MEETING DAN BUKA PANGGUNG KELAB
assalamualaikum..
erm...sakit tekak suggh malam nie kerana lama doh xberdikir barat..haha..tp angin dikir xbrapo nk lepah mano..haha...ado la sebab2 ckit..herm...mula2 kawe nk ulas pasal meeting konsert dikir barat ngan bos..ok..berdasarkan pemerhatian kawe,banyak lagi yang perlu diperbaiki semasa berada dalam majlis seumpama itu..kawe tengok barisan MT baru kurang yakin semasa membentangkan hasil kerja dan penerangan yang kabur tentang apa yang mereka buat..sedangkan kerja dah dilakukan dan diuruskan dengan baik.anda selaku MT perlu cepat belajar dan tahu bagaimana proses pembentangan kerja dilakukan dengan lancar dan tidak gopoh gapah..walaupu demikian,kawe tetap berharap MT mampu melakukan kerja sempurna semasa melakukan konsert ini walaupun disebalik tarikh yang amat tidak menyenangkan.kawe pom berdebar2 dalam menanti apakah langkah yang diambil oleh MT sebagai kaedah paling mujarab dalam menangani situasi getir ini.kawe sendiri pom telah mendapat feedback yang kurang menyenangkan dari peminat2 dikir barat yang menyatakan mereka tidak hadir kerana bercuti..ini mungkin memberi sedikit klue bagi hari konsert yang sebenar.kawe tetap berharap konsert kita berjaya dengan keadaan yang berbeza melalui formula yang berbeza.insyaallah..
gambar ketika meeting dijalankan.turut kelihatan ketua puskeb sendiri mengendalikan meeting.
selepas meeting konsert,malam nie..kita telah membuka panggung dengan sedikit hambar ekoran kekurangan ahli2 daripada tahun 3 untuk hadir ke memeriahkan keadaan.ini sedikit mengecewakan bagi pihak kawe.saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perubahan sikap yang dialami oleh setengan ahli.mungkin mereka berasa sedikit kestaran dalam dirinya.huhu...harap2 ahli2 dari tahun 3 mempunyai kesedaran bagi memperkasakan barisan generasi baru.ini kerana diawal semester ini mungkin tidak sesibuk pada pertengahan semester ini.oleh itu,kawe berharap ahli tahun 3 mengambil kesempatan ini sebelum anda mampu memberi alasan kepada YDP sebagai busy membuat tesis.sila ambil perhatian tentang kenyataan ini.
walaupun demikian dengan kehadiran ramai ahli kelab dari tahun 1 membantu memeriahkan keadaan.bersemangat awok2 baru kita.tahniah diucapkan.kawe juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan2 seperjuangan yang tidak putus2 memberi sokongan kepada kelab iaitu topek,sob dan sepu kerana hadir bagi melihat keadaan sebenar ahli2 baru kita..hehe..kawe juga merakam ribuan perhargaan kepada topek lee,miji gendang,wan joro kolej usin,keyo kemuter,peja,we kemudi,ha dan peja batas kerana membantu dalam buka panggung malam nie..mat jeh juga tidak dilupakan kerana male nie baru boleh dengar soro dio..mace dalam cd calar jah..haha..kawe bergurau sahaja kerana mikeropon xberapa xjadi mano..sebelum menutup kalam.kawe harap lah..fahmie ko mr yoon ko..cuba ngejah pasal mangga bilik kito.aii..penat kawe tgk tiap2 kali dikir nk angkat barang2 kelab..cuba ya!!!
hurmm...disini kawe sertakan sedikit gambar yang di snapshot semasa berdkir tadi.didahulukan terima kasih kerana kualiti gambar tidak cantik sangat kerana cameraman xbrapa nk pandai amik gaba..
p/s: diharap barisan MT konsert tidak berasa hati dengan teguran saya selepas meetingdengan cik raf tadi.saya hanya mahu melihat barisan baru ini menjadi barisan MT yang terbaik dalam 3 tahun terakhir ini.kenapa saya berkata demikian,kerana anda telah mempunyai para barisan mantan untuk 2 tahun.gud luck kepada u all..
sekian terima kasih..
Read more...