Sejarah Dirintis untuk di perjuangkan.

Monday, April 13, 2009

Oleh Mat Gie a.k.a MunkyG


Kesedaran tentang dikir barat ini telah wujud di Kolej Burhanuddin Helmi setelah satu perbincangan diantara pelajar tahun satu yang berasal dari kelantan dilaksanakan. Persepakatan telah terjalin hasil perkongsian minat yang sama dan mendalam telah berjaya melahirkan satu pasukan dikir barat di KBH yang dianggotai oleh pelajar lelaki dan juga perempuan. Kelab Dikir Barat Pusaka Naim ini telah mendapat endorsement yang mantap daripada pengetua kolej masa itu, Prof Dr Zaidi yang mana beliau amat meminati corak kontemporari dan variasi kelab dikir barat yang ditubuhkan ini. Kegiatan dikir barat Kelab Pusaka Naim ini amat meluas dan telah membuka mata banyak pihak di kampus.

Pada satu malam, Wan, Afiezul, En Burhanudin, Semi dan beberapa orang dari KUDRAT telah datang ke KBH untuk menyaksikan Pusaka Naim berlatih. Dengan serba kekurangan (jong bbano ore tino, nk palu pun tak berapa bbunyi mana, harap maklum lah kan.. ekkee)... masih didalam ingatan, kami yang masih lagi hijau dalam arena dikir barat ini telah dipandang serong oleh mereka seolah-olah kami ini tidak layak untuk memartabatkan seni warisan dikir barat. Semi yang bertindak sebagai pemain rebana ibu telah mengujit kami dengan ttabuh. Risau jugak lah, maklum lah, yang lelaki mungkin boleh bertabuh namun yang dirisaukan adalah pelajar perempuan, nk bertabuh pun kira! hehe... Semasa paluan ttabuh dari Semi dimainkan, Pusaka Naim komited untuk menunjukkan yang terbaik dan menyangkal dakwaan bahawa kami ini tiada bakat. Namun, apa yang kami impikan menjadi kenyataan, Ttabuh yang dimainkan itu langsung tidak menyucur (tepuk tidak lebih) malahan telah mendapat pujian dari Afiezul, Wan dan En Burhanudin! Kami terharu juga maklum lah, abang-abang kita dari kudrat datang buat spot check dikir barat, dan kami dapat menunjukkan standart yang tertinggi yang kami miliki. Kami akhiri malam itu dengan lagu wau bulan. Maka bermulalah permulaan sebuah kisah tentang kelab yang kita sayangi iaitu Tunas Warisan….bersambung….

P/S penulis:

Mat Gie merupakan salah seorang senior yang mempunyai semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni dikir barat di UKM seterusnya meninggalkan satu perjuangan budaya untuk diwarisi oleh pelajar-pelajar di sini.saya selaku generasi di bawah ini amat berharap mat gie sentiasa bercerita pahit jerih dalam detik2 menubuhkan perjuangan dikir barat nie..agar generasi baru sedar tidak semudah yang dijangka kita hendk menghasilkan seni dikir barat di UKM ini.

Tinggi Harapan kawe Disini agar kekuatan kelab dikir barat UKM kita ini sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan IPT2 lain..seterusnya memastikan legasi pendikir2 terulung ini tetap ada diperbukitan UKM dalam memartabatkan dikir barat kita walaupun ahli2 kita silih berganti tetapi aura dan semangt kita tetap sama darilah perintis hingga lah kepada generasi kita pada era 100 tahun akan datang sekalipun.

sekian.

Read more...

Pengertian dan Asal Usul Dikir Barat

Saturday, April 11, 2009

dari ise kota,mantan tok jogho UKM.
http://senipusaka.blogspot.com/

Dikir barat merupakan salah satu persembahan kesenian tradisional yang paling diminati ramai khususnya di negeri Kelantan. Ia boleh dianggap sebagai persembahan tradisional yang baru jika dibandingkan dengan persembahan tradisional yang lain. Perkataan dikir mempunyai persamaannya dengan perkataan zikir iaitu satu sebutan yang memuji Allah s.w.t. Manakala perkataan barat pula merujuk kepada “Selatan Thailand”. Orang-orang dahulu di Kelantan menganggap bahawa daerah di utara mereka adalah sebelah barat. Dari sini timbul satu pendapat bahawa dikir barat ini berasal dari Thailand.

Penggunaan perkataan dikir juga banyak digunakan selain dikir barat seperti dikir Pahang, dikir maulud, dikir rebana dan dikir berarak. Namun begitu dikir barat juga mempunyai nama-nama lain seperti dikir karut, dikir pantun dan dikir syair. Dikit barat lebih dikenali di Kelantan manakala dikir karut lebih dikenali di Selatan Thailand. Manakala dua nama lagi penulis tidak pasti.

Pada suatu ketika dahulu dikir barat dimainkan selepas musim menuai padi. Namun pada masa kini dikir barat tidak lagi dimainkan mengikut musim tetapi dimainkan sama ada dalam bentuk persembahan untuk majlis-majlis rasmi, persembahan hiburan bertiket dan persembahan dalam bentuk pertandingan.

Pensejarahan mengenai asal usul dikir barat adalah amat kabur kerana masih tiada lagi sumber-sumber utama dalam bentuk catatan untuk mengesahkan asal usulnya secara mutlak. Asal usul mengenainya hanya diambil daripada perbualan orang-orang sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Dari sini telah timbul pelbagai polemik atau tentang asal usul dikir barat. Dibawah ini disenaraikan beberapa pendapat tentang asal usul dikir barat.

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam. Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.

d) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Kerengga

Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (PakNik Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalamjajahan Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasaldari Pulau Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telahditangkap oleh Pak Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam.Pak Sa telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang. Pak Sa telahditangkap dan dipenjarakan tetapi setahun kemudian beliau telahmemperkenalkan dikir barat kepada orang-orang Kelantan. Oleh kerana beliauberasal dari Pulau Kerengga maka timbullah pendapat yang mengatakan dikirberasal dari sana.

e) Dikir Barat Berasal Dari Ilham Budak Penjaga Lembu

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal daripermainan budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput.Pada tahun 1930-an terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padangrumput. Oleh kerana ketakutan budak-budak penjaga lembu ini dudukberkelompok dan berdikir beramai-ramai. Mereka akan menyanyi danberpantun sambil sindir-menyindir sesama mereka untuk menghibur hati danmelupakan perasaan takut terhadap perompak tadi. Dari peristiwa inilahtimbulnya permainan dikir barat.

Daripada pendapat-pendapat yang diutarakan diatas adalah sukar untuk kita mengetahui yang mana pendapat tersebut yang benar-benar mutlak untuk kita mengetahui asal usul dikir barat. Kita berharap satu hari nanti akan muncul satu pendapat mutlak tentang asal usul dikir barat ini.

Read more...

PENGALAMAN DIKIR BARAT ISE JORO

Friday, April 3, 2009


Hasil cetusan dari jiwa tok joro ukm sesi 2005-2008 yang mana telah membawa pelbagai kejyaan kepada kelab pada eranya. Dia juga merupakan mantan YDP kelab Tunas Warisan Artisukma UKM.

PART 1

Sebenar aku mula2 skali terlibat dlm dikir ni semasa umur aku 16thn (ms form 4). Aku msh ingat lg ms first show aku pada hari guru. Lagu yang paling top dimasa awal aku dlm dkir nie ialah lagu 'Tok Berani Nok Tegor".Lagu nie sentiasa je org tggu. Aku pun xtau nape bdk2 skool aku minat bnr lg nie. Aku nyanyi kebetulan aku ada kaset Cikgu Sulizi umah aku masa tu. Tp kegiatan aku dalam dkir brt nie terhenti buat seketika apabila aku naik form 5. Pengetua skool aku larang bdk form 5 dr terlibat dgn kegiatan ko-kurikulum. Pada ms tue jiwa aku terseksa. Tgk junior aku berdikir kacip gigi aku. Nk lepas gian, aku dgn geng2(slh seorg Mohd Amri Abdul Rahman-beliau sudah meninggal dunia,al-fatihah utk beliau) aku berdkir plak dlm doom(aku nie dok hostel sebnrnya).

Lepas tmt spm, aku teruskan minatku di form 6 plak. Hari mula2 aku daftar cikgu dh terus rekemen aku utk jd kepala(ketua) kt sekolah tue. Pada ms tue jgk aku ada g join berdikir dgn kumpulan kampung. Tp x lama sgt n aku hanya aktif disekolah sampai aku habis sekolah. Pada masa aku form 6, lagu yang bebudak skool aku paling suka dgr ialah lagu yg ku ubah sndiri iaitu lagu Rosalinda. Melodi dia aku gna melodi lagu hindustan(lagu sahiba). Tiap kali aku buat show ada je yang mintak lagu tue...k laa, aku smbung balik cerita aku pada bahagian kedua....k,cau...

PART 2

Owh...lupa lak nk gtau,pada zmn skool dlu dikir brt dlm bntuk pertandingan jgk penah aku join. Tp semuanya hampa2..wadus.. Pada mula2 msk bertanding aku jd tkg karut n ms aku form 6aku jd tok jogho. Tok jogho nie posisi yang aku paling suka tau klau bnding posisi lain..huhuhu...Cma satu je kejayaan yg aku pd zmn skool iaitu aku menang no. 3 dlm pertandingan nyanyian..huhuhu(daa lari tajuk laa). Selepas abs skool dlm hujung thn 2004,kegiatan aku dlm arena dkir terhenti seketika.(Br abs Stpm,trus keje smbilan kt gov depart)

Penglibatan aku bersambung apabila aku dpt smbung blaja kt ukm. Disini laa,bley kta aku terlibat terlalu aktif,smpai tiap2 mlm misti ada show sama ada dlm kampus n luar kampus (tp pelajaran maintain jerk..hehehe). Dr sni jgk laa aku berguru btol2 dengan seorang guru dkir brt iaitu Allahyarham Zainudin Dollah(Zemi Bkt Marak). Dr berguru inilah br laa aku tau apa itu dikir brt yg sebenar. Kenangan yg paling manis aku ms zmn kampus nie dlm arena dkir brt ialah apabila aku dpt membantu ukm menjadi naib johan pertandingan antara ipta(MAKUM) 2006 dan pada thn seterusnya dpt Johan(final year br dpt..xpe la aku daa puah hti,dpt nikmati kejuaraan sblm aku cau dr ukm)

Selain itu juga, aku telah mendpt pengiktirafan apabila aku diberi kepercayaan oleh pusat kebudayaan ukm utk jd jurulatih untuk program ko-kurikulum (2 penggal aku pegang,pastu aku pas kt org lain sbb aku de komitmen lain). Dan last skali yg paling aku ingat ialah apabila aku dpt berdikir bersama tok jogho n pendikir yang paling aku minati iaitu megat nordin...Buat ms ini aku sdh slow daa dlm arena ini disebabkan byk keje2 yg menyelubungi aku saat ini....itu aje yg kucoretkan ttg pengalaman hidupku dlm arena dikir brt..sekian

http://senipusaka.blogspot.com/

Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP