Tunas Warisan Artisukma Johan Keseluruhan Dikir Barat FESTKUM 2009
Sunday, December 13, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya mewakili Kelab Dikir Barat Tunas Warisan UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UKM khususnya ahli kelab Dikir Barat Tunas Warisan. Semoga bulan Ramadhan yang dilalui menjadi madrasah tarbiyyah yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik dan menbentuk diri kita untuk menjadi seorang manusia yang bukan sahaja memberi manfaat kepada sesama manusia bahkan tunduk dan patuh kepada Maha Pencipta. Saya menyeru kepada semua agar mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturahim, membina tautan persahabatan serta bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Kepada yang pulang ke kampung, selamat sampai ke kampung masing-masing dengan selamat.Diharapkan bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini bermakna bagi anda...
Don't forget to enjoy your memorable moment by visiting your frieend's and enjoying all food....like satay,nasi briyani,nasi dagang,nasi minyak,kuih raya,rendang,lemang etc...
Sekian dari fahmi...
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...
SALAM SEJAHTERA
Saya mewakili Exco Tertinggi Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ingin mengucapkan tahniah kepada mantan ahli Kelab Dikir Barat Tunas Warisan yang akan menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga dengan adanya segulung ijazah ini mencerahkan lagi masa depan anda dan menjadi graduan yang berjaya.Insyallah..
Tahniah dan Selamat Maju Jaya
Pada hari Sabtu, 08/08/09, satu lagi kenangan manis dicipta oleh pasukan Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM. Alhamdulillah, dengan berkat Illahi, pasukan kita berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Dikir Barat Rakan Muda 2009 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, Cheras. Apa yang penting? kerjasama..Oh tidak! apa yang penting pertandingan ini hanyalah salah satu platform dalam menyiapkan diri untuk menghadapi ujian paling getir iaitu mempertahankan piala kejohanan MAKUM.
Oleh Mat Gie a.k.a MunkyG
dari ise kota,mantan tok jogho UKM.
http://senipusaka.blogspot.com/
Dikir barat merupakan salah satu persembahan kesenian tradisional yang paling diminati ramai khususnya di negeri Kelantan. Ia boleh dianggap sebagai persembahan tradisional yang baru jika dibandingkan dengan persembahan tradisional yang lain. Perkataan dikir mempunyai persamaannya dengan perkataan zikir iaitu satu sebutan yang memuji Allah s.w.t. Manakala perkataan barat pula merujuk kepada “Selatan Thailand”. Orang-orang dahulu di Kelantan menganggap bahawa daerah di utara mereka adalah sebelah barat. Dari sini timbul satu pendapat bahawa dikir barat ini berasal dari Thailand.
Penggunaan perkataan dikir juga banyak digunakan selain dikir barat seperti dikir Pahang, dikir maulud, dikir rebana dan dikir berarak. Namun begitu dikir barat juga mempunyai nama-nama lain seperti dikir karut, dikir pantun dan dikir syair. Dikit barat lebih dikenali di Kelantan manakala dikir karut lebih dikenali di Selatan Thailand. Manakala dua nama lagi penulis tidak pasti.
Pada suatu ketika dahulu dikir barat dimainkan selepas musim menuai padi. Namun pada masa kini dikir barat tidak lagi dimainkan mengikut musim tetapi dimainkan sama ada dalam bentuk persembahan untuk majlis-majlis rasmi, persembahan hiburan bertiket dan persembahan dalam bentuk pertandingan.
Pensejarahan mengenai asal usul dikir barat adalah amat kabur kerana masih tiada lagi sumber-sumber utama dalam bentuk catatan untuk mengesahkan asal usulnya secara mutlak. Asal usul mengenainya hanya diambil daripada perbualan orang-orang sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Dari sini telah timbul pelbagai polemik atau tentang asal usul dikir barat. Dibawah ini disenaraikan beberapa pendapat tentang asal usul dikir barat.
a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam. Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.
c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
d) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Kerengga
Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (PakNik Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalamjajahan Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasaldari Pulau Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telahditangkap oleh Pak Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam.Pak Sa telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang. Pak Sa telahditangkap dan dipenjarakan tetapi setahun kemudian beliau telahmemperkenalkan dikir barat kepada orang-orang Kelantan. Oleh kerana beliauberasal dari Pulau Kerengga maka timbullah pendapat yang mengatakan dikirberasal dari sana.
e) Dikir Barat Berasal Dari Ilham Budak Penjaga Lembu
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal daripermainan budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput.Pada tahun 1930-an terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padangrumput. Oleh kerana ketakutan budak-budak penjaga lembu ini dudukberkelompok dan berdikir beramai-ramai. Mereka akan menyanyi danberpantun sambil sindir-menyindir sesama mereka untuk menghibur hati danmelupakan perasaan takut terhadap perompak tadi. Dari peristiwa inilahtimbulnya permainan dikir barat.
Daripada pendapat-pendapat yang diutarakan diatas adalah sukar untuk kita mengetahui yang mana pendapat tersebut yang benar-benar mutlak untuk kita mengetahui asal usul dikir barat. Kita berharap satu hari nanti akan muncul satu pendapat mutlak tentang asal usul dikir barat ini.
Hasil cetusan dari jiwa tok joro ukm sesi 2005-2008 yang mana telah membawa pelbagai kejyaan kepada kelab pada eranya. Dia juga merupakan mantan YDP kelab Tunas Warisan Artisukma UKM.
PART 1
Sebenar aku mula2 skali terlibat dlm dikir ni semasa umur aku 16thn (ms form 4). Aku msh ingat lg ms first show aku pada hari guru. Lagu yang paling top dimasa awal aku dlm dkir nie ialah lagu 'Tok Berani Nok Tegor".Lagu nie sentiasa je org tggu. Aku pun xtau nape bdk2 skool aku minat bnr lg nie. Aku nyanyi kebetulan aku ada kaset Cikgu Sulizi umah aku masa tu. Tp kegiatan aku dalam dkir brt nie terhenti buat seketika apabila aku naik form 5. Pengetua skool aku larang bdk form 5 dr terlibat dgn kegiatan ko-kurikulum. Pada ms tue jiwa aku terseksa. Tgk junior aku berdikir kacip gigi aku. Nk lepas gian, aku dgn geng2(slh seorg Mohd Amri Abdul Rahman-beliau sudah meninggal dunia,al-fatihah utk beliau) aku berdkir plak dlm doom(aku nie dok hostel sebnrnya).
Lepas tmt spm, aku teruskan minatku di form 6 plak. Hari mula2 aku daftar cikgu dh terus rekemen aku utk jd kepala(ketua) kt sekolah tue. Pada ms tue jgk aku ada g join berdikir dgn kumpulan kampung. Tp x lama sgt n aku hanya aktif disekolah sampai aku habis sekolah. Pada masa aku form 6, lagu yang bebudak skool aku paling suka dgr ialah lagu yg ku ubah sndiri iaitu lagu Rosalinda. Melodi dia aku gna melodi lagu hindustan(lagu sahiba). Tiap kali aku buat show ada je yang mintak lagu tue...k laa, aku smbung balik cerita aku pada bahagian kedua....k,cau...
PART 2
Owh...lupa lak nk gtau,pada zmn skool dlu dikir brt dlm bntuk pertandingan jgk penah aku join. Tp semuanya hampa2..wadus.. Pada mula2 msk bertanding aku jd tkg karut n ms aku form 6aku jd tok jogho. Tok jogho nie posisi yang aku paling suka tau klau bnding posisi lain..huhuhu...Cma satu je kejayaan yg aku pd zmn skool iaitu aku menang no. 3 dlm pertandingan nyanyian..huhuhu(daa lari tajuk laa). Selepas abs skool dlm hujung thn 2004,kegiatan aku dlm arena dkir terhenti seketika.(Br abs Stpm,trus keje smbilan kt gov depart)
Penglibatan aku bersambung apabila aku dpt smbung blaja kt ukm. Disini laa,bley kta aku terlibat terlalu aktif,smpai tiap2 mlm misti ada show sama ada dlm kampus n luar kampus (tp pelajaran maintain jerk..hehehe). Dr sni jgk laa aku berguru btol2 dengan seorang guru dkir brt iaitu Allahyarham Zainudin Dollah(Zemi Bkt Marak). Dr berguru inilah br laa aku tau apa itu dikir brt yg sebenar. Kenangan yg paling manis aku ms zmn kampus nie dlm arena dkir brt ialah apabila aku dpt membantu ukm menjadi naib johan pertandingan antara ipta(MAKUM) 2006 dan pada thn seterusnya dpt Johan(final year br dpt..xpe la aku daa puah hti,dpt nikmati kejuaraan sblm aku cau dr ukm)
Selain itu juga, aku telah mendpt pengiktirafan apabila aku diberi kepercayaan oleh pusat kebudayaan ukm utk jd jurulatih untuk program ko-kurikulum (2 penggal aku pegang,pastu aku pas kt org lain sbb aku de komitmen lain). Dan last skali yg paling aku ingat ialah apabila aku dpt berdikir bersama tok jogho n pendikir yang paling aku minati iaitu megat nordin...Buat ms ini aku sdh slow daa dlm arena ini disebabkan byk keje2 yg menyelubungi aku saat ini....itu aje yg kucoretkan ttg pengalaman hidupku dlm arena dikir brt..sekian
http://senipusaka.blogspot.com/
oleh : ise joro aka ise koto
Assalamualaikum....apa kaba semua..hrpnya sihat…dlm ruangan nie kwe post la ckit artikel2 berdasarkan apa hk kwe tau. Sekurang-kurang kita boley laa cambah kita punya knowledges selain kita ni dok dngar n dkir. Kalu mat saleh tnya bley laa kita jawab dok..ko guano puok kita... :)(maaf kalu kwe kalu ayat kwe ni byk rojak)
Pandangan berkaitan dgn dikir barat asli sebnrnya sgt subjektif sifatnya. Kwe xsir nk takwil pndapat sapo2 dlm hal nie sbbnya me’ne dkir nie bnda baru. Dlm hal asal usul kita dh byk berpolemik ni pulok kita nk tentu hok mn so dkir hok asli n hok mano buke. Cumanya kwe nk cerita ckit laa gpo hok kwe dok bual dgn seorang tokoh dkir yg jgk guru kwe(sudah meninggal dunia thn lepas) dalam 2,3 thn lepas. Dia ada gtau kwe dikir zmn loni dkir nie lebih sudu dr kuah. Org zmn nie byk tgk ko kreativiti dr keasliaan dkir tu sendiri. Dkir barat asli nie gni, hok apo hok kwe dgr dr dia laa,satu permainan hok asasnya kalu nk sebut gk seni vokal laa. Permainan ni lebih menekankan vokal sama ada dr tok jogho,tukang karut n awak2. Dr segi tepuk tu hok asasnya ikut displin irama hok ada dlm persembahan dkir tu sndiri. Tepuk ni cuba kita tgk laa sama ada ia dalam bntuk bulatan atau baris,semuanya sama ke.Dari segi tari pulok dia ni sekadar sebagai penambah rasa dlm persembahan. Kalu ado tari cmey2 koho cmey persembahan tp kalu xdop tari cmey pun xpo asal dua hok asas tue tok ditinggal.
Dari segi alat nie,bley laa kita terima bahawasanya 5 alat hok ada loni nie merupakan alatan tradisional dlm persembahan dkir ni sendiri. Walaupun dalam 5 alat tu ada hok baru ditambah tp kita bley laa 5 alat tersebut tue merupakan alatan asli dalam persembahan dikir barat. Lain dr 5 alat nie kwe kira out dr nk kata dkir brt asli. Kalu dia tmboh selain 5 alat nie bg kwe dia bley dikelaskan sbg dkir moden. Tp kalu xdop langsung alat2 tradidional ni kita xleh anggap dia dkir doh walupun dia nyanyi dlm bhsa kelate(hok ni kwe kelaskan sebagai lagu2 daerah)
Dr segi displin irama pulok, irama jogho,jenis2 irama karut n lagu penutup(xkira laa lagu penutup manapun) merupakan irama yg bg kawe menggambarkan keaslian dikir barat tue sndiri. Lain dr irama2 nie kwe kira lari dr asli doh. Dkir asli nie ikut pandangan kwe merupakan persembahan vokal hok melibatkan semua karakter hok ado dlm dkir barat tue(tolok musician).
Hbs doh hok pasal teknikal nie kwe nk ulas detail lg. Pendetailan kwe nie lebih ko irama-irama hok ada dalam dkir brt n ckit2 berkaitan dgn alat muzik. Bg kwe irama-irama hok x rajin org ubah atau ceduk dr lagu2 lain nie ialah irama karut. Sebabnya pembawakan irama tue serupo jah sejak dulu hingga loni walaupun perkataan dia telah diubah. Sebagai cthnya karut tani..zmn dlu ayat permula nyo lebih bunyi "muse oh muse jatuh bloom dlm telago(maaf kalu silap dey) tp loni org sebut awe oh awe. walaupun perkataan telah diubah tp pembawakan n rima ttp sama. Sama jugak dgn karut kelate lama(beza ckit dr karut kelantan,tp pembawakan sama) bunyi dia lebih kure gni "A'ah bikas bangun cace,ambik tokat panje seto(maaf skali lg kalu salah) tp loni org doh uboh tp rima belake dio org x kosek n cro bwk pun serupo. Dari segi irama jogho pulok hok aslinya jogho akan alun palo pantun ph awak2 akan ulang pantun tue sapa abih. Tok jogho pulok akan bawak pantun lain doh lepas pado tuh. Bley kato kebiasaan pantun lagu jogho ada 4 rangkap. Lagu2 jogho nie bley katokan xdop hok wt sendiri buat saat nie(xtau laa kalu ada) banyaknya ceduk alik selatan siam. Xpo la ceduk ko wt sndiri ko asalkan xlari dr hok asas irama nie.
Dari segi alat pulok, tempo muzik nie kna bwk ikut kesesuaian irama yang didendangkan. Kalu irama joro kna bwk cro joro(tp ikut kesesuaian lagu tu lgmana alunan dia),kalu irama karut cro karut laa n kalu lagu penutup ikut cro dia laa. Pasal isu dikir barat singapore nie kwe rs secara objektifnya dia mmg dkir brt. Cma bg kwe roh keaslian dlm dkir brt yg asal dr kelate sudoh hilang disana. Tp so karo hok kwe puji dmo tue punya awok2 soro mantap n ikut volume hok tok joro or tukang karut letak lagu. Ph pulok kato tok guru kwe dmo tue gna teknologi dalam nk ukur soro.Ph pulok isu pasal dikir barat cmpur dgn alat muzik moden ni kwe anggap sebagai dkir lagi tp ia bukan dkir asli doh. Bg kwe x saloh cuma dia x asli doh laa.Kalu nk tnjuk ko pelancong kita misti nk tnjuk hok btol2 asli ke..Tp so jah kwe bangkang bila xdop langsung alat2 tradisional dlm persembahan yg kononya dianggap dkir.Yg bukan sekadar x asli malah sudah keluar dr lingkungan dikir tue sendiri.
Last skali kwe nk ulas dr segi adat nk main pulok. Kot mana2 pun start dkir dengan tabuh.Xdop tabuh maka xdok doh hok aslinya..Phtu pulok,adat tok joro kalu joro mesti duduk n tukang karut pulok kna berdiri. Awak-awak pulok kot mana2 mmg kijoe dia duduk selo n ngadap audien(kalu baris laa).
Kwe rs setakat tue jah pandangan kwe hok kwe leh oyak. Kalu ado saloh silap dlm artikel nie,tlg2 bg pandangan yg membina. Mana tau ada pandangan kwe hok xbetol ko. Gpo hok kwe oyk nie berdasarkan pengalaman kwe dgn Allayarham tok guru kwe...ok tima ksh n assalamualaikum..
© Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP