teguran dari juri profesional.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP