Tunas Warisan Artisukma Johan Keseluruhan Dikir Barat FESTKUM 2009

Sunday, December 13, 2009

Keputusan Penuh Dikir Barat FESTKUM 2009


credit to mdianais


Awok2 Tunas Warisan Tgh Bersedia, Dikala Joro Tgh mengalunkan lagu..


Keputusan Penuh 


EMAS - UKM

PERAK - UIA

GANGSA - UM



Juara Mengikut Kategori


JORO




Emas - UKM
Perak - UIA
Gangsa - UM

TUKANG KARUT

Emas - UIA
Perak - UKM
Gangsa - UM

MUZIK

Emas - UPSI
Perak - USM
Gangsa - UITM

BUSANA

Emas - UKM
Perak - UMT
Gangsa - UITM



 1. Tahniah

Tahniah kepada awok2 kita kerana berjaya mempertahankan kejuaraan ini buat kali kedua berturut-turut. segala komitmen anda sudah dibalas. walaupun pada kali ini kita memaparkan tenaga-tenaga baru dari tahun 1 dan 2, namun secara keseluruhan berjaya memaparkan persembahan yang mantap. kepada ahli dari tahun 2 ini merupakan pegalaman pertama kerana pada tahun yang lepas penganjuran tidak dibuat. ini turut tidak menjejaskan tumpuan dan mental bagi menghadapi pertandingan besar ini. 


tok joro kita pom yang baru kali pertama masuk dalam gelanggang telah berjaya mendapat emas..tahniah mat yon...haha...kita buat terbaik pada tahun depan..Tukang karut kita pom..mat min kito..kemas..demo  terbaik walaupun dapat perak. Mungkin ad sedikit kelemahan demo juri boleh detect.hehe..kita try lagi tahun depan untuk dapat tukang karut no 1.


2. Pengurusan


harapan saya selaku alumni tunas warisan ini, semoga program program maintenaince terus dilakukan disamping mencari ahli2 baru dalam usaha memastikan ahli2 tidak ketandusan kemudian hari. Sekarang Dikir Barat intervarsity sudah abis, maka pengurusan pula dipikirkan.konsert dikir barat ukm 2010 akan muncul..apa mau dibikin pada konsert kali ini ya..


3. Perhargaan.


ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak kebudayaan ukm kerana telah banyak meringankan beban ahli kumpulan dengan memberi kemudahan tempat tinggal, makan minum 3 kali sehari dan duit poket semasa menjalani kem dikir barat selama 10 hari.(mengikut sumber2 terdekat, salah xtahu). Selain itu, sokongan moral yang diberikan kepada kelab tunas warisan semasa pertandingan amatlah mengharukan. ini sedikit sebanyak dapat menaikan semangat untuk memberikan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaraan.









4. Pentas, SOund, Lighting


selain itu, disini ingin juga terima kasih dan tahniah di ucapkan kepada pihak kebudayaan ukm khususnya Drs Rafie kerana mengetuai dalam membuat satu pentas yang terbaik dalam penganjuran dikir barat IPTA. Siap lampu lip lap. SOund sgt bagus.Tidak Lupe juga kepada k. Ina kito ngan Abe Ayob kito tu..ini kerana sekurang - kurangnya membuka mata kepada pihak penganjur terdahulu yang begitu hambar. CIk raf ( name glemor) sekurang dapat lepaskan kegeraman pada universiti terbabit kerana tahap kerja xprofesional mereka pada penganjuran yang lepas kerana semua microfon hidup semua tanpa sebarang gangguan...HIDUP BOSS!! hehe.. Ukm memang terbaik..Konsert DIkir Barat 2010 bikin mau lagi CUn ya..haha.


5.UITM 





Pada tahun ini, sedikit kecewa kerana pasukan sri perindu tidak dapat menyertai pertandingan pada kali ini. UITM menghantar pasukan cawangannya dari machang bagi menyertai FESTKUM pada kali ini. dikhabarkan berita oleh tukang karut dan ahli nyer terdapat sedikit salah paham dikalangan pihak pengurusan uitm.Pada pandangan kami, seharusnya pusat kebudayaan mereka sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan kerana sri perindu mempunyai pengalaman yang luas dalam dikir barat IPTA disamping mempunyai legasi alumni yang kuat dan juga ada sejarahnya tersendiri.ia seakan2 telah menutup peluang UITM bagi memberi cabaran mereka.
Biasanya mereka memberi persembahan yang hebat dan mendebarkan juga.


6. Lucu


Erm..lucu nie pada nya terletak pada pakaian or baju dikir barat. kenapa mesti baju..ini kerana ada satu team itu..baju diorang hampir sama. kami si alumni tgk mat ai..budak ini xkenal orang aka senior ka.. last2 baru kita tahu,,baju diorang sebijik cuma vest luar stail labuh...jenis songket sama. colournya nk sama..haha..macam2..dulu diorang dah menang baju tercantik kerana bawa bendera malaysia. dan juga pegawai kutuk pegawai UKm (en zul) kerana baju UKM xley menang..coz bukan baju tradisional..macam2..per pom..tahniah kepada en zul kita tu kerana menolong design baju tu..hrga baju kita 10 k..hadiah dari TNC kita dulu..Datuk Wahid..terima kasih.


6. Music terbaik


erm..secara peribadi, elok rasenya emas bagi kategori ini diberikan kepada um kerana sesuai dgn keputusan no 3 keselurhan. ini kerana pasukan basa dewana     tidak menjuarai sebarang kategori. Mengikut kiraan sy, rasanya mungkin sebagai peransang kepada UPSi supaya memberi signal kepada pihak pengurusan universiti mereka walaupun pertama menyertai dikir barat pada kali ini..mereka dapat megharumkan nama u mereka. teringat kepada UMS pada tahun lepas..Mungkin sama..mungkin tidak.ini kita xtahu. haha.


7. Kesimpulan


Mitak maah kepada YDP dan ajk2 tunas warisan..kawe puah male nie..blam2 xdop kijoan nk nulis blog rasonya..ngan buie sedkit komen pasal kot2 ade oghe nk baca result nie..harap2 kalu ado gambar2 comey post2 la sini.
pasal preview maso latihan ko...haha..Alumni nk tgk..hehe..


Kepada visitor hak view dan tengok tu..jgn malu2 nk tggl komen dan soalan..warga tunas sedia menjawabnya..


www.tunaswarisan.com - satu inspirasi..satu cita2..satu malaysia.haha.


by,


Mohamed Norazam Bin Mohd Mokhtar @ aje
Mantan NYDP 2005










Read more...
Related Posts with Thumbnails

HUBUNGI TERUS KAMI MELALUI :



Yang Dipertua Kelab

Mohd Taufik B Shamshudin

Celcom : 013 9579259

Naib Yang Dipertua Kelab

Muhammad Hamizam B Hamzah

Celcom : 019 3656085
maxis: 012 9339457

talian di buka 24 jam setiap hari.

maghi main ngan hamster kami..jinok niesh..

Pengikut Blog Ini

Alamat Surat-Menyurat

KELAB DIKIR BARAT TUNAS WARISAN ARTISUKMA
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Join Tunas Mybloglog

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP