PENGUMUMAN

Tuesday, December 30, 2008


assalamualaikum sahabat - sahabatku sekalian.guano? sedak cuti blako? bunyi sek kito ngah cuti lagi loni..hehe..kuliah di ukm start dos nie..pengumuman di sebenarnya xdop gapo sangt la...cuma nk oyak pasal kelab telah membuat satu network kelab dikir barat bagi membolehkan ahli-ahli kita bebas untuk mengupload gambar - gambar kita semasa mengikuti aktiviti kelab.video pom boleh.sapo-sapo hak ado nk upload video show kito boleh lahh..nk diingtkan,paparan gambar dan video adalah aktiviti kelab sahaja ek.demo nk wat gapo pom dale blog nie,,boleh blako..nk wat meting ko? nk wat pengumuman ko? chating ko? haha...harap2 ahli2 dapat memberi kerjasama bagi memudahkan pengurusan kelab nanti.xlama lagi..kita daftar ahli guna network nie jah la..xper lu da kertas kot..harap2 berjaya..hehe..ape2 pom.sebarang masalah berkaitan ngan network tu..ckp la kat saya sendiri samada melalui email ataupun ym di azam_mache@yahoo.com.insyaallah saya dapat tolong anda..lagipom di puskeb kita adalah pertama mempunyai network ahli kelab kita...jom sign in dan menjadi ahli yang aktif..lagipun nie just tuk merapatkan ukhwah ahli2 kita..
Satu lagi lebih penting adalah...duit ptptn UKM telah pom masuk pada pagi hari ini.saya terima berita jam kul 10 pagi ini.semua pelajar skunk boleh berjoli sakan bersama kawan2...haha..menghasut ak pada kamu ya..ok2..ambo nk gi kelas dos nie..


..salam...

azam_mache
mantan NYDP sesi 2005/2006

Read more...

Seni Dikir Barat Suatu Pengenalan

Sunday, December 28, 2008



Oleh: Mazlan Haron

Mantan Setiausaha Kelab 2001/2002


Assalamualaikum, bagi peminat-peminat seni dikir barat diseluruh negeri serta ahli-ahli kelab Tunas Warisan Artisukma UKM. Sedikit sebanyak sebagai pengiat seni Dikir, telah memahami bagaimana seni ini muncul dan bertapak di kelantan serta tersebar keseluruh tanah air. Namun untuk blog kelab nie, aku merasakan perlunya ada sedikit maklumat untuk memudahkan masyarakat dan peminat seni tanah air memahami dan mengetahui latarbelakang seni ini.
Konsep seni Dikir Barat ini adalah sebenarnya suatu permainan yang disebut dalam loghat kelantan `maenea’ atau sesuatu yang dimainkan merangkumi semua jenis permainan dan pertunjukan (Hasyim Awang A.R. 1987:33). Melalui kajian sejarah seni ini bermula dari tahun 1930/1940 dan terdapat banyak versi tentang bagaimana wujudnya seni ini dikelantan. Pak leh Tapang adalah orang yang dikatakan sebagai pelopor cabang seni ini. Bertitik tolak dari idea dan kreativiti beliau dalam mengubah pantun sebagai lirik lagu serta susunan alunan lagu, maka terciptalah irama yang dikenali sebagai Dikir Barat (Azmi Mohd Nasir.1989).
Dikir Barat adalah merupakan salah satu daripada lapan belas daripada seni pertunjukan, permainan rakyat kelantan yang beraneka rupa, merangkumi unsur sukan dan hiburan telah yang pertunjukan. Sehingga sekarang seni ini terus berkembang ke serata negeri dan dikenali dan diminati oleh semua bangsa serta kaum di malaysia. Bukan itu sahaja, seni itu juga sendiri turut berkembang dengan pembaharuan dari segi lirik-lirik lagu mempunyai pelbagai jenis dan konsep serta alunan irama musik yang terapkan bersama arus kemodenan seni musik, demikian juga gerak tari dan showmanship yang dipersembahkan.
Justeru, aku berpendapat seni ini haruslah diuruskan sebaik mungkin oleh kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan atas nama Dikir Barat, kerana perkembangan sebenar seni ini sebenarnya terletak pada seluruh ahli kumpulan yang menjayakan seseuatu persembahan sehingga ia dikenali dan diminati oleh masyarakat. Semua kumpulan Dikir Barat yang pernah atau yang sedia ada diperingat kampung, negeri, sekolah atau universiti dan lain – lain memerlukan suatu pengurusan kumpulan yang sempurna dan orang yang berkelayakan. Harus di ingat seni untuk semua tapi bukan semua faham seni. Sekian Terima Kasih.

Read more...

Hebahan Pertama Konsert Dikir Barat UKM 2009

Friday, December 26, 2008


Sedar atau Tidak.

Sama ada ahli kelab kita sedar atau tidak..Paluan semangat telah pun di bakar dalam akhbar Berita Harian .paluan semangat bagi membuat yang terbaik bagi konsert kali ini.hal ini kerana jam "countdown" telah dibuka dengan lebih awl..sebulan lebih awl dari tarikh sebenar konsert dikir barat. Sekali lagi kelab kita akan menjadi tumpuan dalam menganjurkan konsert besar seumpama ini.Oleh itu,ahli yang tidak terperasaan cerita kelab kita sekali lagi masuk ke dalam surat khabar ternama ini silalah membaca keratan yang dijumpai secara tidak sengaja dalam portal Kementarian Perpaduan,Kesenian,Kebudayaan dan Warisan Malaysia.

Berita Harian : 16 Disember 2008
Konsert Dikir Barat UKM 2009
dikir ukm
PERSEMBAHAN dikir barat seperti ini perlu sentiasa diadakan untuk memelihara seni warisan bangsa.


KEHIDUPAN di kampus sememangnya amat mencabar dengan corak persekitaran yang mempunyai pelbagai kebudayaan yang kuat mempengaruhi latar belakang mereka. Kebudayaan seseorang pelajar itu akan terhakis dan terus ditinggalkan sekiranya seseorang pelajar tidak mampu mengharungi arus kehidupan di kampus dengan cara hidup seseorang mahasiswa berwibawa.

Sehubungan itu, Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Urusetia (Kumpulan Dikir Barat) Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merancang menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang diadakan untuk kali keenam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, Bangi pada 24 Januari 2009.

Matlamat menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 adalah untuk menonjolkan serta memartabatkan kesenian tradisional bangsa Melayu, mendedahkan kepada mahasiswa keunikan kesenian tradisional bangsa, terutama di kalangan mahasiswa.

Selain itu, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar memahami nilai kebudayaan Melayu dan mempunyai sikap sayang kepada warisan budaya Melayu seperti kesenian dikir barat.

Pelaksanaan projek ini dianggap amat penting dalam usaha untuk membentuk mahasiswa yang cintakan warisan budaya bangsa. Oleh itu, sokongan daripada semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Konsert Dikir Barat UKM 2009 membabitkan wakil badan kesenian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara. Ia juga gabungan kumpulan Dikir Barat IPTA seramai 200 orang, artis dikir barat jemputan dari Kelantan antaranya Jen Endoro, Azmi Bukit Marak, Mat Kereta Api, Meli Mahligai dan Adik Wani.

Turut serta ialah kumpulan muzik wayang kulit Artisukma kertuk dan Rebana Ubi Artisukma dan kumpulan tarian Artisukma serta peminat dikir barat sama ada di dalam atau luar kampus.



P/S : sumbat sikit dalam berita harian coz tidak letak gambar sebenar.mungkin tiada simpanan kot.huhu.

Read more...

KONSERT DIKIR BARAT UKM 2009

Wednesday, December 24, 2008




bermain@ berdikir?


Konsert Dikir Barat Dan Isu Sampingan.



Konsert Dikir Barat Ukm kembali dengan sedikit perubahan pada kali ini.Kumpulan yang di pilih kali ini merupakan satu kumpulan yang terhebat di seluruh universiti UITM iaitu universiti UITM Shah Alam,sri perindu.hehe...betul la kan..kalu x,xkan perindu wakil UITM..tp saya xpasti sama ada skuad diorang nie...membariskan senior ke budak2 pelapis diorang..harap2 diorang dapat berlatih awal..xperlu digusarkan kerana diorang merupakan satu kumpulan yang mantap dan gerak tari yang menghiburkan...pakaian diorang pom skunk dah power...lawa...hehe..actually kami di tunas warisan UKM menghargai kumpulan ini kerana sikap yang mudah mesra dan tidak sombong dengan kumpulan lain..berlainan dengan sesentengah kumpulan yang bermegah dengan kekuatan kumpulan diorang...cabar mencabar...entah lah...buat nyeer cam kat kampung..konon2nya diorang adalah terkuat di seantero dunia...pe ke hal beb..huhu..susah jika mahasiswa tidak berfikiran macam mahasiswa..secara tegasnya,bagi kami sebagai kelab dikir barat ukm tidak hanya menumpukan program dikir barat sahaja tetap juga menjaga kebajikan ahli,membentuk seorang pemimpin budaya..mengadakan dan menguruskan sesuatu projek dengan sendiri tanpa perlu bergantung kepada kabel ataupun orang selain daripada pihak universiti.kita bebas menentukan peluang kita..bukan ahli2 kita sebagai awk2 bodoh seperti lembu ditarik hidung...terpaksa mengikut ke sana kemari tanpa mendapatkan sesuatu yang setimpal..ini yang dapat diperhatikan sekarang ini..tak tahu la diorang sedar ataupun tidak..diorang kena peralatkan semata - mata keuntungan pihak tertentu.huhu..kesian..

Apa yang diharap di sini,sebagai pemimpin dalam kumpulan dikir barat ini,kita seharusnya menumpukan kemandirian kelab ini dengan menyediakan pelapis - pelapis yang berwibawa.bukannya dengan mengekalkan kuasa sampai ke penghujung abis pengajian..still nk pegang jawatan..kononya budak2 lain xlayak pegang jawatan itu..pa barang la...ini yang kelab kami perhatikan pada setengah unversiti lain.lalok jer senior yang pegang jawatan...xabis2 nk famouskan diorang yang katakan ade network luas la,bende laaaa....lepas2 la..jawatan tu..bagi budak2 baru plak bawa stail diorang sendiri..yang senior bagi nasihat da ler..tegur mana yang xkena...hermm...susah2...




Antara kegiatan lain Kelab Dikir Barat Tunas Warisan-membentuk ukhwah seterusnya menghapuskan kesenioriti di kalangan ahli.

nie merupakan keluhan pertama dari diri sy.per yang sy tulis nie..adalah satu faktor kenapa dikir barat dianggap sebagai kelas kedua didalam kebudayaan di universiti seluruh malaysia..bagi kami di Tunas Warisan,saban tahun..kami mengeluarkan bukan hanya sebagai seorang pendikir tetapi juga sebagai pemimpin yang mampu mengubah landskap dikir barat ukm nie...tidak hairan lah kini,kumpulan dikir barat ukm mampu melakukan pelbagai aktiviti - aktiviti yang menarik tanpa sebarang sokongan orang luar..melainkan pusat kebudayaan UKM sendiri.sebagai contohnya konsert dikir barat ukm ini..kini telah menjadi acara wajib bagi universiti setiap tahun..secara tidak langsung telah mengiktiraf kewibawaan kelab tunas warisan sebagai penganjur dan pengiat dikir barat yang berjaya.perkara ini telah menjadi bukti kepada setengah kumpulan yang hanya pandai menkritik kumpulan kami sebagai kumpulan yang penakut kerana tidak mahu dikir cara tradisional..sebenarnya kami tidak takut dengan ajakan kalian tapi kami ada banyak aktiviti dan program yang padat untuk perlu dipenuhi.kami bukan sekadar pendikir tapi juga penganjur kepada dikir barat juga.harap2 kalian diluar sana,faham dengan pendirian dan komitmen kami..pendirian dan prinsip yang berbeza.pemahaman yang berbeza.kita semuanya berbeza..di sini saya tidak menjelaskan kumpulan mana yang di benchmarkkan dalam ayat2 diatas...rase2 nya ahli - ahli kelab tunas warisan kenal kumpulan kini.kerana ia dibincangkan secara meluas didalam meting kita..hehe..mungkin juga ini jawapan setengah bagi persoalan yang timbul di benak fikiran kumpulan tersebut.

ok lah...panjang lebar duk main tulis nie..dalam dingin...mungkin susulan juga akan menyusul dalam menceritakan konsert dikir barat in the making...hehe..kita akan buat countdown...haha....harap2 sy mampu lakukan tugas ini...dengan pertolongan ahli kelab kita..herm...k lah..salam ukhwah dari sy dan salam perjuangan tunas warisan kepada barisan MT yang baru dipilih..cabaran dan ujian anda bermula..

P/S minta maaf kerana semua perkara perlu dicakapkan kerana bagi menjawab soklan - soklan tertentu kepada pihak - pihak tertentu.adios!

azam mache.
mantan NYDP tunas warisan artisukma 05/06
universiti kebangsaan malaysia

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP