Seni Dikir Barat Suatu Pengenalan

Sunday, December 28, 2008



Oleh: Mazlan Haron

Mantan Setiausaha Kelab 2001/2002


Assalamualaikum, bagi peminat-peminat seni dikir barat diseluruh negeri serta ahli-ahli kelab Tunas Warisan Artisukma UKM. Sedikit sebanyak sebagai pengiat seni Dikir, telah memahami bagaimana seni ini muncul dan bertapak di kelantan serta tersebar keseluruh tanah air. Namun untuk blog kelab nie, aku merasakan perlunya ada sedikit maklumat untuk memudahkan masyarakat dan peminat seni tanah air memahami dan mengetahui latarbelakang seni ini.
Konsep seni Dikir Barat ini adalah sebenarnya suatu permainan yang disebut dalam loghat kelantan `maenea’ atau sesuatu yang dimainkan merangkumi semua jenis permainan dan pertunjukan (Hasyim Awang A.R. 1987:33). Melalui kajian sejarah seni ini bermula dari tahun 1930/1940 dan terdapat banyak versi tentang bagaimana wujudnya seni ini dikelantan. Pak leh Tapang adalah orang yang dikatakan sebagai pelopor cabang seni ini. Bertitik tolak dari idea dan kreativiti beliau dalam mengubah pantun sebagai lirik lagu serta susunan alunan lagu, maka terciptalah irama yang dikenali sebagai Dikir Barat (Azmi Mohd Nasir.1989).
Dikir Barat adalah merupakan salah satu daripada lapan belas daripada seni pertunjukan, permainan rakyat kelantan yang beraneka rupa, merangkumi unsur sukan dan hiburan telah yang pertunjukan. Sehingga sekarang seni ini terus berkembang ke serata negeri dan dikenali dan diminati oleh semua bangsa serta kaum di malaysia. Bukan itu sahaja, seni itu juga sendiri turut berkembang dengan pembaharuan dari segi lirik-lirik lagu mempunyai pelbagai jenis dan konsep serta alunan irama musik yang terapkan bersama arus kemodenan seni musik, demikian juga gerak tari dan showmanship yang dipersembahkan.
Justeru, aku berpendapat seni ini haruslah diuruskan sebaik mungkin oleh kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan atas nama Dikir Barat, kerana perkembangan sebenar seni ini sebenarnya terletak pada seluruh ahli kumpulan yang menjayakan seseuatu persembahan sehingga ia dikenali dan diminati oleh masyarakat. Semua kumpulan Dikir Barat yang pernah atau yang sedia ada diperingat kampung, negeri, sekolah atau universiti dan lain – lain memerlukan suatu pengurusan kumpulan yang sempurna dan orang yang berkelayakan. Harus di ingat seni untuk semua tapi bukan semua faham seni. Sekian Terima Kasih.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP