Hebahan Pertama Konsert Dikir Barat UKM 2009

Friday, December 26, 2008


Sedar atau Tidak.

Sama ada ahli kelab kita sedar atau tidak..Paluan semangat telah pun di bakar dalam akhbar Berita Harian .paluan semangat bagi membuat yang terbaik bagi konsert kali ini.hal ini kerana jam "countdown" telah dibuka dengan lebih awl..sebulan lebih awl dari tarikh sebenar konsert dikir barat. Sekali lagi kelab kita akan menjadi tumpuan dalam menganjurkan konsert besar seumpama ini.Oleh itu,ahli yang tidak terperasaan cerita kelab kita sekali lagi masuk ke dalam surat khabar ternama ini silalah membaca keratan yang dijumpai secara tidak sengaja dalam portal Kementarian Perpaduan,Kesenian,Kebudayaan dan Warisan Malaysia.

Berita Harian : 16 Disember 2008
Konsert Dikir Barat UKM 2009
dikir ukm
PERSEMBAHAN dikir barat seperti ini perlu sentiasa diadakan untuk memelihara seni warisan bangsa.


KEHIDUPAN di kampus sememangnya amat mencabar dengan corak persekitaran yang mempunyai pelbagai kebudayaan yang kuat mempengaruhi latar belakang mereka. Kebudayaan seseorang pelajar itu akan terhakis dan terus ditinggalkan sekiranya seseorang pelajar tidak mampu mengharungi arus kehidupan di kampus dengan cara hidup seseorang mahasiswa berwibawa.

Sehubungan itu, Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Urusetia (Kumpulan Dikir Barat) Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merancang menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang diadakan untuk kali keenam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, Bangi pada 24 Januari 2009.

Matlamat menganjurkan Konsert Dikir Barat UKM 2009 adalah untuk menonjolkan serta memartabatkan kesenian tradisional bangsa Melayu, mendedahkan kepada mahasiswa keunikan kesenian tradisional bangsa, terutama di kalangan mahasiswa.

Selain itu, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar memahami nilai kebudayaan Melayu dan mempunyai sikap sayang kepada warisan budaya Melayu seperti kesenian dikir barat.

Pelaksanaan projek ini dianggap amat penting dalam usaha untuk membentuk mahasiswa yang cintakan warisan budaya bangsa. Oleh itu, sokongan daripada semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Konsert Dikir Barat UKM 2009 membabitkan wakil badan kesenian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara. Ia juga gabungan kumpulan Dikir Barat IPTA seramai 200 orang, artis dikir barat jemputan dari Kelantan antaranya Jen Endoro, Azmi Bukit Marak, Mat Kereta Api, Meli Mahligai dan Adik Wani.

Turut serta ialah kumpulan muzik wayang kulit Artisukma kertuk dan Rebana Ubi Artisukma dan kumpulan tarian Artisukma serta peminat dikir barat sama ada di dalam atau luar kampus.



P/S : sumbat sikit dalam berita harian coz tidak letak gambar sebenar.mungkin tiada simpanan kot.huhu.

5 comments:

Anonymous December 26, 2008 at 7:10 PM  

ganasnya promosi...haha
hebat gila.

Anonymous December 26, 2008 at 7:46 PM  

erm...utk pengetahuan demo je..digi juga ade mempromosi konsert dikir barat ukm 2009.click di link ini.

http://digi.uberfusion.com/ChilipadiWap/xhtml/NewsDisplay.aspx?pageindex=2&id=98225&catID=93

Anonymous December 27, 2008 at 7:35 AM  

bereh set kito...try cadang ko en raf....kaba ko dio pasal bendo nie....kalu buleh gak mujur set kito...buleh wak sedak...

bereh....

Anonymous December 27, 2008 at 7:36 AM  

kawe duk penin ngejah skrip...hahahahah

Anonymous December 28, 2008 at 3:59 AM  

Alhamdulillah la..smg lbih rama lagi wak promosi untuk dikir barat kita...

Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP